Sejak akhir-akhir kemelut politik negara sering diperkatakan umum. Sejak bermulanya perubahan politik dalam PRU 14, Malaysia berterusan mendapat perhatian mengenai dasar pentadbiran yang baru. Ramai yang memberikan pendapat masing-masing mengenai isu politik negara yang sedang kita alami sekarang ini . Jika Ada yang ingin mendengar pendapat diri yang hina ini memandangkan saya pernah menulis entri mengenai Malaysia sebelum ini. Sukar bagi saya untuk mengulas kerana saya sendiri sedar yang saya tidak boleh memberikan pendapat yang seimbang antara pembangkang dan kerajaan.
Dek kerana saya kerap menangguhkan hasrat untuk mengulas isu politik negara, saya juga telah terlepas untuk mengucapkan tahniah kepada Tun Mahathir Mohamed atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-7. Dalam masa 2 tahun tiba-tiba saya dan rakyat Malaysia sudahpun mendapat Perdana Menteri yang baru. Dalam ucaptama Perdana Menteri Malaysia yang ke-8, Tan Sri Muhyidin Yaasin juga meluahkan rasa terkejut dengan pelantikan dirinya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru.
Bagai pucuk dicita ulam mendatang, takkanlah beliau ingin menolak tawaran tersebut yang datang dari YDP Agong. Bukan salah PM kita, tapi tidakkah kita terasa yang kerajaan dan parti politik terlalu terburu-buru untuk menukar corak pemerintahan? Mana ada kerajaan yang terus semuanya jadi sempurna dalam masa 2 tahun? Seharusnya pihak pentadbiran bertenang dan menambahbaik kelemahan struktur pentadbiran dari semasa ke semasa. Sekurang-kurangnya 5-10 tahun untuk berkembang maju sesuai dengan kehendak rakyat.
Dalam masa beberapa hari kemelut politk berlangsung, dapat terlihat dengan jelas siapa gila kuasa, siapa yang berpaling dan siapa yang setia, seolah-olah ini semua adalah semua drama tv. Penuh dengan kejutan, persaingan hidup, sedikit unsur lucu namun semuanya adalah realiti. Yang paling saya tabik hormat sekali ialah, kematangan rakyat dalam menghadapi situasi tegang ini. Tak perlu kita merusuh, bergaduh dan pertaruhkan nyawa kita yang berharga. Biarkan para pemimpin buat kerja mereka. Kita fokus kepada tujuan asal iaitu untuk kemaslahatan, keamanan dan keharmonian rakyat Malaysia. Terima kasih buat semua. Begitulah serba sedikit pandangan politik dari sisi saya.
Kisah Drama Korea The Rebel
Melihat situasi politik yang mencabar ini, saya teringat sebuah drama korea yang bertajuk 'The Rebel: Thief Who Stole People'. Maksudnye pencuri yang mencuri (hati) rakyat. Sekali imbas seolah-okah seperti kisah Robinhood. Namun setiap penderitaan dan kesakitan yang dialami oleh hero sangat mendalam dan menyentuh jiwa. Drama ini sangat menarik dan mempunyai semangat patriotik yang tinggi. Peminat Kdrama pasti tahu cerita ini. Tapi izinkan saya menceritakan semula kisah yang cukup memberi inspirasi ini dalam versi saya sendiri. Namun, kisahnya yang agak panjang mungkin akan mengambil masa dan ruang yang banyak dalam blog saya. Jika saya tidak sempat habiskan, saya akan sambung dalam entry yang seterusnya.
Hong Gil Dong merupakan seorang kanak-kanak yang dibesarkan dalam keluarga miskin dan bekerja sebagai petani. Mempunyai seorang abang yang bijak bernama Gil Hyeon, ayah bernama Hong Amogae dan dan ibunya bernama Geum ok. Mereka bekerja bercucuk tanam dengan tuan tanah atau bangsawan yang sangat kejam. Kehidupan mereka sebagai budak hamba sangat perit tetapi mereka tabah menghadapinya. Tuannya suka memukul budak suruhannya untuk kesalahan yang remeh. Jika kesalahan itu besar apatah lagi. Dipendekkan cerita, dalam beberapa insiden Hong Gil Dong mendapati dirinya mempunyai kekuatan luar biasa. Tidak seperti kanak-kanak lain. Ibu bapanya mula menyedari akan hal tersebut termasuk majikannya. Apabila Gil Dong marah, dia akan melakukan perkara luar biasa seperti menyepak pasu yg sangat besar sehingga terbang jauh, baling batu dan batu tersebut melekat di pokok, membunuh harimau dan banyak lagi.
Disebabkan kerisauan, bapa Gil Dong menasihatkan beliau dengan sebuah cerita. Ada seorang anak perkasa yang lahir di tengah keluarga yang miskin. Dengan kekuatannya, dia banyak berjasa kepada orang sekelilingnya. Namun anak perkasa itu tidak hidup lama, dia dibunuh oleh raja kerana rasa dengki raja terhadap anak itu. Amogae juga menyatakan ketidaksediaannya untuk kehilangan Gil Dong. Gil Dong terkejut dengan cerita tersebut. Sejak hari itu dia tidak lagi bercita-cita tinggi. Sekadar ingin menjadi orang biasa sahaja dan tidak dikenali orang ramai tentang kekuatannya.
Bapanya Amogae terpaksa menanggung semua kesalahan anaknya Gil Dong yang kurang sabar dalam melayani keluarga majikannya dan memecahkan barang di rumah keluarga bangsawan itu. Amogae bercadang ingin ke bandar untuk menjual ikan kering. Keuntungan yang diperolehi akan ditukar kepada sutera untuk diberikan kepada tuannya. Setelah sampai di bandar, Amogae mendapati ikan keringnya tidak laku. Tiba-tiba ada seorang lelaki menegurnya dan mengatakan bahawa ikan jualannya sudah tidak segar, maka jualannya pasti tidak laku. Lalu, Amogae bertanya kerja apakah yang memberikan keuntungannya? Maka bermula dari situ Amogae terlibat dengan kegiatan penyeludupan di bandar untuk mencari pendapatan.
Amogae mendapat keuntungan, lalu dibelikan sutera untuk tuannya seperti yang dijanjikan. Duit selebihnya disimpan dan disorok untuk kegunaan keluarganya. Setelah beberapa lama, kehidupan Amogae semakin baik. Mereka mula merasa untuk makan nasi dan mengubat isterinya yang sedang mengandung. Keselesaan yang dinikmatinya menjadi tanda tanya kepada tuannya. Selepas mereka tahu Amogae menyimpan duit yang banyak, mereka mula membuat muslihat supaya mereka dapat merampas duit Amogae. Pada suatu ketika, ada seorang bangsawan cuba mengusik isteri Amogae. Dalam kejadian itu, isterinya iaitu ibu Gil Dong terjatuh dan cedera. Gil Dong sangat marah lalu membaling batu kepada bangsawan tersebut, walaupun tidak terkena bangsawan itu, batu itu menembusi pokok yg ada di situ.
Bangsawan tersebut menceritakan kejadian luar biasa yang berlaku itu kepada majikan Amogae. Namun, tak semua yang diceritakan benar. Beliau menfitnah isteri ditahan Amogae yang menggoda dirinya. Amogae ditangkap, manakala isterinya dalam keadaan sakit dan terpaksa melahirkan bayi dalam kandungannya. Bayi itu selamat namun isterinya meninggal dunia. Amogae sangat marah . Jiwanya memberontak. Dia sudah tidak tahan lagi jadi budak hamba. Dari beberapa insiden menunjukkan Amogea mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang baik. Dia makin sedar bahawa kehidupan hamba benar-benar menyakitkan dan dia inginkan kebebasan. Lalu secara senyap beliau pergi ke rumah tuannya dan membunuh tuannya sendiri. Gil Dong yang menyaksikan kejadian itu sangat takut dan berubah pandangan terhadap ayahnya.
Amogae sekali lagi ditangkap. Isteri majikannya mengetahui bahawa Amogae yang membunuh suaminya. Ketika dia berjumpa dengan Amogae di penjara untuk menyakitkan hatinya, Amogae membalas kata-katanya dengan cuba mengugutnya agar menutup mulut dalam kes ini atau dia akan menceritakan semua hal keburukan suaminya kepada umum. Akhirnya Amogae berjaya dilepaskan. Mereka berpindah ke bandar dan tinggal bersama rakan-rakan penyangak Amogae. Tidak lama kemudian, Amogae dikenali sebagai ketua samseng di situ. Walaupun mereka samseng yang berkuasa di kawasan mereka, mereka sangat baik.
Gil Dong walaupun mempunyai kekuatan luar biasa, dia tidak berminat menjadi seperti ayahnya. Bila ditanya tentang cita-cita, dia berkata dia cuma ingin menjadikan seorang peniaga biasa yang mengembara ke merata tempat. Nampaknya cerita ayahnya tentang anak perkasa itu benar-benar terkesan di jiwanya. Beberapa tahun kemudian, Gil Dong pun membesar menjadi remaja dan menjadi seorang peniaga.
(Bersambung...)