Friday, February 16, 2018

Didikan agama : Suatu proses yang berulang

"Argh.. aku dah biasa dengar tazkirah ni kat tv..bosanlah! bukalah cerita lain pula.."

"Asyik-asyik bincang tajuk yang sama je..ayat al-Quran ni dah selalu sangat aku dengar..takde tajuk lain ke?"

Mungkin ayat-ayat seperti ini pernah bermain dalam fikiran kita. Jika anda seorang yang telah dewasa dan melepasi usia remaja. Mungkin anda pernah melalui perkara ini. 

Sewaktu melayari  facebook, saya membaca status seorang sahabat yang mula menyedari kenapa kita perlu  selalu mendengar tazkirah dan nasihat yang berulang-ulang. ini kerana kita adalah manusia. Dan sifat manusia itu:-

1. Mudah lupa, perlu selalu diingatkan.
Melihat kepada tujuan Allah mengutuskan begitu ramai nabi dan rasul kepada manusia, itu adalah kerana kita adalah manusia. Dan sifat manusia itu adalah mudah lupa.

2.Mudah lalai dan mudah terpengaruh.
Lalu mengapa Allah mengutuskan nabi dan rasul ini dengan mukjizat yang luar biasa? ini kerana manusia itu mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang melalaikan.

3. Mempunyai ego.
Ego inilah yang menghalang diri mereka dari mengikuti fitrah diri mereka sendiri iaitu percaya adanya kuasa yang lebih hebat dari mereka dan yang mencipta mereka. Dari sini lah bermulanya kehancuran tamadun yang akhirnya musnah dihukum oleh Allah sendiri dengan hukuman yang keras.
Nah, dari situ kita dapat lihat betapa pentingnya nasihat yang berulang-ulang itu. kerana kira ini sering lupa dan ego. maka kita perlu tundukkan diri kita kepada yang Maha Pencipta dengan sering beringat bahawa ada sesuatu yang lebih hebat dari kita yang maha jika kita jika kita taat kepadaNya, kita akan berjaya.
Sejak dari kecil, wajib bagi seorang mukallaf untuk mendapatkan atau diberi pendidikan Islam. Ya, hampir kebanyakan dari kita masyarakat di Malaysia mendapatkannya. Soalnya, apabila kita dewasa dan mempunyai bidang dan kerjaya yang tersendiri, adakah tugas pendidikan itu telah berakhir? 

Jawapannya TIDAK. Pendidikan islam ini 
tidak akan terhenti hinggalah ke hujung nyawa kita. Malah, dari kecil hinggalah ke tua, kita akan mengulang proses yang sama tidak kira siapa pun kita, cuma perubahannya adalah dari segi peranan kita dalam pendidikan tersebut. saya membahagikan peranan pendidikan ini kepada tiga:-

a)Individu yang dididik-mereka ini masih belum cukup mengenali islam. seperti kanak-kanak atau muallaf.
b)Individu yang mendidik-mereka ini mempunyai ilmu pengetahuan yang cukup dan sesuai untuk mendidik. seperti guru dan ibubapa.
c)Individu yang lebih arif dan memantau proses pendidikan- individu ini melakukan penilaian berdasarkan pengalaman dan ilmu pengetahuan yang mendalam. Mereka sering menjadi rujukan bagi masalah dunia semasa seperti ulama' dan para cendiakawan.
Maka, adalah penting untuk pendidikan ini disambungkan kepada generasi kita yang seterusnya, sebelum generasi kita menjadi lupa dan ego,yang akhirnya Allah akan menghukum generasi kita dengan tanpa belas ehsan seperti yang dilakukan oleh umat generasi yang terdahulu.

Monday, February 12, 2018

IFTINAN DI USIA 3 TAHUN



Assalamualaikum semua..

Melalui fasa keibubapaan, tipulah jika saya katakan saya tidak mahu meraikan ulang tahun kelahiran anak. Pernah melalui detik-detik kesusahan ketika kecil, saya memahami keadaan kewangan keluarga yang tidak mampu meraikan hari-hari penting sebegini lebih-lebih lagi dengan adik-beradik yang ramai. Kini, saya telah pun berkeluarga dan mempunyai anak. Tentu saya ingin meraikan saat bahagia ini bersama keluarga. 

8hb Disember 2017 yang lalu, saya, suami dan keluarga sempat menyambut hari lahir anak sulung saya Siti Nor Iftinan yang ke-3. 
Ikutkan hati mahu saja saya memasak sendiri, tapi memandangkan keadaan diri yang sedang sarat mengandung ketika itu, kami tempah makanan di Pizza Hut sahaja.

Tiba saja hari lahirnya, saya dan iftinan rasa teruja. Dia pun sudah tahu apa maksud 'happy birthday' dan 'selamat hari jadi'. Lihat saja video yang saya rakamkan, iftinan menyanyikan lagu hari jadinya sendiri. 


Menjelang malam, saya siap-siapkan dia dengan baju cantik yang saya beli secara online. Nampaknya suka betul iftinan dengan baju ni. 

Iftinan dah siap.

Muka gembira dapat pakai baju cantik.

Sedikit cenderahati disiapkan untuk sepupu2 iftinan.

Kek hari jadi Iftinan
Inilah kek hari jadi Iftinan. Saya pilih yang kecil sahaja kerana kami hanya menyambut di kalangan keluarga. Rugi pula jika tak habis. 
Gambar kami bersama.

Iftinan dan ayahnya.

Sesi potong kek.
Apa yang paling penting, iftinan rasa gembira. Dengan itu, saya dan suami juga gembira. Akan datang jika iftinan ada ramai adik, belum tentu kami dapat raikannya begini. Doakan semoga kami murah rezeki. Dapatlah kami gembirakan anak-anak dan luangkan sedikit masa untuk mereka.
Ibu saudara iftinan turut raikan hari jadi yang dekat dengan tarikh hari jadi Tinan.

Birthday girls.

Iftinan merenung patung kartun yang menjadi hiasan kek. Dia sangkakan patung tu boleh dimakan. 

Hidangan yang ditempah kami.

Menjamu selera.

Terima kasih semua yang sudi datang sambut hari lahir bersama Iftinan. Fahmi dan isterinya Khalida, abangku Firdaus, serta makcik-makcik tinan, Ulya, Dalilah dan Insyirah. 

Buat Iftinan, selamat hari lahirmu yang ke-3, sayang.. tak lupa juga buat mak sedara iftinan Dalilah dan Insyirah, selamat hari lahir.. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.. Kini tinan dah jadi kakak..Doa ummi semoga iftinan jadi anak yang baik, kakak yang baik,hamba yang taat dan insan yang berjaya di dunia dan akhirat.. Allahuma faqqihha fiddin..wa ilman takwil..amin..

Sunday, February 11, 2018

SITI NOR IMANINA: PERMATA HATIKU

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah, pada 26hb Disember 2017, saya telah melahirkan cahaya hati saya yang kedua. Setelah 9 bulan mengharungi detik2 pahit manis mengandungkan permata ini, akhirnya saya berjaya melahirkannya dengan cara normal. Sepanjang tempoh kandungan, kami tertanya juga apakah jantinanya. Beberapa kali scan masih tidak tahu juga. Sungguhpun begitu, kami tidak kisah sama mendapat anak lelaki ataupun perempuan. Kami memilih untuk tidak menjalani scan 3D.


Melihat tanda-tanda pada fizikal saya,  kelihatannya seperti anak lelaki. Suami dan rakan-rakan guru juga berkata begitu. Ternyata salah pula pengamatan kami. Sekali lagi dikurniakan seorang puteri. Saya tidak ralat pun, malah gembira sekali.

Sepanjang tempoh kandungan juga, saya menghadapi beberapa keadaan yang tidak saya alami semasa mengandungkan iftinan. Pernah juga saya mengalami hipertensi, rasa pening-pening dan berpinar-pinar. Malah gaya hidup saya juga kurang aktif berbanding semasa mengandungkan anak pertama. Saya terlompat-lompat memberi semangat kepada anak murid semasa hari sukan. Kali ni saya hanya duduk di rumah sahaja.  Ini kerana berat badan saya kali ini lebih daripada yang sebelumnya.

Saya juga mudah mendapat sakit dada. Kata doktor, kandungan yang kian membesar kian menghimpit perut dan paru-paru sehingga menyebabkan sakit dada. Itu adalah perkara biasa.


Menjelang minggu-minggu yang terakhir, saya kerap didatangi kesakitan oleh kontraksi palsu. Apabila rasa tertekan dan lapar, kontraksi datang seperti mahu bersalin, setelah sampai ke hospital, kontraksi pon menghilang perlahan-lahan. Kontraksi yang sebenar seharusnya semakin lama semakin kerap dan berterusan.

Setelah melalui 40 minggu 4 hari, akhirnya anak ini selamat dilahirkan dengan berat 3.5 kg. Alhamdulillah, syukur tak terhingga ku panjatkan ke atas Illahi untuk anak yang kedua ini. Besarnya KuasaMu ya Allah.


Setelah melahirkan dan keluar hospital, anak saya didapati mengalami jaundis yang agak tinggi. Anak saya ditahan wad selama 3 hari untuk dipulihkan dalam inkubator. Syukur, kuningnya tidak lama. Kami merawatnya berdasarkan pengalaman kami menguruskan Iftinan. Dalam 2 minggu, kuningnya beransur pulih. 


Pada hari keenam, anak saya telah ditahnidkan oleh Ustaz Radzi Kamarul Hailan seperti anak saya yang pertama. Saya dan suami telah sepakat inginkan Ustaz Radzi untuk mentahnid anak-anak kami. Semoga mereka membesar menjadi orang hebat seperti Ustaz juga.. aamiin..

Sedikit kenduri aqiqah telah dijalankan oleh suami pada hari yang ketujuh. Dan nama untuk anak kedua kami yang telah kami pilih ialah SITI NOR IMANINA BINTI ZULKIFLI. Nak, ummie doakan semoga kamu menjadi anak yang solehah serta hamba yang taat juga berjasa kepada masyarakat.. aamiin.. Doa ini perlu dizahirkan dan dilafazkan agar jelas matlamat hidup kamu nak. Dan semoga kamu tahu keinginan hasrat ummie terhadap kamu supaya kamu dapat mencapainya. Amin yang Rabbal alamin..

Wednesday, February 7, 2018

10 NEGARA ISLAM TERKAYA DI DUNIA

Negara Islam diketahui umum berada kawasan timur-tengah. Wilayah yang terus dirundung konflik bersenjata ini memiliki kekayaan minyak melimpah-ruah sehingga negara-negara bangsa arab digelar Negara petro dollar, kerana kemakmurannya berasal dari minyak yang di eksport ke Negeri Paman Sam.

Ada 10 Negara Islam Terkaya di dunia yang sebagian besar berasal dari wilayah timur-tengah dan kekayaan negaranya berasal dari hasil sumber daya bumi.

1. QATAR

Qatar menjadi negara Islam terkaya pada peringkat pertama sejak 2011. Pertumbuhan ekonomi Qatar terutama dari produksi gas alam dan mengeksportnya, minyak dan petrokimia yang meningkat dan terus berlanjutan

Kenyataan tersebut berdasarkan angka Produk Domestik Bruto (Gross Domestic Product) 2011, yang mencapai 88.919 dolar. Maka layaklah negara Teluk berpenduduk 1,7 juta jiwa ini berhasil menempati ranking pertama dari 10 negara Muslim terkaya di dunia.

Popularitinya kian meningkat di kalangan para investor karena Qatar didaulat sebagai tuan rumah Piala Dunia 2022 nanti. Terkait hal itu, guna menunjang peningkatan bisnes dan dalam rangka menyambut Piala Dunia 2022, pemerintah Qatar dikabarkan tak akan segan-segan menggelontorkan dana lumayan besar guna membangun sejumlah infrastruktur, termasuk pelabuhan laut, bandar, dan jalur kereta api.

2. KUWAIT

Selain mendapat tempat kedua dalam jumlah populasinya, Kuwait juga meraih tempat kedua sebagai negara Muslim terkaya di dunia. Tercatat negara ini memiliki GDP per kapita sebesar 54.654 dolar pada tahun 2011.

Saat ini Kuwait merupakan pemilik 10 persen cadangan minyak mentah dunia; sekitar 104 juta barel, dan diramalkan peningkatan produksinya akan menjadi 4 juta unit per barel pada tahun 2020. Selain itu dalam sektor kewangan, Kuwait memiliki sistem perbankan yang kukuh. Hal ini terbukti dengan adanya Bank Nasional Kuwait (The National Bank of Kuwait) sebagai bank terbesar di dunia Arab. Fakta-fakta itulah yang membuat negara ini semakin memantapkan posisinya di peringkat kedua dalam daftar negara Muslim terkaya di dunia.

3. BRUNEI DARUSSALAM

Brunei Darussalam adalah negara Muslim terkaya ketiga di dunia. Pernyataan ini didukung angka GDP per kapitanya yang mencapai sekitar 50.506 dolar pada tahun 2010. Aset berupa ladang minyak dan gas alam yang luas telah mendominasi perekonomian Brunei selama 80 tahun terakhir. Brunei juga tercatat sebagai satu dari sembilan negara eksport gas alam cair (Liquid Petrolium Gas) terbesar di dunia.

4. EMIRIAH ARAB BERSATU

Emiriah Arab Bersatu berada pada posisi keempat dalam daftar 10 negara Muslim terkaya di dunia. Gross Domestik Produk UEA hampir mencapai 48.222 dolar pada 2011. Minyak bumi dan eksport gas alam telah memainkan peranan penting dalam perekonomian dalam negeri, terutamanya di Abu Dhabi. Ini adalah sebuah boom konstruksi raksasa sebagai asas manufaktur untuk membantu negara dalam diversifikasi ekonomi.

5. OMAN

Oman adalah negara Muslim terkaya kelima di dunia. Memiliki GDP per kapita 28,880 dolar pada tahun 2011. Bukti konkritnya adalah cadangan total minyak bumi Oman mencapai 5,5 juta barel. Pada tahun 2010, produksi minyak bumi Oman sekitar 816.000 barel per hari. Disamping itu, produksi gas alam yang terus meningkat seiring perkembangan ladang gas membuat Oman memiliki peringkat ke-28 dari seluruh negara di dunia, dengan cadangan gas alam mencapai 849.500.000 meter kubik.

Oman juga memiliki sumber mineral yang tak kalah saing, antara lain tembaga, emas, seng, dan besi. Beberapa industri mineral telah tumbuh dan menyerap banyak tenaga kerja dari penduduk Oman. Sehingga mampu memberikan sumbangan terhadap GDP nasional.

6. ARAB SAUDI

Negara ini mampu meraih posisi keenam dalam daftar negara Muslim terkaya di dunia. Memiliki GDP per kapita 24.434 dolar pada tahun 2011. Arab Saudi memiliki cadangan minyak terbesar kedua di dunia dan minyak lebih dari 95 persen eksport dan 70 persen dari pendapatan pemerintah. Selain itu negara yang didatangi jutaan umat Islam dari seluruh dunia karena kota suci Makkah-nya ini, juga memiliki cadangan gas alam terbesar keenam di dunia. Negara ini berencana untuk meluncurkan enam "kota ekonomi" yang direncanakan akan selesai pada tahun 2020. Enam kota industri baru tersebut dibangun dengan tujuan diversifikasi perekonomian Arab Saudi.

7. BAHRAIN

Bahrain adalah negara Muslim terkaya ketujuh di dunia. Memiliki GDP per kapita 23.690 dolar pada tahun 2011. Bahrain dianggap sebagai salah satu negara yang memilki pertumbuhan ekonomi tercepat di dunia Arab. Pada tahun 2008, negara ini mampu meraih gelar sebagai negara dengan pertumbuhan ekonomi tercepat dan pusat kewangan dunia berdasarkan Indeks Pusat Keuangan Dunia London. Minyak adalah produk eksport utama Bahrain. Permintaan terhadap minyak telah menguntungkan sektor perbankan dan kewangan Bahrain, selain aluminium sebagai produk eksport utama kedua, diiringi sektor keuangan dan bahan konstruksi.

8. TURKI

Turki menempati posisi kelapan dalam 10 negara Muslim terkaya di dunia. Memiliki GDP per kapita 16.885 dolar pada tahun 2011, Turki secara bertahap telah membuka pasar melalui reformasi ekonomi dengan mengurangi kontrol pemerintah pada perdagangan luar negeri, investasi dan privatisasi industri milik publik. 

Sektor pelancongan Turki telah mengalami pertumbuhan pesat dan merupakan bagian penting dari kemajuan perekonomian negara itu. Sektor utama lainnya dari ekonomi Turki adalah perbankan, konstruksi, penyulingan minyak, bahan petrokimia dan industri otomotif. Selain itu Turki termasuk salah satu negara perkapalan terkemuka dan menduduki peringkat keempat di dunia setelah China, Jepang dan Korea Selatan.

9. LIBYA

Libya adalah negara Muslim terkaya kesembilan di dunia. Negara ini memiliki GDP per kapita 14.100 dolar pada tahun 2011. Libya memiliki PDB tertinggi keempat perkapita di Afrika setelah Seychelles, Guinea Ekuatorial dan Gabon. Libya memiliki cadangan minyak terbesar kesepuluh dari seluruh negara di dunia dan mampu mendapat peringkat ke-17 produksi tertinggi minyak bumi di dunia. Ekonomi Libya bergantung pada pendapatan dari sektor minyak, yang merupakan sumber penghasilan utama atas eksport. Pendapatan minyak tinggi dan populasi kecil telah membuat Libya tergolong salah satu negara dengan GDP per kapita tertinggi di Afrika.

10. MALAYSIA

Malaysia berada pada posisi kesepuluh dalam daftar negara Muslim terkaya yang berada di Asia Tenggara. Negara ini memiliki GDP per kapita 15.589 dolar pada tahun 2011. Ekonomi Malaysia relatif  terbuka dengan orientasi negara dan pasar industri baru. Selain eksport sumber daya pertanian, negara ini juga telah menjadi pengeluar terbesar timah, dan minyak sawit di dunia. Sedangkan sektor pelancongan adalah sumber pendapatan terbesar ketiga bagi Malaysia.

Kelebihan lain negeri jiran Indonesia ini adalah pembangunan infrastrukturnya yang dianggap sebagai salah satu yang paling maju di Asia.

Dipetik daripada Sookapura.blogspot.my