Saya baru sahaja selesai menjalani Program Bina Insan Guru pada minggu lepas bermulai 22 mei -25 mei 2012 di Kuala Kangsar. Suatu pengalaman perkhemahan yang menyeronokkan bagi saya setelah beberapa bulan sibuk menjalani hari-hari persekolahan. Walaupun impaknya menyebabkan wajah saya agak gelap dan tidak berseri seperti selalu, tetapi kenangan yang dilalui sangat bermakna buat saya dan juga kumpulan saya iaitu Pendidikan Islam 2 (PAI 2)
Hari pertama kami iaitu pada hari selasa, kami berkumpul di IPG Kampus Ipoh dan mula bertolak pada pukul 10.30 dengan rombongan dua buah bas. Sampai sahaja di sana, kami diberi taklimat dan kemudian mendirikan khemah, memasak mengikut jadual dan meneruskan pelbagai aktiviti seperti kawad, tazkirah dan latihan dalam kumpulan.
Hari kedua kami diisi dengan aktiviti kembara di mana kami melewati beberapa kawasan pelancongan yang terkenal di Kuala Kangsar iaitu Sayong. di dalam aktiviti tersebut, kami diminta menyelesaikan beberapa perkara seperti menentukan arah kiblat, meleraikan tali ikatan dan memasak maggie. Walaupun tersesat sebanyak tiga kali, tetapi kami harungi dengan keadaan yang tenang dan santai. Pada malamnya saya ditugaskan untuk membaca sebuah cerpen bertajuk 'Beruk' sebagai pelaksanaan LDK jati diri yang seterusnya. Alhamdulillah, saya mendapat renspons yang sangat baik daripada penyampaian cerpen tersebut.
Esoknya kami menjalani aktiviti air dan berkayak. malam itu kami dihiburkan dengan persembahan dari setiap kumpulan. Apa yang lebih mengejutkan, ada satu kumpulan yang mempersembahkan sebuah pentomen sambungan daripada cerpen 'beruk' yang dibacakan pada malam sebelumnya yang bertajuk 'Beruk 2.0'. Dan kami semua sangat terhibur dengan persembahan mereka.
Keesokan harinya mengundang rasa sedih di hati kami kerana program ini telah pun berada di tirai penutup. Deangan perasmian penutupan oleh Pengarah IPG Kampus Ipoh dan penyampaian hadiah, maka berakhirlah program ini dengan yang penuh dengan kenangan untuk diingati.
Kenangan yg takkan dilupai.... Terima kasih kak Fariza dn kpd semua,=)
ReplyDeleteSama2, nabila..terima kasih jugak ye..Kumpulan Pendidikan Islam 2 J-Qaf 2012 adalah kenangan terindah dalam hidup akak..rasanya semua orang dalam kelas kite turut merasainye.. (^_^)
ReplyDelete