Friday, July 31, 2015

Guru dan Doktor

Kerjaya guru dan doktor kedua-duanya adalah pekerjaan mulia.. Doktor tugasnya menyelamatkan nyawa atau jasad manusia, manakala guru tugasnya  menyelamatkan dan menghidupkan rohani manusia.. Kedua-duanya sama penting.. Memandangkan saya seorang guru, saya juga antara guru-guru di Malaysia yang sempat merasai dilemma para guru moden hari ini.. Tetapi tugas seorang doktor, saya tidak dapat menyelaminya dengan dalam memandangkan saya tidak mempunyai kenalan terdekat yang bekerjaya sebagai seorang doktor. Ya, mungkin ramai rakan-rakan saya merupakan seorang doktor dan sedikit sebanyak mereka ada menceritakan rutin harian dalam kerjaya mereka. Tetapi saya tidak dapat menyelaminya dengan lebih dalam.

Hendak dijadikan cerita, suatu hari ketika sendirian di rumah, setelah menidurkan anak kecil saya, saya menangis mengenangkan tekanan yang saya hadapi di sekolah. Tugas guru hari ini, bukanlah sekadar mengajar, tetapi bebanan tugas-tugas lain membuatkan tidak lena tidur dibuatnya.. setiap hari mengejar duedate.. mungkin saya tidak cekap lagi seperti yang diharapkan. Saya menangis lagi mengenangkan kerja-kerja yang tidak pernah habis..kata-kata sentap pihak pentadbir juga sering bermain di fikiran.. tanpa sedar saya mengeluh, mengapalah bidang kerja saya ini kurang dengan suasana kerja yang ceria dan positif? Jika tersalah, ada saja kata- kata yang menghiris hati.. saya menangis lagi..ingin saja saya memilih kerjaya lain yang lebih sesuai dengan jiwa saya walaupun saya tahu tidak ada kerjaya yang mudah di dunia.. semuanya memenatkan..

Tiba-tiba fikiran saya kembali ke hospital.. saya teringat semasa keadaan saya sedang sarat di hospital menunggu waktu untuk bersalin. Doktor yang menguruskan saya ketika itu adalah doktor muda. Kagum saya dengan mereka pada ketika itu. Tiba- tiba doktor senior datang ke bilik kami dan memeriksa sekali lagi pesakit-pesakit doktor muda tadi. Kemudian doktor-doktor senior ini memarahi doktor-doktor muda tadi dengan bebelan atas kesalahan cara mereka merekod laporan perubatan dan persediaan ubat-ubatan. Doktor-doktor muda itu hanya mendiamkan diri mendengar kata-kata doktor senior itu. Subhanallah.. saya terkesima dengan keadaan itu. Saya membayangkan betapa malunya doktor-doktor muda itu dimarahi di hadapan para pesakit lain. Tapi apakan daya, memang itu tugas mereka. Sebarang kesilapan kecil juga boleh mengundang maut.

Saya membandingkan semula keadaan itu dengan tugas saya sekarang. Ia jauh lebih baik. Memang terkadang sebagai guru kita akan ditempelak dan disindir di dalam mesyuarat. Tetapi tidak seteruk keadaan doktor-doktor muda itu kerana kata- kata seorang guru lebih halus dan tajam. Mereka pandai menyusun ayat dan memilih waktu dan suasana yang lebih tepat untuk menegur. Ia jauh lebih baik..

Saya kemudian terdiam dan berhenti menangis.. ada perasaan yang melegakan jauh di sudut hati dengan perbandingan tadi. Tanpa berfikir banyak saya pun menyiapkan tugas seperti biasa.

Maka, berdasarkan peristiwa tersebut, saya belajar sesuatu. Terkadang kita rasa keadaan kita sangat susah. Tapi sebenarnya keadaan kita adalah lebih baik berbanding orang lain. Marilah kita melihat kehidupan insan lain yang lebih susah dari kita. Nescaya kita akan jadi seorang yang bersyukur. Inilah realitinya..




Friday, July 3, 2015

Makanan Bekal dan Koleksi Masakan Saya

Sejak GST dilaksanakan baru-baru ini, saya sudah kerap memasak di rumah. Sebelum ini saya rajin juga makan di luar. Sekarang pun makan makan di luar, tapi tidak sekerap dulu. Memandangkan ada cadangan dari seorang Timbalan Menteri Kewangan di negara ini (anda tahu siapa) yang menggalakkan rakyat memasak di rumah, mengapa tidak kita ambil saranan ini sebagai suatu usaha untuk menjimatkan perbelanjaan kita? Why not??

Cuba anda bayangkan, jika semua daripada kita memasak dirumah, membawa bekal ke tempat kerja atau ketika bersiar-siar dan kurang makan di luar, pemintaan terhadap perniagaan makanan akan merosot dan mungkin juga peniaga selepas ini tidak lagi sesuka hati menaikkan harga makanan membabi buta.

Anatara menu bekal yang menarik

Budaya membawa bekal sudah lama diamalkan oleh masyarakat timur dan pelajar sekolah

Membawa bekal ketika bersiar-siar bersama keluarga boleh mengeratkan hubungan.

Memandangkan ibu saya seorang peniaga, saya juga merasa sedikit sebanyak perubahan terhadap harga makanan semasa. Dan jika kita lihat kini, semakin banyak restoran yang memberikan perkhidmatan yang bagus dan makanan yang sedap. Tetapi bila dilihat bil makanannya, aduh.. (urut kepala sekejap). Sedangkan jika saya memasak sendiri makanan tadi, harganya jauh lebih murah. Itulah dilemma yang kita alami sekarang ini. Segala harga barang naik tetapi pendapatan kita masih di takuk lama.

Memasak tidaklah sesusah mana. Kita boleh memilih sama ada ingin masakan ringkas atau sebaliknya. Saya sering menonton Asian Food Channel (AFC) iaitu saluran 703 di Astro yang memaparkan pelbagai resepi memasak dari Asia dan Barat. Dari pemerhatian saya, masyarakat barat juga suka memasak. Malah ada beberapa anak muda yang sudah ada rancangan masakan mereka sendiri. Cara penggambaran mereka juga lebih santai dan relevan dengan keadaan dapur.

Makanya baru-baru ini, saya telah pun berazam untuk mengambil gambar berapa hasil masakan saya. Gambar-gambar di bawah adalah antara beberapa koleksi masakan yang sempat saya ambil untuk rujukan rakan-rakan yang kebuntuan menu untuk memasak.

Zaman kini zaman teknologi, jika anda tidak tahu resipi, taip sahaja di google. Semuanya mudah didapati. Saya juga begitu, sebahagian menu di bawah ini saya dapatkan resipinya dari internet. Tak susah kan?

Mee Sup 

Pancake bersalut nutella dan aiskrim

Ikan Bawal 3 Rasa

Pisang Goreng Tanduk
Ketam Masak Lenak Cili Api

Smoothie Strawberi, Blueberi dan Kiwi

Goreng pisang cheese
Rasanya banyak lagi menu yang ingin saya tunjukkan. Tapi saya selalu tidak berkesempatan untuk mengambil gambar makanan yang telah saya masak. Saya berazam untuk mengambil gambar lebih banyak lagi hidangan yang saya sediakan selepas ini untuk dikongsikan bersama. Insyaa-Allah..