Sejak GST dilaksanakan baru-baru ini, saya sudah kerap memasak di rumah. Sebelum ini saya rajin juga makan di luar. Sekarang pun makan makan di luar, tapi tidak sekerap dulu. Memandangkan ada cadangan dari seorang Timbalan Menteri Kewangan di negara ini (anda tahu siapa) yang menggalakkan rakyat memasak di rumah, mengapa tidak kita ambil saranan ini sebagai suatu usaha untuk menjimatkan perbelanjaan kita? Why not??
Cuba anda bayangkan, jika semua daripada kita memasak dirumah, membawa bekal ke tempat kerja atau ketika bersiar-siar dan kurang makan di luar, pemintaan terhadap perniagaan makanan akan merosot dan mungkin juga peniaga selepas ini tidak lagi sesuka hati menaikkan harga makanan membabi buta.
 |
Anatara menu bekal yang menarik |
 |
Budaya membawa bekal sudah lama diamalkan oleh masyarakat timur dan pelajar sekolah |
 |
Membawa bekal ketika bersiar-siar bersama keluarga boleh mengeratkan hubungan. |
Memandangkan ibu saya seorang peniaga, saya juga merasa sedikit sebanyak perubahan terhadap harga makanan semasa. Dan jika kita lihat kini, semakin banyak restoran yang memberikan perkhidmatan yang bagus dan makanan yang sedap. Tetapi bila dilihat bil makanannya, aduh.. (urut kepala sekejap). Sedangkan jika saya memasak sendiri makanan tadi, harganya jauh lebih murah. Itulah dilemma yang kita alami sekarang ini. Segala harga barang naik tetapi pendapatan kita masih di takuk lama.
Memasak tidaklah sesusah mana. Kita boleh memilih sama ada ingin masakan ringkas atau sebaliknya. Saya sering menonton Asian Food Channel (AFC) iaitu saluran 703 di Astro yang memaparkan pelbagai resepi memasak dari Asia dan Barat. Dari pemerhatian saya, masyarakat barat juga suka memasak. Malah ada beberapa anak muda yang sudah ada rancangan masakan mereka sendiri. Cara penggambaran mereka juga lebih santai dan relevan dengan keadaan dapur.
Makanya baru-baru ini, saya telah pun berazam untuk mengambil gambar berapa hasil masakan saya. Gambar-gambar di bawah adalah antara beberapa koleksi masakan yang sempat saya ambil untuk rujukan rakan-rakan yang kebuntuan menu untuk memasak.
Zaman kini zaman teknologi, jika anda tidak tahu resipi, taip sahaja di google. Semuanya mudah didapati. Saya juga begitu, sebahagian menu di bawah ini saya dapatkan resipinya dari internet. Tak susah kan?
 |
Mee Sup |
 |
Pancake bersalut nutella dan aiskrim |
 |
Ikan Bawal 3 Rasa |
 |
Pisang Goreng Tanduk |
 |
Ketam Masak Lenak Cili Api |
 |
Smoothie Strawberi, Blueberi dan Kiwi |
 |
Goreng pisang cheese |
Rasanya banyak lagi menu yang ingin saya tunjukkan. Tapi saya selalu tidak berkesempatan untuk mengambil gambar makanan yang telah saya masak. Saya berazam untuk mengambil gambar lebih banyak lagi hidangan yang saya sediakan selepas ini untuk dikongsikan bersama. Insyaa-Allah..
No comments:
Post a Comment