Thursday, May 31, 2012

Tafakur sejenak..

Hidup di dunia yang penuh pancaroba,
Ombak, badai dan gelombang yang tiba,
Tak kira masa,
Dengan pasang surut,
Bagaimana mahu tetapkan hati goyah ini agar kekal zuhud..??

Monday, May 28, 2012

BINA INSAN GURU J-QAF 2012

Saya baru sahaja selesai menjalani Program Bina Insan Guru pada minggu lepas bermulai 22 mei -25 mei 2012 di Kuala Kangsar. Suatu pengalaman perkhemahan yang menyeronokkan bagi saya setelah beberapa bulan sibuk menjalani hari-hari persekolahan. Walaupun impaknya menyebabkan wajah saya agak gelap dan tidak berseri seperti selalu, tetapi kenangan yang dilalui sangat bermakna buat saya dan juga kumpulan saya iaitu Pendidikan Islam 2 (PAI 2)

         Hari pertama kami iaitu pada hari selasa, kami berkumpul di IPG Kampus Ipoh dan mula bertolak pada pukul 10.30 dengan rombongan dua buah bas. Sampai sahaja di sana, kami diberi taklimat dan kemudian mendirikan khemah, memasak mengikut jadual dan meneruskan pelbagai aktiviti seperti kawad, tazkirah dan latihan dalam kumpulan.

         Hari kedua kami diisi dengan aktiviti kembara di mana kami melewati beberapa kawasan pelancongan yang terkenal di Kuala Kangsar iaitu Sayong. di dalam aktiviti tersebut, kami diminta menyelesaikan beberapa perkara seperti menentukan arah kiblat, meleraikan tali ikatan dan memasak maggie. Walaupun tersesat sebanyak tiga kali, tetapi kami harungi dengan keadaan yang tenang dan santai. Pada malamnya saya ditugaskan untuk membaca sebuah cerpen bertajuk 'Beruk' sebagai pelaksanaan LDK jati diri yang seterusnya. Alhamdulillah, saya mendapat renspons yang sangat baik daripada penyampaian cerpen tersebut.

         Esoknya kami menjalani aktiviti air dan berkayak. malam itu kami dihiburkan  dengan persembahan dari setiap kumpulan. Apa yang lebih mengejutkan, ada satu kumpulan yang mempersembahkan sebuah pentomen sambungan daripada cerpen 'beruk' yang dibacakan pada malam sebelumnya yang bertajuk 'Beruk 2.0'. Dan kami semua sangat terhibur dengan persembahan mereka.



Keesokan harinya mengundang rasa sedih di hati kami kerana program ini telah pun berada di tirai penutup. Deangan perasmian penutupan oleh Pengarah IPG Kampus Ipoh dan penyampaian hadiah, maka berakhirlah program ini dengan yang penuh dengan kenangan untuk diingati.

Saturday, May 12, 2012

TERIMA KASIH, MAK!

Entry saya kali ini saya tujukan khas buat ibu saya Jamaliah Binti Jamaludin. Sebagai seorang anak yang telah dibesarkan dengan penuh kasih sayang, saya lahirkan rasa kesyukuran kepada Illahi kerana mengurniakan seorang ibu yang sangat tabah membesarkan lapan orang anak. Sekelip mata kini kami sudah pun dewasa dan menghadapi hidup masing-masing melengkapkan putaran roda kehidupan hidup yang sementara ini.

Masih saya ingat lagi sewaktu saya masih kecil. Saya bangun pada pagi itu. Dan seperti biasa, emak sudah pun bangun bersama kakak dan abang saya yang lain sibuk menyiapkan sarapan pagi untuk kami lapan beradik. Kami teringin memakan roti canai pada pagi itu, lalu emak memesan kepada kakwin (kakak saya) supaya membeli roti canai 16 keping (seorang dapat 2 keping) di kedai berhampiran berek polis yang kami diami. Pada masa itu, semua makanan dibahagi secara sama rata. Jika, seorang terlepas, pasti ada yang akan merajuk. Begitulah keadaan emak yang perlu bersikap adil terhadap kami semua.

Kini, kami sudahpun dewasa. Sudah bekerjaya dan ada yang sudah bekeluarga. Namun suasana riuh-rendah dan hingar-bingar rumah kecil kami  adik-beradik sewaktu di Blok C, Kem Pasukan Polis Hutan (kini dipanggil Pasukan Gerakan Am) tidak akan kami lupakan. Terima Kasih, Emak! (^_^)


Friday, May 11, 2012

Makanan Tradisi Melayu

Apabila sebut tentang makanan tradisi melayu, kita pasti tidak dapat tidak untuk berbincang mengenai nasi dan lauk pauk. Nasi atau beras adalah makanan ruji yang tidak dapat diasingkan daripada adat kebiasaan orang melayu. ini kerana tanahnya yang subur dapat menghasilkan tanaman padi dan beras sebagai asas kepada pertanian dan pekerjaan masyarakat dahulu..kini, walaupun kebanyakan sumber beras kita adalah, dari luar negara, namun, nasi masih menjadi pilihan utama masyarakat melayu. Baiklah, itu tentang nasi. yang ini saya kupas ialah juadah enak yang menjadi pilihan dan mendapat sambutan di kalangan masyarakat di Malaysia. Yang ingin saya tekankan ialah pilihan lauk-pauk kesukaan yang dimasak mengikut negeri untuk dimakan bersama nasi tadi.

Sesetengah masyarakat sukakan lauk-pauk yang manis seperti di Johor dan Kelantan. Walaupun kedua-dua negeri ini menyukai makanan manis, namun orang Johor lebih suka makanan yang manis dan pedas seperti di negeri Melaka dan Negeri Sembilan. Contohnya Asam Pedas, Sayur Cabai,  dan Sambal Totok. Berbeza dengan orang Kelantan yang lebih suka makan manis yang tidak pedas walaupun tidak kesemua daripada mereka tidak menyukai masakan pedas. contoh makanan pilihan negeri Kelantan dan Terengganu atau Pantai Timur ialah Budu, Nasi Kerabu, Laksam dan Nasi Dagang. Di Bahagian Kedah, Perlis, Perak dan Pinang pula, makanan kegemaran mereka lebih kepada masakan yang agak masin. Antara seperti masakan Singgang dan Taucu.

Satu perkara yang paling penting dalam kesemua masakan melayu ialah penggunaan santan dalam masakan dan ulam-ulaman. Di sini saya sertakan video pelbagai jenis makanan yang ada di Malaysia.

Monday, May 7, 2012

SIAPA WALI ALLAH?

Beribu-ribu orang Wali Allah telah lahir ke dunia ini dari tarikh manusia ujud sehingga ke hari ni dan akan lahir beribu-ribu lagi Wali Allah sehingga hari kiamat. Ramai dari kita tidak dapat membezakan Wali Allah dengan guru agama biasa. Ramai dari kita percaya guru agama, penyebar agama, pengembara, peniaga dari negara Arab, orang-orang dari negara Arab sebagai Wali Allah. Sebenarnya semua mereka bukannya Wali Allah sebaliknya ada Wali Allah di kalangan mereka. Ada juga orang yang percaya bahawa Wali Allah hanya akan lahir dalam kaum Arab. Ini suatu tanggapan yang salah.

Ramai di antara kita yang percaya bahawa : Orang yang selalu pakai kopiah putih, Pakai serban putih, pakai Jubah putih, pengajar Agama Islam, pengubat tradisional, orang yang cakap benda-benda yang pelik- cakap sesuatu yang kita tidak faham, semuanya Wali. Kalau ada kubur yang pelik sedikit, Kalau ada kubur terbiar dalam hutan – pun Wali.
Betul ke mereka semua ini Wali?. Siapakah Wali Allah Sebenarnya?
(Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertakwa. (Yunus: 63)

Pengenalan kepada Wali Allah

Perkataan Wali atau Aulia membawa maksud  guru, orang keramat, orang suci, penjaga, pemegang amanah, wakil, waris, orang contoh dan sebagainya. Wali Allah ialah seorang manusia yang hidup sebagai contoh kepada sekalian umat manusia. Mereka adalah manusia yang menjadi contoh bagi Iman, kepercayaan, cara hidup dan contoh bagi seorang manusia. Mereka tidak akan melalukan sesuatu dengan kehendak peribadi mereka sebaliknya hanya akan melakukan sesuatu yang Allah inginkan. Seorang Wali Allah tidak semestinya beragama Islam, mereka akan lahir dalam semua agama di dunia ini tetapi – Hanya beriman kepada satu Tuhan.
Wali Allah tetap ujud pada setiap masa dari masa ujudnya dunia ini dan sehingga kiamat dunia ini. Seorang Wali tidak semestinya memakai Jubah, kain pelekat, kopiah atau serban; mereka mungkin pakai kot, seluar jean, kemeja- T  atau apa sahaja. Peranan dan nilai seseorang manusia hanya ternilai dari cara hidupnya dan imannya, dan bukan dari pakaian atau keluarganya.
Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata; dan Allah pula Amat belas-kasihan akan hamba-hambanya. (Al-Baqara: 207)

Kelahiran

Wali Allah akan lahir dalam semua kaum dan bahasa di dunia ini, oleh kerana kepercayaan dan perasaan cinta mereka terhadap Allah, mereka akan mencari keredaan Allah dan kasih sayangNya.
Biasanya Wali Allah akan lahir sebagai seorang manusia biasa dan oleh kerana iman dan kesayangan mereka, Allah menerima mereka sebagai sahabat dan memberikan darjat Wali Allah. Seorang Wali Allah tidak semestinya lahir di negara Arab atau dalam keturunan Rasulullah.  Setiap orang manusia termasuk anda layak menjadi Wali Allah.
Maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia…( 5:54 )

Keluarga

Ada segelintir Wali Allah tidak berkeluarga kerana mereka terlalu sibuk dengan mencari keredaan Allah sehingga tiada masa untuk berfikir tentang kehidupan dan keindahan dunia ini.  Ada segelintir Wali Allah yang meninggalkan keluarga mereka untuk mencari keredaan Allah kerana mungkin mereka menganggap ikatan keluarga akan mengganggu iman mereka dan menarik diri mereka kembali ke dunia ini. Kebanyakan Wali Allah berkeluarga dan mempunyai anak.

Ibadah

Nabi Muhammad SAW ialah Mahaguru bagi sekalian umat Islam dan Wali Allah. Oleh itu kaedah ibadah dan sembahyang Wali Allah tetap sama seperti yang diajar oleh Rasulullah SAW. Semua Wali Allah akan membanyakkan sembahyang, zikir, berpuasa dan meditasi. Ada juga Wali Allah yang bertapak dalam hutan, gua dan bukit. Ada juga segelintir Wali Allah yang menggunakan beberapa kaedah yang lain.
Walau bagaimana pun tiada Wali Allah yang akan melanggar sebarang ajaran Nabi Muhammad SAW dan Al Quran Karim.
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak  (Al-Ahzaab: 21)

Rupa

Jika kita lihat seorang Wali Allah tentu kita tidak akan mengaku mereka sebagai Wali Allah oleh kerana sifat rendah diri mereka dan pakaian yang serba biasa. Pakaian yang mereka gunakan biasanya berhubung dengan kaum mereka.
Pakaian Wali Allah selalunya serba biasa dan tanpa sebarang hiasan. Biasanya Wali Allah akan memakai pakaian serba putih sebagai tanda kesucian hati dan iman mereka. Mereka tidak mengiasi diri mereka atau memilih pakaian yang mewah kerana bagi mereka dunia ini hanyalah sebuah mimpi yang langsung tidak bernilai.
mereka itu disangka: orang kaya – oleh orang yang tidak mengetahui halnya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka tidak meminta kepada orang ramai dengan mendesak-desak. (Al-Baqara: 273)

Ciri-ciri

Biasanya orang yang melihat tingkah laku Wali Allah akan percaya bahawa mereka itu orang kaya tetapi sebenarnya mereka tiada sesuatu kecuali Allah. Wali Allah tidak akan meminta sedekah kepada orang awam tetapi akan menerima pemberian dari orang awam, jika diberikan dengan ikhlas.
Pada umumnya Wali Allah akan berhijrah ke seluruh negara asal mereka dan ada juga Wali yang berhijrah ke luar negara, mereka akan hidup di sesuatu tempat  buat sementara waktu dan mengajar orang-orang di situ tentang Tuhan dan kebesarannya. Mereka akan bekerjasama dengan penduduk tempatan, membantu mereka, mendidik mereka, mengubat penyakit mereka sambil mengajar kebesaran Allah.
Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah ; dan mereka itulah orang-orang yang berjaya. (At-Tawba: 20)

Iman

Seorang Wali Allah yang sebenar ialah seorang manusia yang sebenar-benar beriman kepada Allah (Tuhan yang satu) dan menyerahkan sepenuh kehidupan dan kehendaknya kepada Allah. Dan menerima segala dugaan dan cubaan sebagai pemberian Ilahi. Mereka tidak akan membezakan di antara suka dan benci, gembira dan duka cita, kawan atau musuh,bagi mereka segala-galanya sama. Seorang Wali Allah yang sebenar tidak akan melihat sesuatu selain Allah di dunia ini. Bagi mereka segala-galanya hanyalah Allah yang maha Esa.
Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Yunus: 62)

Wali Allah yang sebenar tidak akan takut kepada Neraka dan tidak akan teringin kepada Syurga. Satu-satunya kehendak dan keinginan mereka hanyalah Allah SWT. Bagi mereka tiada yang lebih baik dari Allah dan cinta kepada Allah SWT.

Ajaran

Biasanya Wali Allah tidak akan membawa atau memberikan sebarang ajaran; mereka hanya akan hidup sebagai contoh. Orang sekitarnya akan belajar dari tingkah laku dan kaedah hidup mereka.
Agama Islam tersebar di seluruh dunia oleh kerana Wali-wali Allah yang berhijrah ke seluruh dan mengajar kebesarannya. Orang-orang tempatan yang tertarik dengan cara hidup mereka, tingkah laku mereka, sopan santun mereka dan mengikut langkah mereka dengan memeluk agama Islam.

Tingkah laku

Seorang Wali Allah tidak akan mendedahkan dirinya sebagai Wali Allah kepada umum. Walau berapa banyak dan seberapa hebat pun ilmu dan kelebihan yang dimilikinya , mereka tidak akan menunjuk kepada umum kecuali untuk tujuan membantu orang lain.
Mereka akan hidup mesra dengan orang awam dan tidak akan memegahkan dirinya sendiri. Mereka tidak akan membezakan manusia dengan harta , agama, bangsa, dan sebagainya.
“Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. (Luqman: 18)

Kalau saya tulis seberapa banyak pun tentang Wali Allah dan hubungan mereka dengan Allah. Anda pasti tidak akan faham dengan betul dan lengkap. Sama seperti walaupun kita baca sepuluh buah buku,  tentang api kita tetap tidak akan memahaminya kecuali kita yang sentuh api itu.

Baca lagi : Siapakah Wali Allah sebenarnya | RahsiaAlam.com
http://www.rahsiaalam.com
Petikan Dari : Rahsiaalam.com

Saturday, May 5, 2012

BAHAGIA

BAHAGIA..satu perkataan yang didambakan oleh semua manusia..siapa di antara kita yang tidak mahu rasa bahagia..?hatta manusia yang melakukan kejahatan dan kerosakan di atas muka bumi ini sekalipun masih meinginkan kebahagiaan hadir dalam hidupnya..tanpa bahagia, jiwa akan kosong, keras, liar dan sengsara..

Hadirnya bahagia dalam diri adalah suatu anugerah dan nikmat yang ternilai harganya. Dengan bahagia, yang sakit akan ceria, yang benci yang menjadi suka, yang miskin hidup gembira, yang sengketa berkasih mesra, sukar bertukar segera, yang pahit menjadi gula..

Segala apa yang kita lalui dalam hidup ini, ketahuilah ia tidak akan kekal begitu selamanya..tidak akan senang selamanya..dan tidak akan sengsara selamanya..segalaya bersilih ganti seperti malam dan siang..namun, kebahagiaan yang terbit jauh dalam lubuk hati akan menguatkan kita untuk menghadapi apa jua kemungkinan yang akan Allah berikan dalam hidup..mungkin kita akan akan gembira, marah, sedih, dan tertawa..letakkan segala emosi itu di tempat yang sepatutnya dan berbahagialah menikmati hidup dengan pilihan yang telah kita telah lakukan sendiri pada hari ini..


Friday, May 4, 2012

INDAHNYA ALAM PERSEKOLAHAN

Mengajar anak-anak kecil di SK Sedenak sejak bulan Januari tempoh mengingatkan saya kembali di zaman kanak-kanak dahulu..alangkah gembiranya saat itu seolah-olah tiada masalah untuk difikirkan seperti hari ini..menjadi seorang guru dengan gelaran 'ustazah' adalah suatu tanggungjawab yang sangat berat bagi saya untuk memberikan contoh ikutan yang terbaik kepada anak-anak murid.. setiap gerak-gerak kita mudah saja untuk diikut mereka..
           Satu perkara yang menyedarkan saya ialah, menjadi seorang guru, kita akan sentiasa memerhati dan mencari kemampuan anak murid untuk diserlahkan kehebatan mereka, dan dan meneliti kelemahan mereka untuk diperbaiki dari semasa ke semasa. Perkara ini tidak pernah saya sedari sehinggalah mula membiasakan diri dalam kerjaya ini. Betapa sukarnya membiasakan diri dengan alam kanak-kanak semula dan membaca fikiran mereka setelah sekian lama kita sibuk di dalam alam dewasa dan mengejar cita-cita yang semakin lama semakin dekat untuk dicapai..dengan pengalaman mengajar yang terlalu sedikit, agak sukar untuk mengawal dan berdepan dengan kanak-kanak hiperaktif..namun ini semua adalah cabaran bagi saya membentuk mereka, menjadi manusia dan saya sememangnya sukakan cabaran..
          Tak sabar untuk melihat mereka membesar, berjaya dan mencapai apa yang mereka cita-citakan..