Showing posts with label Siti Nor Iftinan. Show all posts
Showing posts with label Siti Nor Iftinan. Show all posts

Monday, February 12, 2018

IFTINAN DI USIA 3 TAHUN



Assalamualaikum semua..

Melalui fasa keibubapaan, tipulah jika saya katakan saya tidak mahu meraikan ulang tahun kelahiran anak. Pernah melalui detik-detik kesusahan ketika kecil, saya memahami keadaan kewangan keluarga yang tidak mampu meraikan hari-hari penting sebegini lebih-lebih lagi dengan adik-beradik yang ramai. Kini, saya telah pun berkeluarga dan mempunyai anak. Tentu saya ingin meraikan saat bahagia ini bersama keluarga. 

8hb Disember 2017 yang lalu, saya, suami dan keluarga sempat menyambut hari lahir anak sulung saya Siti Nor Iftinan yang ke-3. 
Ikutkan hati mahu saja saya memasak sendiri, tapi memandangkan keadaan diri yang sedang sarat mengandung ketika itu, kami tempah makanan di Pizza Hut sahaja.

Tiba saja hari lahirnya, saya dan iftinan rasa teruja. Dia pun sudah tahu apa maksud 'happy birthday' dan 'selamat hari jadi'. Lihat saja video yang saya rakamkan, iftinan menyanyikan lagu hari jadinya sendiri. 


Menjelang malam, saya siap-siapkan dia dengan baju cantik yang saya beli secara online. Nampaknya suka betul iftinan dengan baju ni. 

Iftinan dah siap.

Muka gembira dapat pakai baju cantik.

Sedikit cenderahati disiapkan untuk sepupu2 iftinan.

Kek hari jadi Iftinan
Inilah kek hari jadi Iftinan. Saya pilih yang kecil sahaja kerana kami hanya menyambut di kalangan keluarga. Rugi pula jika tak habis. 
Gambar kami bersama.

Iftinan dan ayahnya.

Sesi potong kek.
Apa yang paling penting, iftinan rasa gembira. Dengan itu, saya dan suami juga gembira. Akan datang jika iftinan ada ramai adik, belum tentu kami dapat raikannya begini. Doakan semoga kami murah rezeki. Dapatlah kami gembirakan anak-anak dan luangkan sedikit masa untuk mereka.
Ibu saudara iftinan turut raikan hari jadi yang dekat dengan tarikh hari jadi Tinan.

Birthday girls.

Iftinan merenung patung kartun yang menjadi hiasan kek. Dia sangkakan patung tu boleh dimakan. 

Hidangan yang ditempah kami.

Menjamu selera.

Terima kasih semua yang sudi datang sambut hari lahir bersama Iftinan. Fahmi dan isterinya Khalida, abangku Firdaus, serta makcik-makcik tinan, Ulya, Dalilah dan Insyirah. 

Buat Iftinan, selamat hari lahirmu yang ke-3, sayang.. tak lupa juga buat mak sedara iftinan Dalilah dan Insyirah, selamat hari lahir.. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.. Kini tinan dah jadi kakak..Doa ummi semoga iftinan jadi anak yang baik, kakak yang baik,hamba yang taat dan insan yang berjaya di dunia dan akhirat.. Allahuma faqqihha fiddin..wa ilman takwil..amin..

Tuesday, December 13, 2016

Selamat Hari Lahir Sayangku

Asalamualaikum dan salam sejahtera buat semua..

Baru-baru saya dan keluarga baru saja selesai menyambut ulang tahun kelahiran anak saya untuk kali yang kedua, Siti Nor Iftinan. Sekejapnye masa yang berlalu. Kini Iftinan dah pandai berjalan dan bercakap.

Jika tahun sebelumnya, saya masak sendiri kek hari lahir Iftinan, tapi kali ini disebabkan kesuntukan masa, saya sediakan saja kek dari kedai yang tak kurang hebatnya untuk anakanda kesayangan ini.





Kami sambut secara kecil-kecilan saja bersama keluarga dan kenalan terdekat. Yelah, seronok juga sekali-sekala memeriahkan rumah dengan aktiviti sebegini.

Ada peristiwa yang kelakar dan mengejutkan kami, iaitu saat-saat iftinan menghiburkan kami dengan 'persembahan' beliau.. tak tahu nak kata dia sedang menyanyi, tetapi bunyinya seperti membaca doa, tapi ada alunan lagu juga yang dimasukkan sekali. Lama juga Iftinan buat persembahan, saya risau dia keletihan, rupanya 'persembahan' itu tak berhenti sehinggalah  semua tetamu pulang. Seronok sangatlah agaknya.. hihihi..


Iftinan sedang buat persembahan.

Kepada Iftinan, ummi doakan semoga Iftinan membesar dengan baik dan sihat, menjadi anak yang solehah, diberi keluasan ilmu dan limpahan rezeki, dirahmati Allah s.w.t. serta menjadi manusia yang berguna dan mampu memberi sumbangan buat agama dan masyarakat. Aminn..







Tuesday, September 20, 2016

My cute trouble maker

So, this is my cute trouble maker.

Namanye Siti Nor Iftinan. Sekarang die dah pandai sepahkan rumah. Semua yang saya buat die nak buat jugak. Tengoklah,  buku tu dia yang keluarkan dari rak buku.

Dari satu sudut,  saya rasa lega kerana iftinan dah tunjuk banyak perkembangan sama seperti bayi yang lain. Sewaktu awal kelahirannya,  agak merisaukan kerana beliau mengalami masalah kuning.  Jadi iftinan tak banyak menangis.  Cuma banyak tidur dan bangun untuk menyusu. Kesilapan saya juga yang menyangka saya mampu menyusukan dia sepenuhnya. Masa tu terkial-kial nak belajar pakai pam susu. Masa mengandungkan dia, sibuk sangat dengan kerja, duduk pula sorang2 jauh dari suami.. tak sempat nak spent masa belajqr tentang persediaan menyambut bayi..lambat sikitlah belajar pam susu..

Sepanjang dia membesar,  beratnya tidak ideal. Banyaklah nasihat dari keluarga,  rakan-rakan dan nurse untuk menambahkan berat badannya.  Jenuhlah juga kami mencari pemakanan yang sesuai dengannya.  Maklumlah,  pertama kali jadi ibu,  banyak saya tidak tahu dan perlu belajar lagi terutama rutin pemakanan anak.

 Tak susah untuk menjaganya.  Kadang-kadang tak tahu apa yang dia mahukan kerana dia tak banyak merengek. Kadang-kadang sikapnya yang tak banyak kerenah tu merisaukan juga.  Takut-takut dia sakit.







Makin lama iftinan dah banyak tunjukkan perkembangan.  Dah boleh berjalan dan sepahkan rumah.  Rasa lega bila dia sudah pandai membuat pilihan dan menunjukkan keinginannya.  Jika tak mahu die akan menolak.

Baru-baru ni, iftinan menunjukkan perkembangan positif dan lulus ujian autisme (tidak termasuk dalam golongan autisme).

Jadi kepada pasangan yang baru saja masuk ke alam keibubapaan, jangan marah sangat jika anak sepahkan rumah. Itu tanda anak anda sihat. Penting untuk anda jaga rutin pemakanan dan kebersihan anak supaya mereka dapat membesar dengan baik. Jangan takut dengan bebelan nurse okay.. normallah kalau kena bebel.. kuatkan semangat dan teruskan rutin pemakanan anak sampai berat badannye cantik..

Ok, itu sahaja entri kali ini. Doakan semoga Siti Nor Iftinan menjadi anak yang solehah, srikandi Islam, pecinta kebenaran dan berbudi pekerti..Amin ya Allah..Wassalam..