Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidilfitri..^_^
Alhamdulillah..setelah sebulan kita berpuasa melawan nafsu zahir dan batin, hari ini adalah hari yang bermakna apabila kita disunatkan untuk meraikannya sepertimana diri kita telah diampunkan oleh Allah seolah-olah kita kembali kepada keadaan fitrah asal kita seperti bayi yang baru lahir..
Terdapat adab-adab yang telah digariskan dalam Islam menyambut hari yang bermakna ini. Antaranya ialah:
1) Mandi sunat Hari Raya
2) Makan sebelum ke masjid
3) Bertakbir membesarkan Allah
4) Ucapan tahniah dan ucapan-ucapan yang baik, menzahirkan kegembiraan dan bersalam-salaman
5) Memakai pakaian baru dan cantik
6) Pulang dari masjid melalui jalan yang berbeza semasa pergi ke masjid.
Tahun ini, saya sempat meraikan hari yang berbahagia ini bersama ibubapa tercinta juga adik-beradik di rumah kami pada tahun ini..syukur..Alhamdulillah..semuanya indah..cuaca yang bagus, kesihatan yang baik, makanan yang sedap-sedap, pakaian yang serba baik dan rumah teratak kami yang dihias seadanya sekadar yang kami mampu..
Bukan mudah untuk mengumpulkan seluruh keluarga terutama keluarga besar seperti kami..maka, detik-detik beginilah yang sering kami rebut untuk menikmati kenangan indah bersama..kini sudah masuk raya kelima, ramai orang sudah kembali kepada kehidupan masing-masing, tetapi jangan lupa, bulan syawal masih ada 25 hari lagi..hargailah dengan berkunjung ke rumah sanak saudara dan kenalan..eratkan kembali tali persaudaraan..sekali lagi diucapkan kepada pembaca semua SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..MAAF ZAHIR DAN BATIN..minal aidi wal faizin..(^_^)
No comments:
Post a Comment