Friday, May 11, 2012

Makanan Tradisi Melayu

Apabila sebut tentang makanan tradisi melayu, kita pasti tidak dapat tidak untuk berbincang mengenai nasi dan lauk pauk. Nasi atau beras adalah makanan ruji yang tidak dapat diasingkan daripada adat kebiasaan orang melayu. ini kerana tanahnya yang subur dapat menghasilkan tanaman padi dan beras sebagai asas kepada pertanian dan pekerjaan masyarakat dahulu..kini, walaupun kebanyakan sumber beras kita adalah, dari luar negara, namun, nasi masih menjadi pilihan utama masyarakat melayu. Baiklah, itu tentang nasi. yang ini saya kupas ialah juadah enak yang menjadi pilihan dan mendapat sambutan di kalangan masyarakat di Malaysia. Yang ingin saya tekankan ialah pilihan lauk-pauk kesukaan yang dimasak mengikut negeri untuk dimakan bersama nasi tadi.

Sesetengah masyarakat sukakan lauk-pauk yang manis seperti di Johor dan Kelantan. Walaupun kedua-dua negeri ini menyukai makanan manis, namun orang Johor lebih suka makanan yang manis dan pedas seperti di negeri Melaka dan Negeri Sembilan. Contohnya Asam Pedas, Sayur Cabai,  dan Sambal Totok. Berbeza dengan orang Kelantan yang lebih suka makan manis yang tidak pedas walaupun tidak kesemua daripada mereka tidak menyukai masakan pedas. contoh makanan pilihan negeri Kelantan dan Terengganu atau Pantai Timur ialah Budu, Nasi Kerabu, Laksam dan Nasi Dagang. Di Bahagian Kedah, Perlis, Perak dan Pinang pula, makanan kegemaran mereka lebih kepada masakan yang agak masin. Antara seperti masakan Singgang dan Taucu.

Satu perkara yang paling penting dalam kesemua masakan melayu ialah penggunaan santan dalam masakan dan ulam-ulaman. Di sini saya sertakan video pelbagai jenis makanan yang ada di Malaysia.

No comments:

Post a Comment