Assalamualaikum semua..
Lama tak bersua, apa khabar semuanya? Sudah lama tidak mengemas kini entry saya, ternyata kita telah pun berada di bulan Mac tahun 2020. Tahun yang dinantikan oleh kita semua terutama generasi saya. Tak sangka pula di tahun ini saya melahirkan bayi tahun 2020.
Banyak yang ingin saya ceritakan sepanjang tahun 2019 Dan 2020. Jadi untuk beberapa hari ini saya akan mengemaskini entry saya dengan beberapa topik baru. Rakan-rakan yang rajin mengikuti blog saya bolehla terus setia melayari entry in kerana akan ada beberapa kemaskini terbaru untuk semua. Namun topik yang saya bawakan hari ni adalah beberapa tatikh penting dan kejayaan saya lalui sepanjang beberapa bulan menuju ke penghujung tahun 2019.
MAJLIS PERPISAHAN CIKGU YUNUS, PN. SUZANA, PN. ZURAIDAH, PN. MAZNIHA DAN PN. ILMI
Sepanjang tahun 2019 kami dikejutkan dengan beberapa berita perpisahan guru-guru SK Parit Latiff. Sebenarnya, sukar di hati nak melepaskan mereka pergi. Namun, inlah hakikatnya yang setiap pertemuan ada perpisahan. Bermula dengan En. YUNUS yang merupakan guru matematik Dan jurulatih kriket. Ternyata SKPL kehilangan permata berharga yang seeing menjadikan sekolah ini dijulang atas kejayaan dalam pertandingan kriket.
Begitu juga dengan Pn. Suzana Dan Pn. Mazniha yang merupakan guru senior di sekolah ini. Tunjuk ajar mereka membuatkan saya merasa kehilangan mereka bernar-benar memberi kesan. Tak lupa juga buat Pn. Zuraidah dan Pn. Nor'Ilmi yang merupakan mentor saya sebagai guru GPI.
KARNIVALBAHASA MELAYU SKK PERINGKAT KEBANGSAAN 2019
Pada tarikh April 2019, SK Parit Latif telah menghantar peserta ke Karnival Bahasa Melayu Sekolah Kluster Peringkat Kebangsaan. Antara kategori yang dipertandingkan ialah Deklamasi Sajak, Dendangan Syair, Bercerita, Pidato Dan Mengarang. Apa yang menerik dalam pertandingan ini ialah, peserta yang mendapat kedudukan 10 Terbaikkk akan mendapat hadiah iaitu RM50 beserta cenderahati bagi pemenang tempat ke-10 hingga ke-4. RM 100 bagi tempat ke-3, RM150 bagi tempat ke-2 dan RM 200 berserta cenderahati bagi pemenang tempat Pertama.
Alhamdulillah, nampaknye ada rezeki untuk kami kerana hampir kesemua peserta kami mendapat tempat 10 terbaik. Antaranya ialah:
1.Naib Johan Dekklamasi Sajak
Nur Faezatul Antasya
Nur Elliya Ellisya
2. Tempat ke-6 Deklamasi Sajak
Aisyah Maisara
Nur Futri Ellisa Sofea Bt Ahmad Tumidi
3. Tempat ke-7 Pidato
Mohd Faiz Bin Daud
3. Tempat ke-7 Bercerita
Nur Qurratul Batrisya Bt Hanafiah
4. Tempat ke-9 Dendangan Syair
Aisyah Binti Musa
Mohd Azizan akmal
5. Tempat ke-9 Mengarang
Terima kasih dan tahniah buat semua guru Dan peserta atas kerjasama kalian untuk pertandingan ini. Tidak lupa juga tahniah buat penganjur pertandingan ini iatu SK Orang Kaya Ali SKK dengan Kerjasama Dewan Bahasa Dan Pustaka dan BSN.
KARNIVAL SEMARAK CINTAI BAHASA PERINGKAT KEBANGSAAN SKK 2019
Pada 31 Julai 2019, sekolah saya iaitu SK Parit Latiff telah mengadakan Karnival Semarak CINTAI BAHASA PERINGKAT Kebangsaan 2019 SKK. Seramai 19 buah sekolah telah hadir untuk menyertai pertandingan ini. Antara kategori yang dipertandingkan ialah Deklamasi Sajak, Dendangan Syair, Bercerita Dan Pidato.
Dan alhamdulillah, tiga orang murid kami telah memenangi 10 terbaik dalam pertandingan ini. Antaranya:
1. Naib Johan Pidato
Mohd Faiz Bin Daud
2. Tempat ke-6 Sajak
Nur Elliya Ellisya
3. Tempat ke-6 Bercerita
Tahniah Dan syabas buat para pemenang juga semua para peserta dan guru atas kerjasama sebagai penganjur bersama dan peserta. Tidak lupa juga buat pihak UTHM atas usahasama until penganjuran ini.
Semoga usaha ini dapat diteruskan di Masa akan datang.
PERSEMBAHAN IFTINAN DI MAJLIS APRESIASI DAN KECEMERLANGAN MURID
Tirai tahun 2019 saya juga diakhiri dengan Majlis Apresiasi Prasekolah 2019 dan persembahan anakandaku iftinan menyanyikan lagu kegemarannya iaitu 'Let It Go' semasa Program Apresiasi Dan Kecemerlangan Murid SKPL 2019.
Saya tahu iftinan menyukai lagu tersebut dan sering menyanyikannya ketika di rumah. Lalu saya mencadangkan kepada guru Prasekolah supaya iftinan menyanyikannya lagu tersebut. Namun apa yang mengagumkan saya dan kami semua ialah iftinan begitu selesa dan yakin di atas pentas. Tidak ada pula saya nampak yang dia gementar, cuma dia ada cakap dia nak buang air saja lah sebelum persembahan bermula.. haha.. selepas selesai persembahan, memang betul dia hendak buang air kecil..hihi.. saya ingatkan dia dah lupa..
Itulah serba sedikit KENANGAN saya sepanjang tahun 2019. Saya juga ketika it sedang menunggu tahun 2020 dengan penuh debaran. Yalah, nak sambut ahli baru dalam keluarga saya.. saya sambung dalam entry yang seterusnya.. Terima kasih kerana sudi membaca..
No comments:
Post a Comment