Thursday, July 4, 2019

Kisah Murid Pelat 'R'

Entry kali ini mungkin agak sedikit sensitif. Tapi betapa sensitif pun saya tetap ingin menyuarakannya. Kerana telah beberapa kali saya lalui beberapa hal dalam insiden yang tidak disengajakan, saya mendapati diskriminasi telah terjadi. Ini bukan soal saya mempertahankan atau membela murid yang saya latih, ini soal bakat dan kebolehan yang telah disalah ertikan. 

Saya mempunyai seorang murid yang sangat bijak dan berbakat. Saya rasa bukan saya sahaja yang nampak bakatnya itu, guru-guru lain juga turut mengakuinya. Kecerdikannya telah pun menyerlah sejak tahun 1 lagi. Namun, murid ini ada satu kekurangan, dia mempunyai masalah untuk menyebut huruf 'r' atau huruf  ر . Secara sepintas lalu, hal ini bukanlah hal yang besar. Namun, hal ini mula menjadi besar apabila murid ini semakin membesar dan bakatnya semakin menyerlah. 

Untuk memasuki pertandingan yang berunsurkam pengucapan awam, masalah dalam menyebut huruf 'r' atau ر atau suatu kesilapan yang memboleh mencacatkan persembahan. Markah boleh ditolak atas kegagalannya menyebut huruf dengan baik. Apatah lagi jika melibatkan sebutan bahasa Arab yang memerlukan sebutan makhraj yang betul dan tepat. 

Murid ini sering kali saya suarakan keinginan saya untuk memilih dan melatihnya mewakili sekolah. Walaupun sedar akan kekurangannya. Namun,  atas kecerdikan dan disiplin diri yang tinggi pada dirinya membuatkan saya saya tekad untuk terus memilih nya apabila sudah sampai masanya dirinya adalah murid sesuai untuk mewakili sekolah. 

Seperti yang dijangkakan, murid ini dapat mengikut latihan saya dengan baik. Segala tips yang saya saya berikan, teknik menjawab soalan spontan begitu mudah diikutnya seperti murid-murid saya yang berbakat sebelum ini. Malah pelat 'r' juga cuba saya kurangkan kejelasannya dari didengari oleh hakim yang bakal mengadilinya. 

Tibalah waktu dan saat yang dinantikan, murid ini perlu menyampaikan persembahannya. Berdebar perasaan saya. Namun saya tetap yakin. Ternyata keyakinan saya menjadi kenyataan. Murid ini dapat melakukannya dengan hebat sekali. Setiap tips dan pesanan yang dititipkan diikutnya dan dan tidak ditinggalkan walau satu pun. Saya yang mengintai dari bucu pintu merasa terpukau dan akhirnya tersenyum kekaguman dengan kehebatannya. Sudah tentu saya menjangkakan beliau akan menjuarai pertandingan ini. Pasti.

Apabila menunggu giliran pemenang, rupanya... Beliau mendapat tempat yang kedua atau naib johan dalam pertandingan tersebut. Ini bermaksud beliau tidak dapat pergi ke peringkat seterusnya iaitu pringkat negeri.  Saya.......terkedu seketika. Bukan maksud saya tidak bersyukur. Tetapi ada soalan bermain dalam fikiran ini, apakah penilaian yang digunakan para hakim yang menyebabkan beliau tidak menjadi johan? Adakah kerana pelat 'r' nya atau ada yang lebih hebat? Setelah diselidiki, ya.. benarlah kerana pelat 'r' nya.. perasaan saya? Biarlah saya huraikan di sini.. di entry milik saya, walau mungkin tiada yang dipeduli, sebagai seorang guru yang nampak kehebatan anak murid saya, SAYA PEDULI!

Saya bersyukur atas kejayaannya mendapat naib johan dalam pertandingan ini. Namun pada masa yang sama, saya sungguh kecewa. Saya bukan kecewa dengan murid ini, tetapi saya kecewa apabila kebijaksanaannya tidak dinilai dengan teliti. Murid ini saya percaya dia boleh pergi jauh jika diberikan peluang. Kerana dalam sebuah pertandingan yang sengit, kita bukan saja memerlukan murid yang berbakat, kita juga memerlukan murid yang bijak untuk menjawab soalan-soalan 'membunuh' oleh hakim di peringkat kebangsaan. Saya percaya murid yang tiada masalah pelat 'r' pun belum tentu mampu menjawab soalan-soalan 'membunuh' daripada para hakim. Hanya murid yang bijak sahaja yang boleh meresap apa yang disampaikan guru dan menyampaikannya dengan caranya yang tersendiri. Inilah keistimewaan murid bijak apabila dipilih mewakili sekolah. Tetapi perkara ini tidak dilihat secara halus. Yang dibesarkan hanyalah kekurangan sebutan pelat 'r' nya. Tak apalah, mungkin tiada rezeki murid ini. Tapi saya percaya, murid ini boleh pergi jauh lagi dalam kehidupannya yang sebenar. Mungkin dengan bimbingan saya, atau tanpa bimbingan saya. 

Kerana Allah lebih tahu hatinya, lebih tahu jalan hidupnya, lebih faham kemampuannya, lebih berkuasa membuka ruang kejayaan buatnya. Bukan saya. Sebagai guru, saya cuba mengeluarkan kekuatan murid saya habis-habisan. Halangan yang datang adalah atas izin-Nya. Siapa saya untuk mempersoalkan. Tapi saya percaya, anak seperti ini harus diberi peluang. 

Ringkasan perjalanan Januari-Mei 2019

Assalamualaikum buat semua..
Lama rasanya tak kemaskini entry terbaru di sini.. Ada masa saya memerlukan 'mood' yang betul- betul baik untuk menulis. Jadi, untuk dapatkan 'mood' tersebut, mungkin agak mengambil masa. Maaf ye..

Bola Jaring
Alhamdulillah, ala kulli hal.. sepanjang Januari hingga Mei 2019, banyak peristiwa yang terjadi..ada yang indah, ada juga situasi sukar. Saya bermula pintu Januari 2019 dengan kemenangan pasukan bola jaring SK Parit Latiff buat julung2 kalinya.. dengan bantuan dan latihan yang mantap didikan Cikgu Jamaliah Hamzah dan Cikgu Rohayu Arif, pasukan bola jaring di bawah kelolaan saya buat julung-julung kalinya berjaya  ke pusingan akhir Karnival Bola Jaring MSSD Muar dan mendapat Naib Johan dalam pertandingan tersebut. Bukan mudah bagi kami untuk sampai ke tahap ini tanpa kerjasama dari semua.



Susulan dari itu juga, saya saya dilantik menjadi ajk yang mengelola murid bola jaring bawah 12 tahun  daerah Muar ke peringkat MSSJ Johor yang berlangsung di Stadium Bandar Penawar. Kami menentang Johor baharu dan Kota Tinggi. Walaupun kejayaan tidak menjadi milik kami, saya amat menghargai peluang yang diberikan dan akan menjadikan kekalahan ini sebagai suatu lonajakn kepada yang lebih baik. Tahniah buat semua.





Majlis Tilawah al-Quran (MTQ) Peringkat Daerah Muar
Program yang seterusnya ialah Majlis Tilawah al-Quran (MTQ) Peringkat Zon Sg. Balang yang mana SKPL te
Ah menghantar seramai 6 peserta ke pertandingan ini. Alhamdulillah, ada rezeki untuk kami.. Tahniah diucapkan buat Muhammad Faiz Bin Daud (Johan Bercerita Lelaki)  dan Muhammad Nur Irfan Bin Aswandi ( Naib Johan Hafazan Lelaki). Kejayaan ini telah membawa 2 orang anak ini ke MTQ Peringkat Daerah Muar. Tahniah sekali lagi buat Muhammad Faiz Bin Daud atas kejayannya meraih Naib Johan Bercerita Lelaki MTQ Peringkat Daerah Muar 2019.




Ulangtahun Pekahwinan Yang Ke-5
Kejayaan ini diserikan lagi dengan ulang tahun perkahwinan saya dan suami yang ke-5. Alhamdulillah ya Allah atas pemberian ini. Saya dan suami bercadang untuk meraikannya di rumah sendiri kerana tiada kebahagiaan yang lebih baik dan indah melainkan rumah sendiri. Kami ingin menciptanya buat kenangan diari hidup yang indah buat kami dan anak-anak kami.



Hari Lahirku
Beberapapa hari selepas itu, saya mendapat kiriman hadiah pula. Rupanya kiriman dari Encik Suami yang ingin mengucapkan selamat hari lahir saya saya ke 32. Cepatnya masa berlalu, sedar-sedar sudah 32 rupanya umur saya ni. Patutlah minat nak bersolek dan berdandan semakin berkurangan. Maklumlah, dah ada anak.. Harap-haraplah orang sana tu tak bising. hehe.. selalunya bila saya tanyakan keadaan saya yang tidak bersolek, katanya saya bersolek atau tidak tetap nampak cantik..katanyalah..mudahlah kerja saya..hehe..






Ada juga beberapa perkara yang tidak mengikut perancangan yang telah kami tetapkan. Seperti beberapa pertandingan di bawah sekolah-sekolah kluster yang tertangguh akibat sumber kewangan yang tersekat. Di sini saya mengambil kesempatan untuk meluahkan kepada pihak yang berkaitan agar dapat memudahkan proses perjalanan program sekolah-sekolah kluster kerana didapati banyak program pertandingan anjuran sekolah-sekolah kluster yang tertangguh akibat peruntukan yang tergendala. Apapun, saya berdoa agar segala urusan di SK Parit Latiff SKK berjalan dangan lancar. Amin..