Assalamualaikum buat para pembaca..
Jika blog ini digambarkan seperti sebuah rumah, pasti sudah bersarang kerana lama sudah saya tinggalkan.. Hari ini saya datang semula untuk berkongsi apa yang sedang saya lalui dalam kehidupan saya kini..
Terlalu banyak kenangan dan saat-saat pahit manis yang sukar untuk saya gambarkan kepada anda untuk menceritakan kehidupan yang saya lalui beberapa tahun ini. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan sokongan daripada keluarga dan kawan-kawan, saya berjaya menghabiskan beberapa perjalanan yang perlu saya lalui dalam kehidupan kecil saya. Dan alhamdulillah, saya kini tidak berseorangan lagi.
Dalam sekelip mata yang saya juga tidak menjangkanya, Allah telah mendatangkan pasangan hidup yang untuk menemani saya melayari bahtera hidup ini.
Benarlah, jodoh itu rahsia Allah..
Terima kasih Allah..
No comments:
Post a Comment