Apabila berbincang mengenai perdebatan, pasti kita akan teringat pertandingan debat yang dijalankan di sekolah dan di peringkat universiti. Persoalannya, mengapa perdebatan ini kurang popular di alam realiti kita pada hari ini. Adakah debat sudah tidak relevan? Kita pernah melihat sikap keterbukaan negara lain dalam hal perdebatan terutamanya dalam isu politik seperti yang dilakukan oleh Barack Obama. Syeikh Ahmad Dedat dan Zakir Naik juga antara ulama Islam yang aktif dalam perdebatan agama. Tetapi perdebatan seperti ini jarang sekali berlaku di Malaysia. Kelihatan para pemimpin sedaya upaya mengelakkan diri mereka dari berdebat dengan pihak pembangkang. Mengapa situasi ini berlaku?
Mungkin terdapat kelemahan di dalam landasan perdebatan yang memberi impak yang sangat besar dan buruk sehinggakan para pemimpin kita mengelakkan diri dari memperdebatkan isu politik dan pentadbiran negara. Saya juga bersetuju dengan keadaan ini. Kenapa? Kerana teknik dan landasan perdebatan pada hari ini tidak bersesuaian dengan teknik perdebatan yang digariskan dalam islam. Di sini saya akan menunjukkan perbezaan antara debat ala parlimen yang jauh menyimpang dari adab-adab perdebatan yang digariskan dalam Islam.
1. Ada celahan
Celahan dalam teknik debat adalah satu persoalan yang diajukan ketika pendebat sedang membentangkan usul mereka. Celahan ini dalam istilah lain boleh dikategorikan sebagai 'menyampuk'. Teknik celahan ini sangat tidak sesuai dengan debat yang disarankan dalam kerana sikap ini seolah tidak menghormati pendebat lain sedang melontarkan pandangan.
2. Provokasi
Elemen kritikan tidak dapat lari dalam perdebatan. Namun debat bukanla satu medium bagi para pendebat untuk memburukkan pihak lawan sehingga menghina dan mencerca sifat fizikal mereka. Ini yng sering saya dapati dalam perdebatan. Perdebatan dalam Islam seharusnya dilakukan dengan penuh beradap tanpa menghina dan menjatuhkan maruah pihak lawan. Perlawanan ini adalah berdasarkan fakta dan bukan disertai unsur-unsur emosional.
3. Banyak menonjolkan elemen negatif berbanding positif
Matlamat perdebatan adalah mencari kebenaran dan kemaslahatan bersama. Namun, melalui teknik yang sudah pincang, bagaimana matlamat ini ingin ditonjolkan dengan jelas? Unsur hasutan yang dilakukan secara terang-terangan, sikap tidak mahu mengalah dan tidak mengakui kelemahan, serta sifat bertolak ansur dan telus yang tidak berjaya ditonjolkan oleh pendebat hari ini.
Saya memuji tindakan Institut Kefahaman Islam Malaysia dalam usaha menganjurkan pertandingan debat berunsurkan Islam iaitu Debat IKIM. Debat berunsur Islam sebegini jarang diketengahkan, namun usaha ini adalah suatu pendedahan yang baik kepada masyarakat terutamanya golongan mahasiswa dalam mengenali teknik debat yang menepati syariat.
Sebaliknya, sekiranya kemenangan diperolehi dalam sesuatu pertandingan yang bukan berunsurkan Islam, pada pendapat saya, pendebat itu masih belum menang lagi secara realitinya. Lihatlah ketandusan dan tidak relevannya debat di Malaysia. Jika pemimpin mengelakkan diri mereka untuk berdebat, bukan salah mereka. Sebaliknya teknik perdebatan yang merosakkan menjadikan debat dipandang sepi. Mereka pemimpin, mereka juga ada maruah..
No comments:
Post a Comment