Friday, December 28, 2018
Hari Lahir Iftinan (4 Tahun) dan Imanina (1 Tahun)
Alhamdulillah, diberi rezeki sekali lagi menyambut kelahiran anak-anakku. Kali ini kami sambut berempat pula. Rezeki kami jadi lebih mudah bila Iftinan dan Imanina lahir pada bulan yang sama iaitu bulan Disember. Bezanya cuma Iftinan pada 8hb Disember dan Imanina pada 26hb Disember.
Selamat hari lahir buat anakandaanakanda yang ke-4 dan Imanina yang pertama. Kite kongsi kek lah ye nak. Tak payah beli sampai dua nanti tak habis.
Aktiviti membuka hadiah yang ummie beli. Harap Iftinan dan Imanina suka. Bukan main seronok dua puteri ni dapat hadiah, tapi Imanina tu pandai ke main? Hehehe..
Terima kasih Allah atas kurniaan ini. Jadilah kamu manusia yang berguna, nak.. Ummie doakan semoga kamu bahagia dan berjaya dunia akhirat. Jadi anak-anak yang solehah dan dikasihi Allah.. Amin..
Memori 2018
Alhamdulillah,
Itu yang mampu saya ucapkan atas pencapaian SK Parit Latiff pada tahun 2018. Ini kerana pada tahun ini kami dapat menyertai beberapa anjuran pertandingan sajak dan pidato berbanding tahun yang sebelumnya iaitu 2017.
Pada tahun ini, saya telah melatih murid menyertai pertandingan sajak dan syair swafoto dan dan ahamdulillah, murid saya yang bernama Aisyah Shofwa telah berjaya mendapat Johan Sajak Swafoto Peringkat Kebangsaan SKK 2018 juga Tempat Keempat Syair Swafoto. Kami dijemput hadir dalam suatu majlis penyampaian anugerah kepada para pemenang pertandingan swafoto di SK Bukit Senggeh. Acara yang santai dan menghiburkan. Tahniah diucapkan buat Aisyah Shofwa atas kemenangan yang diperolehnya.
Saya juga ada menghantar murid ke pertandingan sejak yang bertempat di SK Orang Kaya Ali. Alhamdulillah, Anis Sofea mendapat tempat yang kedua dalam pertandingan tersebut.
Pertandingan seterusnya yang kami sertai ialah perkampungan Bahasa Melayu Peringkat Kebangsaan SKK 2018 yang bertempat di SK Seliau. Alhamdulillah, semua pelajar 2 kami mendapat tempat termasuk murid dibawah latihan saya iaitu Anis Sofea tempat Keempat Sajak dan Mohd Faiz Daud Naib Johan Bercerita Tahap 2
Itulah kenangan manis saya di tahun 2018. Azam saya tahun depan tentu sekali ingin mempertingkatkan prestasi diri.
Itu yang mampu saya ucapkan atas pencapaian SK Parit Latiff pada tahun 2018. Ini kerana pada tahun ini kami dapat menyertai beberapa anjuran pertandingan sajak dan pidato berbanding tahun yang sebelumnya iaitu 2017.
Pada tahun ini, saya telah melatih murid menyertai pertandingan sajak dan syair swafoto dan dan ahamdulillah, murid saya yang bernama Aisyah Shofwa telah berjaya mendapat Johan Sajak Swafoto Peringkat Kebangsaan SKK 2018 juga Tempat Keempat Syair Swafoto. Kami dijemput hadir dalam suatu majlis penyampaian anugerah kepada para pemenang pertandingan swafoto di SK Bukit Senggeh. Acara yang santai dan menghiburkan. Tahniah diucapkan buat Aisyah Shofwa atas kemenangan yang diperolehnya.
Pertandingan seterusnya yang kami sertai ialah perkampungan Bahasa Melayu Peringkat Kebangsaan SKK 2018 yang bertempat di SK Seliau. Alhamdulillah, semua pelajar 2 kami mendapat tempat termasuk murid dibawah latihan saya iaitu Anis Sofea tempat Keempat Sajak dan Mohd Faiz Daud Naib Johan Bercerita Tahap 2
Friday, November 2, 2018
Integriti
Jika saya sebut perkataan 'integriti', saya percaya separuh dari pembaca ini tidak tahu maksud apa itu integriti. Tetapi jika saya sentuh tentang kejujuran, saya pasti tajuk ini lebih mudah difahami.. para pembaca, ketahuilah bahawa integriti dan kejujuran itu saling berkaitan.
Hari ini, dengan kemajuan yang sedang kita kecapi ini, kita memandang sudut integriti itu dengan pandangan yang sepi. Kerana keadaan kita di Malaysia ini, nak berjumpa dengan manusia yang tinggi integriti pun sukar sekali. Tapi hakikatnya dari sudut sosial, kesannya besar kepada masyarakat. Saya akan berikan beberapa contoh yang mudah dan lebih dekat dengan situasi zaman kini.
Jika, seorang murid dalam sebuah kelas mengamalkan sikap integriti. Pasti dia akan disenangi dan dikenali. Nak simpan duit bagi pada dia. Nak simpan rahsia bagi pada dia. Nak mencuri, jangan cerita pada dia. Habis satu kelas tahu awak pencuri nanti. Begitulah seorang murid yang berintegriti. Sekarang bayangkan jika satu kelas ada sikap integriti. Mereka akan saling bantu kawan mereka.
Nampak duit kawan terjatuh, mereka pulangkan balik. Bila cikgu nak rotan siapa yang bising, mereka akan keluar sendiri minta dihukum. Siap ketua kelas pun keluar sekali sebab dia rasa dia yang bertanggungjawab atas keadaan kelas yang sangat bising. Masalah hilang pensel, hilang gam dan gunting, hilang duit takkan berlaku kerana mereka akan pulangkan semula barang milik rakan masing-masing.
Seronok kan ada kelas yang macam ni? Sama-sama saling menjaga. Saya jaga awak. Awak jaga saya. Bayangkan jika sebaliknya. Masuk kelas ni asyik hilang duit je. Masuk kelas ni asyik hilang barang. Kawan-kawan banyak je yang nak pinjam. Dah pandai pinjam tapi tak pandai pulang. Bila kita mintak balik barang yang kita pinjamkan, kita pulak yang kena marah. Barang kau barang aku, barang aku barang aku. Tak seronok kan duduk kelas ni? Kalau boleh pindah memang nak pindah.
Jika ada masalah berlaku. Barang hilang, duit hilang. Si A tuduh si B, si B tuduh si C, si C tuduh si A. Penyiasatan pun tak habis-habis. Bukti semua samar-samar. Semua tak mengaku, tapi barang hilang. Hantukah yang ambil? Inilah sikap kita sekarang. Sikap pentingkan diri ini ada di mana-mana saja. Tapi dalam kita tak sedar, negara lain sedang mempraktiskan sikap integriti dalam hidup mereka.
Ketika Jepun dilanda tsunami suatu ketika dahulu. Tahukah anda apa yang berlaku? Meskipun mereka dalam keadaan terdesak, namun tidak banyak berlaku kejadian curi di Jepun seperti di negara-negara lain. Mereka mengutip duit yang bernilai berjuta-juta billion dan dikembalikan kepada tuannya. Malah sifat kemanusiaan mereka semakin terserlah di sepanjang krisis tersebut.
Di Mekah, setiap kali azan dilaungkan, semua peniaga akan terus meninggalkan jualan dan terus menunaikan perintah Allah untuk bersolat. Mereka langsung tidak menghiraukan perniagaan mereka dan meletakkan harapan 100% kepada Allah. Kalaulah peniaga-peniaga tersebut berbuat begitu di Malaysia, apakah yang akan terjadi? Tak terjamin keselamatan barang-barang kita, itulah hakikatnya.
Cuba kita lihat pragram televisyen 'just kidding'. Mereka sembunyikan camera dan berlakon dalam satu situasi yang memerlukan respon orang awam. Menguji sama ada mereka berintegriti atau tidak. Contohnya tidak sengaja tercicir duit di tepi jalan, tertinggal telefon bimbit di kerusi awam, meminta memegang beg berisi duit. Kemudian rakaman ini ditayangkan di televisyen. Sudah bertahun-tahun mereka melakukan aktiviti sebegini. Maknanya sudah ramai yang terkena. Jika difikirkan apakah kesannya ujian ini kepada integriti masyarakat?
Justeru itu para pembaca, kita perlu mengubah sesuatu. Iaitu mengubah sikap integriti masyarakat Malaysia ke suatu tahap yang lebih baik, yang mana semuanya perlu bermula dari integriti diri kita sendiri. Mari kita berintegriti dengan keluarga dan sahabat-sahabat kita. Biar mereka mencontohi sikap ini dan menjadikan suasana menjadi lebih baik. Kita negara Islam. Kita ada ramai penduduk yang baik-baik. Yang kebanyakannya berkeluarga dan bukan hidup tak tentu arah. Kita masih boleh buat sesuatu. Bantu negara kita dengan bermula pada perkara yang kecil-kecil. Dengan impian suatu hari nanti kita mampu melawan korupsi besar negara. Ini bukan sekadar angan-angan. Ini adalah cita-cita yang tertangguh!
Tuesday, October 30, 2018
Ingat 5 Sebelum 5
Saya masih ingat lagu nasyid kumpulan Raihan yang popular suatu masa dulu yang bertajuk 'Demi Masa'. Dalam lagu tersebut teringat saya akan hadis Rasulullah SAW tentang ingat 5 sebelum 5..
Benarlah..Sejak usia saya mula mencecah 30-an, saya semakin menghargai masa. Bukanlah dulu saya tak menghargai masa. Malah setiap yang berlaku dalam hidup saya, saya rancang dengan rapi. Tapi saya masih rasa ada kekosongan masa yang tidak saya isi dengan betul ketika saya muda. Kini bila menginjak usia pertengahan tahun saya semakin mengetahui betapa berharganya usia muda, dan berapa beruntungnya saya berada di mana tempat saya sekarang ini. Mujur ketika saya memilih arah tuju hidup, ramai insan-insan sekeliling yang memberi panduan kepada saya dengan baik.
Namun, jika masa boleh diundur semula, saya masih nak buat sehabis baik. Walaupun ada ketika saya berdepan konflik antara keinginan diri dan tujuan hidup, walau ketika itu saya kelihatan pelik dan bercelaru dalam memilih bidang yang ingin saya telusuri, hari ini saya nampak apa hikmahnya yang Allah ingin tunjukkan pada saya.
Saya dapat salurkan minat dan kemahiran ini kepada anak-anak murid saya, membimbing dan mengasah bakat mereka. Jika dahulu hati saya menjerit tercari-cari bagaimana cara yang betul untuk berjaya dalam bidang orator ini, hari ini saya mampu memberi tips dan panduan buat anak-anak murid saya yang menyertai pertandingan puisi dan pengucapan awam. Alhamdulillah..
Berbalik kepada usia saya yang menginjak 30-an, saya ingin kongsikan beberapa perkara yang pernah saya lalui ketika muda remaja dan menjadi berbeza bila saya lalui usia saya sekarang. Mungkin ini boleh dijadikan rujukan buat adik-adik sebagai persiapan mental untuk adik-adik lalui di mana akan datang. Sampai masanya nanti adik-adik akan lalui juga perkara ini. Untuk menjimatkan masa dan tenaga dalam mencapai kejayaan, saya akan syorkan beberapa perkara supaya adik-adik lebih bersedia melaluinya.
Dari Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa sihat sebelum sakit. Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa mudamu sebelum datang masa tua dan Masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).
Sihat sebelum sakit
Semasa saya remaja, apa saja yang saya tidak makan? Semuanya saya makan tanpa perlu susah hati memikirkan kesannya. Makan banyak tapi badan masih tetap kurus. Tapi kini saya kena berhati-hati dengan setiap menu yang saya ambil. Saya perlu pastikan saya minum banyak air masak setiap hari. Sikit saja porsyen saya terlebih kalori, berat saya pasti akan bertambah. Bila berat bertambah, badan akan jadi lesu, cepat penat, dan kurang produktif. Simptom kebas2 apabila duduk terlalu lama mula semakin kerap. Migrain mula kerap datang menyerang.
Kalau dulu naik tangga yang tinggi2 pasti tidak menjadi masalah. Tapi sekarang saya kalah dengan tangga yang sebegitu. Saya sedari perbezaan ini mula berlaku sebaik saja saya melahirkan anak pertama dan sesudah bersalin. Kekuatan badan ini susah tidak semantap dulu. Simpton ini bukan saya seorang saja yang lalui seperti ini, kebanyakan rakan2 yang sama berat seperti saya pasti akan merasakan hal yang sama.
Jadi adik2.. jika nak kesihatan tu sentiasa kekal baik, jaga pemakanan, jaga berat badan dan sering bersenam. Jika umur sudah mula mencecah 25 tahun, kurang2kanlah makan aiskrim dan makanan berkalori tinggi. Sekali-sekala takpelah..tapi jika tidak dikawal, umur 30 tahun anda sudah mula akan terkena penyakit2 berbahaya.
Muda sebelum tua
Dulu kita adalah anak, dulu kita adalah pelajar. Kini, peranan sudah bertukar. Kita adalah ibu, kita juga mungkin adalah guru. Kita sudah berkerjaya. Suka atau tidak kita mesti ada kerjaya untuk menampung kehidupan dan keluarga. Masa yang banyak lapang untuk diri sendiri dulu tidaklah seperti sekarang. Sambil mengurus diri, kena mengurus anak, hal di tempat kerja, mengemas rumah dan sebagainya. Semuanya 2-3 kerja dalam satu masa.
Bila tengok keletah anak-anak, terdetik juga dalam hati ni betapa seronoknya menjadi kanak2. Tidak perlu memikirkan apa-apa masalah dan hanya bermain sahaja. Tapi jika kita bijak menguruskan kehidupan dan ada hala tuju yang jelas. Tiada menjadi masalah untuk berhadapan dengan apa-apa cabaran hidup pun. Setiap hari penuh dengan rasa teruja. Betul tak?
Sebelum sampai di tahap ni, adik-adik hargailah masa muda adik dengan bermain dan belajar sepuas2nya. Kerana peluang menjadi muda hanya sekali dan masa tidak akan berpatah balik. Jika pernah terbuat salah, jangan mudah putus asa. Belajar dari kesalahan tersebut untuk diperbaiki di masa akan datang. Orang yang tidak mudah putus asa dan cepat belajar dari kesalahan sahaja yang akan dapat bertahan sampai ke penghujungnya. Pengalaman adalah proses pelajaran yang mematangkan kita untuk kita jadikan panduan di hari depan.
Kaya sebelum miskin
Tak perlu lihat dari situasi yang besar, lihat saja situasi yang kita hadapi setiap hari. Setiap bulan bila gaji masuk, berbelanjalah kita sepuasnya. Tetapi bila sampai di hujung bulan, makan mee segera sajalah jawapnya..
Siapa yang tak suka hidup mewah? Bila ada duit, kita ada kemampuan untuk buat apa yang kita suka. Dengan duit, kita dapat merasai pengalaman yang tak pernah kita lalui sebelum ini. Tapi dalam kelapangan kita yang serba mampu, adakah kita sedar kita banyak melakukan pembaziran yang remeh. Contoh mudah ialah tidak menutup air ketika memberus gigi dan mandi, tidak menghabiskan makanan, dan berbelanja dengan boros pada perkara yang tidak diperlukan. Di akhirnya, kita juga yang sesak duit di hujung bulan kerana pengurusan wang yang tidak cermat, bersistematik dan efektif.
Masih ingatkah lagi kisah nabi Yusuf a.s ketika diminta untuk mentafsir mimpi sang raja. Baginda berkata akan berlaku musim kemarau selama 7 tahun selepas berlalunya tempoh musim subur selama 7 tahun. Melalui tafsiran itu, Nabi Yusuf menyarankan agar disimpan segala bekalan makanan selama tempoh 7 tahun musim subur itu sebagai persiapan menghadapi musim kemarau yang berpanjangan. Dari kisah ini, jelas menginspirasi kita bahawa Nabi Allah juga berjimat cermat dalam menguruskan ekonomi negara.
Lapang sebelum sempit
Masa lapang kadang kala boleh merunsingkan kerana jika kita kebuntuan idea untuk melakukan sebarang aktiviti, masa yang ada boleh menjadi suatu pembaziran. Mukmin yang cemerlang ialah mukmin yang mengingati Allah walaupun ketika dia sibuk, apatah lagi di waktu lapang.
Tetapi orang yang bijaksana dia akan menggunakan masa lapangnya dengan perkara berfaedah. Sebagai contoh, tiba waktu cuti sekolah, siapakah murid yang membuat persiapan untuk belajar tajuk2 yang bakal dipelajari pada tahun hadapan? Jika dia sudah bersedia dengan pembacaan dan latih tubi yang lebih awal, apakah perbezaan prestasinya dengan rakan-rakan apabila mula persekolahan nanti? Kita sendiri sudah boleh mengagak. Kita sendiri pun tahu, tetapi untuk merealisasikan perkara sebegini dalam kehidupan begitu susah sekali.
Lihat saja pengurusan waktu kita untuk menunaikan solat. Adakah kita memilih untuk solat di awal waktu apabila berkelapangan atau melengah-lengahkannya hingga ke akhir waktu? Saya tidak bermaksud menyindir sesiapa. Saya juga mengingatkan diri saya sendiri. Kadang kala saya juga terlupa. Saya harap kita semua tidak terlupa.
Begitulah keadaan kita dalam usia kita sekarang, cuba kita patah balik dan mengenang masa lalu, apakah pencapaian kita? Apakah jasa yang kita sumbangkan? Jika masih kurang, apa pula rancangan kita di masa hadapan? Masih sempatkah kita?
Hidup sebelum mati
Dalam filem hindustan, dalam drama korea, hidup bagi mereka ada banyak kelahiran. Sudah mati, tapi akan lahir semula ke dunia. Tetapi ini semua tiada dalam Islam. Terimalah hakikat ini, hidup hanya sekali. Sepanjang perjalanan ini, apa yang kita sudah capai? Apa yang kita sedang kejar? Dalam sibuk mengejar dunia, adakah kita mengejar akhirat juga?
Jika kita masih bangga dengan dosa, cubalah ingat trajedi tsunami di palu, Sulawesi. Ingatlah trajedi tsunami Acheh. Semuanya berlaku di kawasan negara berdekatan kita. Bolehkah kita menafikan Malaysia tidak akan dilanda tsunami?
وَلَا يَحْسَبَنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنَّمَا نُمْلِي لَهُمْ خَيْرٌ لِأَنْفُسِهِمْ ۚ إِنَّمَا نُمْلِي لَهُمْ لِيَزْدَادُوا إِثْمًا ۚ وَلَهُمْ عَذَابٌ مُهِينٌ
"Dan jangan sekali-kali orang-orang kafir menyangka bahawa Kami membiarkan (mereka hidup lama) itu baik bagi diri mereka; kerana sesungguhnya Kami biarkan mereka hanyalah supaya mereka bertambah dosa (di dunia), dan mereka pula beroleh azab seksa yang menghina (di akhirat kelak)."
(Surah Al-Imran, Ayat 178)
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?"
(Surah ar-Rahman, ayat 13, 16, 18, 21, 23, 25, 28, 30, 32, 34, 36, 38, 40)
Begitulah peringatan dari Allah kepada manusia agar berhati-hati dengan amalan kita di dunia. Adik-adik, marilah kita membina taman-taman syurga di dunia. Penuhilah setiap denyut nafas dengan menuntut ilmu dan berbuat baik. Jangan pernah merasa rugi berbuat baik. Jangan pernah rasa menyesal untuk berpenat-lelah demi Allah, keluarga dan kawan-kawan. Insyaa Allah jika matlamat hidup kita jelas, kalau tak dapat sekarang, di hari tua adik akan nampak hasilnya.
Begitulah peringatan dari Allah kepada manusia agar berhati-hati dengan amalan kita di dunia. Adik-adik, marilah kita membina taman-taman syurga di dunia. Penuhilah setiap denyut nafas dengan menuntut ilmu dan berbuat baik. Jangan pernah merasa rugi berbuat baik. Jangan pernah rasa menyesal untuk berpenat-lelah demi Allah, keluarga dan kawan-kawan. Insyaa Allah jika matlamat hidup kita jelas, kalau tak dapat sekarang, di hari tua adik akan nampak hasilnya.
Monday, June 11, 2018
JUTAWAN MINDA KELAS PERTAMA
Sejak akhir-akhir ini, rakyat marhein sibuk membincangkan mengenai perbandingan antara sifat 'orang kaya gila' dan 'orang gila kaya'. Ini kerana terdapat beberapa sikap dan cara hidup orang kaya pada masa kini agak menjengkelkan dan menimbulkan rasa kurang senang netizen disebabkan sikap mereka yang suka mencari publisiti demi menaikkan nama mereka dalam trend semasa selain menjana pendapatan yang optimum.
Saya tidak mahu menyebut nama mereka satu persatu, saya rasa semua dah tahu siapa jutawan-jutawan yang dimaksudkan itu. Namun, menurut pengamatan saya yang bukanlah siapa-siapa ini, mereka adalah 'orang kaya baru' yang baru saja ingin memasuki alam jutawan dan 'bilionair' dan mereka masih mencari identiti diri dalam arena ini. Sikap mereka agak berbeza dengan jenis orang kaya yang lagi satu ini. Maksud saya ialah orang kaya yang telah lama menikmati kekayaan dari generasi ke generasi yang lain. Dengan kata lain, mereka yang saya maksudkan ialah 'jutawan minda kelas pertama'.
'Jutawan Minda Kelas Pertama' ini adalah jutawan yang sejati. Mereka mempunyai sifat-sifat tertentu yang membuatkan mereka dikenali malah dihormati. Bagaimanakah sifat-sifat 'jutawan minda kelas pertama' itu? Apa yang saya terangkan ini adalah hasil pengamatan saya yang pernah mempelajari bidang sejarah dan tamadun juga pemerhatian secara tidak langsung. Namun, tak perlu ambil pengetahuan ini secara serius. Sekadar untuk ilmu yang santai dan pengetahuan umum. Saya memahami kebanyakan jutawan tidak menyedari hal ini kerana mereka sibuk dengan perniagaan dan perusahaan mereka. Tak apa, dengan entry ini, saya akan kongsikan sedikit ilmu untuk kefahaman kita bersama. Jika salah, sila betulkan saya.
Cara berfikir dan pemahaman tentang kehidupan
Jutawan minda kelas pertama ini cara mereka melihat dunia adalah lebih luas. Seperti melihat dari sudut mata burung, begitulah cara mereka melihat dunia. Tidak memfokuskan masalah-masalah yang remeh, mereka lebih memfokuskan untuk menyelesaikan masalah mereka yang lebih besar, malah melibatkan jutaan ringgit. Namun begitu, mereka tidaklah mengabaikan pandangan orang awam. Mereka memahami sumber kekayaan mereka datang dari orang awam juga. Sifat mereka yang suka mengambil jalan tengah diantara masalah sendiri dan kehendak masyarakat membantu mereka menyelesaikan banyak perkara dalam kehidupan.
Jutawan ini juga selalu dikelilingi orang-orang yang berpengaruh. Hasil perusahaan yang besar yang mereka miliki menyebabkan mereka popular seperti selebriti. Maka, tidak susah bagi mereka untuk mendekatkan diri mereka dengan golongan berpengaruh dalam kalangan masyarakat. Mereka juga akan menggunakan peluang kemasyhuran ini untuk mendekati golongan elit seperti ahli politik, ahli akademik, selebriti dan kerabat diraja. Namun, mereka juga tak lepas dari masalah.
Antara masalah utama bila menjadi jutawan ini ialah bagaimana mereka mengelola kekayaan mereka. Melalui melalui rancangan 'Who'd be a billionair' yang saya tonton di Astro Channel TLC saluran 707 menceritakan bahawa para jutawan ini saling bersaing sesama mereka, siapa yang memiliki kereta paling canggih, kapal terbang peribadi dan kapal yacht yang paling hebat. Ketagihan ini akhirnya menjadi punca kepada tidak tenteramnya hidup mereka untuk mengatasi gaya hidup pesaing-pesaing mereka. Jangan kata mereka sahaja, kita sendiri pun sering bersaing di kalangan keluarga dan rakan kereta siapa yang paling cantik, anak siapa yang paling pandai, rumah siapa yang paling besar. Tapi itu semua tidak menentukan kemahiran pengurusan peribadi dan nilai diri yang tinggi.
Ada antara mereka terjebak dengan masalah ketagihan alkohol, 'shopper-holic', dan ketagihan dadah akibat daripada tekanan hidup. Inilah dilemma hidup jutawan. Pesanan saya secara peribadi, kembalilah semula kepada pembentukan attitude diri anda. Cari semula identiti diri dan dan tukar rutin harian. Paling penting gunakan wang yang dimiliki ke arah yang lebih memahami erti kehidupan.
Mengaplikasikan ilmu secara praktikal
Dengan duit yang mereka miliki, mereka mampu mempelajari ilmu dengan cara yang lebih praktikal. Saya berikan contoh perbandingan saya dengan mereka. Saya telah mempelajari mengenai sejarah dan tamadun. Saya mengetahui tamadun China dan tamadun Islam yang besar dan gah melalui buku-buku dan maklumat di internet. Tetapi sayangnya saya tidak pernah pergi ke tempat wujudnya tamadun ini seperti China dan Turki kerana saya kekurangan dari sudut kewangan.
Sedangkan jutawan ini jika mereka mempelajari mengenai tamadun, amat mudah bagi mereka untuk melawat tempat-tempat ini bagi mengetahui sejarahnya dengan lebih mendalam. Maka, sudah tentu apa yang mereka pelajari dengan melihat sendiri tempat tersebut lebih menimbulkan cinta dan meresap ke dalam jiwa mereka tentang sejarah dan tamadun berbanding saya yang hanya mengetahui semuanya melalui teori sahaja. Mereka tidak kedekut ataupun tidak merasa rugi untuk menghabiskan duit mereka mendapatkan ilmu sebegini.
Bahasa dan cara percakapan
Jika kita perhatikan, jutawan minda kelas pertama ini suka menggunakan bahasa yang halus. Kata-kata mereka menyenangkan hati kita yang mendengarnya. Cara mereka menegur juga lebih berkias. Kita ingat mereka sedang puji kita. Bila fikir-fikir balik, rupanya mereka sedang tegur sikap kita. Aduh, tepuk dahi kita dibuatnya terperasan sendiri. Dan mereka tidak menggunakan perkataan mereka dengan kasar. Bukan hipokrit, tapi mereka memang diajar untuk bersikap begitu. Jika mereka bercakap bahasa melayu, mereka akan cakap dengan bahasa melayu yang tinggi. Jika mereka bercakap dalam bahasa Inggeris, mereka akan bercakap bahasa Inggeris dengan level tinggi.
Mereka juga menguasai banyak bahasa. Maklumlah, jadi usahawan antarabangsa memerlukan mereka berkomunikasi dengan banyak jenis manusia. Boleh jadi mereka mengupah guru peribadi untuk mengajar mereka atau pun mereka belajar dari persekitaran mereka yang telah sedia ada secara semula jadi sejak dari kecil. Contohnya mak atau ayah atau saudara-saudara mereka berasal dari Eropah, Arab, India, Cina atau berbangsa lain. Jadi, mudah untuk mereka menguasai bahasa lain.
Penampilan
Dari segi penampilan, ada dua jenis jutawan.Pertama, mereka yang berpenampilan sederhana. Kedua, mereka sentiasa menjaga penampilan. Jika anda menganggap semua jutawan pentingkan penampilan, anda silap. Bagi yang berpenampilan sederhana, ada sebab mengapa mereka berpenampilan begitu. Biasanya kekayaan mereka datang dari selain bidang industri fesyen atau hiburan seperti teknologi dan bahan mentah. Kita dapat lihat penampilan sebegini dari jutawan muda seperti Mark Zuckerberg. Ini kerana meraka lebih banyak memikirkan mengenai kerjaya mereka berbanding penampilan mereka.
Namun, lain pula bagi jutawan dari industri fesyen dan hiburan. Mereka sedar apa sahaja tindak-tanduk mereka diperhatikan dan gaya penampilan mereka ditiru. Jadi mereka sentiasa menjaga apa yang dipakai oleh mereka. Pemakaian mereka biasanya unik , cantik dan sukar didapati dan ada kalanya edisi terhad.
Antara jutawan yang dikenali dengan
penampilan yang bersederhana.
Namun, lain pula bagi jutawan dari industri fesyen dan hiburan. Mereka sedar apa sahaja tindak-tanduk mereka diperhatikan dan gaya penampilan mereka ditiru. Jadi mereka sentiasa menjaga apa yang dipakai oleh mereka. Pemakaian mereka biasanya unik , cantik dan sukar didapati dan ada kalanya edisi terhad.
Dalam kalangan golongan elit, ada yang suka memerhati gaya penampilan sesama mereka, malah masyarakat juga. Tetapi tidak semua orang celik fesyen. Dari sini ternampaklah peranan pengkritik fesyen yang memerhatikan gaya penampilan dan dandanan yang bersesuaian dengan golongan elit. Malah sebahagian mereka menjadikan gaya pemakaian mereka sebagai suatu pattern dalam bisnes perniagaan. Pakaian mereka dijual dan mereka boleh menjana keuntungan.
Mencintai seni
Biasanya para jutawan ini mencintai seni, mereka meletakkan nilai seni pada tempat yang tinggi. Mereka menahami iaitu seni mempunyai nilai estetika yang tersendiri. Tidak hairanlah mereka sanggup membeli lukisan yang berharga jutaan ringgit, meletakkan hiasan dan ukiran indah pada kediaman mereka kerana itu adalah diri dan jiwa mereka. Mereka sukakan muzik. Tetapi muzik yang dipilih adalah genre tertentu.
Masyarakat awam sememangnya tahu muzik itu menghiburkan. Tetapi sebenarnya muzik juga adalah sains. Ada jenis muzik yang boleh menjadi terapi yang menenangkan tekanan jiwa dan mencerdaskan fikiran. Pernah tak anda terfikir kenapa teater opera begitu diminati golongan atasan dan tiketnya juga mahal? Bagi kita yang yang buta seni ini, teater opera itu membosankan, tetapi mengapa masih ada juga yang ingin menontonnya sehingga ke hari ini?
Potensi kekayaan kepada generasi yang seterusnya
Menjadi kaya, para jutawan ini mempunyai tabiat dan cara pemikiran tersendiri yang menjadikan siapa mereka hari ini. Maka sekiranya mereka mempunyai zuriat, attitude ini diajar dan diperturunkan kepada anak cucu mereka. Maka keturunan mereka akan mempunyai potensi yang lebih besar daripada kanak-kanak biasa. Potensi mereka ini adalah potensi kekayaan yang sama malah lebih lagi.
Bukan bermaksud kerana mereka dapat mewarisi harta yang takkan habis dimakan tujuh keturunan. Tetapi penguasaan teknik dan cara penyelesaian masalah, jika berlaku masalah besar seperti kebangkrapan, mereka tahu bagaimana untuk mengatasinya. Mereka telah diajar.
Para jutawan ini telah melalui banyak kegagalan. Mereka banyak belajar dari kegagalan tersebut. Apabila perusahaan tersebut diperturunkan, pastinya anak cucu mereka diajar agar tidak mengulangi kesalahan yang sama. Risiko kerugian amat rendah dan kemungkinan memperoleh keuntungan menjadi lebih tinggi. Masa yang dilalui generasi seterusnya bukan lagi masa ujikaji. Sebaliknya masa untuk menternak kekayaan.
Kesimpulan
Begitulah jutawan minda kelas pertama yang saya maksudkan. Mungkin tidak semua jutawan begitu. Mungkin juga mereka sedang menuju ke arah itu. Kita sudah boleh nampak tanda-tandanya melalui sikap dan usaha mereka. Tetapi jika mereka ini wujud dalam lingkungan keluarga dan sahabat anda, bantulah mereka. Percayakan mereka. Sokonglah mereka. Jika mereka salah, tegurlah mereka. Kerana kehadiran mereka ibarat mutiara di dalam lumpur, perlu dibersihkan dan disimpan baik-baik. Mereka perlu dididik dan dibentuk dengan betul barulah mereka boleh berjaya.
Sumber gambar: google
Sumber gambar: google
Friday, February 16, 2018
Didikan agama : Suatu proses yang berulang
"Argh.. aku dah biasa dengar tazkirah ni kat tv..bosanlah! bukalah cerita lain pula.."
"Asyik-asyik bincang tajuk yang sama je..ayat al-Quran ni dah selalu sangat aku dengar..takde tajuk lain ke?"
Mungkin ayat-ayat seperti ini pernah bermain dalam fikiran kita. Jika anda seorang yang telah dewasa dan melepasi usia remaja. Mungkin anda pernah melalui perkara ini.
Sewaktu melayari facebook, saya membaca status seorang sahabat yang mula menyedari kenapa kita perlu selalu mendengar tazkirah dan nasihat yang berulang-ulang. ini kerana kita adalah manusia. Dan sifat manusia itu:-
1. Mudah lupa, perlu selalu diingatkan.
Melihat kepada tujuan Allah mengutuskan begitu ramai nabi dan rasul kepada manusia, itu adalah kerana kita adalah manusia. Dan sifat manusia itu adalah mudah lupa.
2.Mudah lalai dan mudah terpengaruh.
Lalu mengapa Allah mengutuskan nabi dan rasul ini dengan mukjizat yang luar biasa? ini kerana manusia itu mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang melalaikan.
3. Mempunyai ego.
Ego inilah yang menghalang diri mereka dari mengikuti fitrah diri mereka sendiri iaitu percaya adanya kuasa yang lebih hebat dari mereka dan yang mencipta mereka. Dari sini lah bermulanya kehancuran tamadun yang akhirnya musnah dihukum oleh Allah sendiri dengan hukuman yang keras.
Nah, dari situ kita dapat lihat betapa pentingnya nasihat yang berulang-ulang itu. kerana kira ini sering lupa dan ego. maka kita perlu tundukkan diri kita kepada yang Maha Pencipta dengan sering beringat bahawa ada sesuatu yang lebih hebat dari kita yang maha jika kita jika kita taat kepadaNya, kita akan berjaya.
Sejak dari kecil, wajib bagi seorang mukallaf untuk mendapatkan atau diberi pendidikan Islam. Ya, hampir kebanyakan dari kita masyarakat di Malaysia mendapatkannya. Soalnya, apabila kita dewasa dan mempunyai bidang dan kerjaya yang tersendiri, adakah tugas pendidikan itu telah berakhir?
Jawapannya TIDAK. Pendidikan islam ini
tidak akan terhenti hinggalah ke hujung nyawa kita. Malah, dari kecil hinggalah ke tua, kita akan mengulang proses yang sama tidak kira siapa pun kita, cuma perubahannya adalah dari segi peranan kita dalam pendidikan tersebut. saya membahagikan peranan pendidikan ini kepada tiga:-
a)Individu yang dididik-mereka ini masih belum cukup mengenali islam. seperti kanak-kanak atau muallaf.
b)Individu yang mendidik-mereka ini mempunyai ilmu pengetahuan yang cukup dan sesuai untuk mendidik. seperti guru dan ibubapa.
c)Individu yang lebih arif dan memantau proses pendidikan- individu ini melakukan penilaian berdasarkan pengalaman dan ilmu pengetahuan yang mendalam. Mereka sering menjadi rujukan bagi masalah dunia semasa seperti ulama' dan para cendiakawan.
Maka, adalah penting untuk pendidikan ini disambungkan kepada generasi kita yang seterusnya, sebelum generasi kita menjadi lupa dan ego,yang akhirnya Allah akan menghukum generasi kita dengan tanpa belas ehsan seperti yang dilakukan oleh umat generasi yang terdahulu.
Monday, February 12, 2018
IFTINAN DI USIA 3 TAHUN
Melalui fasa keibubapaan, tipulah jika saya katakan saya tidak mahu meraikan ulang tahun kelahiran anak. Pernah melalui detik-detik kesusahan ketika kecil, saya memahami keadaan kewangan keluarga yang tidak mampu meraikan hari-hari penting sebegini lebih-lebih lagi dengan adik-beradik yang ramai. Kini, saya telah pun berkeluarga dan mempunyai anak. Tentu saya ingin meraikan saat bahagia ini bersama keluarga.
8hb Disember 2017 yang lalu, saya, suami dan keluarga sempat menyambut hari lahir anak sulung saya Siti Nor Iftinan yang ke-3.
Ikutkan hati mahu saja saya memasak sendiri, tapi memandangkan keadaan diri yang sedang sarat mengandung ketika itu, kami tempah makanan di Pizza Hut sahaja.
Tiba saja hari lahirnya, saya dan iftinan rasa teruja. Dia pun sudah tahu apa maksud 'happy birthday' dan 'selamat hari jadi'. Lihat saja video yang saya rakamkan, iftinan menyanyikan lagu hari jadinya sendiri.
Menjelang malam, saya siap-siapkan dia dengan baju cantik yang saya beli secara online. Nampaknya suka betul iftinan dengan baju ni.
![]() |
Iftinan dah siap. |
![]() |
Muka gembira dapat pakai baju cantik. |
![]() |
Sedikit cenderahati disiapkan untuk sepupu2 iftinan. |
![]() |
Kek hari jadi Iftinan |
Inilah kek hari jadi Iftinan. Saya pilih yang kecil sahaja kerana kami hanya menyambut di kalangan keluarga. Rugi pula jika tak habis.
![]() |
Gambar kami bersama. |
![]() |
Iftinan dan ayahnya. |
![]() |
Sesi potong kek. |
Apa yang paling penting, iftinan rasa gembira. Dengan itu, saya dan suami juga gembira. Akan datang jika iftinan ada ramai adik, belum tentu kami dapat raikannya begini. Doakan semoga kami murah rezeki. Dapatlah kami gembirakan anak-anak dan luangkan sedikit masa untuk mereka.
![]() |
Ibu saudara iftinan turut raikan hari jadi yang dekat dengan tarikh hari jadi Tinan. |
![]() |
Birthday girls. |
![]() |
Iftinan merenung patung kartun yang menjadi hiasan kek. Dia sangkakan patung tu boleh dimakan. |
![]() |
Hidangan yang ditempah kami. |
![]() |
Menjamu selera. |
Terima kasih semua yang sudi datang sambut hari lahir bersama Iftinan. Fahmi dan isterinya Khalida, abangku Firdaus, serta makcik-makcik tinan, Ulya, Dalilah dan Insyirah.
Buat Iftinan, selamat hari lahirmu yang ke-3, sayang.. tak lupa juga buat mak sedara iftinan Dalilah dan Insyirah, selamat hari lahir.. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.. Kini tinan dah jadi kakak..Doa ummi semoga iftinan jadi anak yang baik, kakak yang baik,hamba yang taat dan insan yang berjaya di dunia dan akhirat.. Allahuma faqqihha fiddin..wa ilman takwil..amin..
Sunday, February 11, 2018
SITI NOR IMANINA: PERMATA HATIKU
Assalamualaikum semua..
Alhamdulillah, pada 26hb Disember 2017, saya telah melahirkan cahaya hati saya yang kedua. Setelah 9 bulan mengharungi detik2 pahit manis mengandungkan permata ini, akhirnya saya berjaya melahirkannya dengan cara normal. Sepanjang tempoh kandungan, kami tertanya juga apakah jantinanya. Beberapa kali scan masih tidak tahu juga. Sungguhpun begitu, kami tidak kisah sama mendapat anak lelaki ataupun perempuan. Kami memilih untuk tidak menjalani scan 3D.
Melihat tanda-tanda pada fizikal saya, kelihatannya seperti anak lelaki. Suami dan rakan-rakan guru juga berkata begitu. Ternyata salah pula pengamatan kami. Sekali lagi dikurniakan seorang puteri. Saya tidak ralat pun, malah gembira sekali.
Sepanjang tempoh kandungan juga, saya menghadapi beberapa keadaan yang tidak saya alami semasa mengandungkan iftinan. Pernah juga saya mengalami hipertensi, rasa pening-pening dan berpinar-pinar. Malah gaya hidup saya juga kurang aktif berbanding semasa mengandungkan anak pertama. Saya terlompat-lompat memberi semangat kepada anak murid semasa hari sukan. Kali ni saya hanya duduk di rumah sahaja. Ini kerana berat badan saya kali ini lebih daripada yang sebelumnya.
Saya juga mudah mendapat sakit dada. Kata doktor, kandungan yang kian membesar kian menghimpit perut dan paru-paru sehingga menyebabkan sakit dada. Itu adalah perkara biasa.
Menjelang minggu-minggu yang terakhir, saya kerap didatangi kesakitan oleh kontraksi palsu. Apabila rasa tertekan dan lapar, kontraksi datang seperti mahu bersalin, setelah sampai ke hospital, kontraksi pon menghilang perlahan-lahan. Kontraksi yang sebenar seharusnya semakin lama semakin kerap dan berterusan.
Setelah melalui 40 minggu 4 hari, akhirnya anak ini selamat dilahirkan dengan berat 3.5 kg. Alhamdulillah, syukur tak terhingga ku panjatkan ke atas Illahi untuk anak yang kedua ini. Besarnya KuasaMu ya Allah.
Setelah melahirkan dan keluar hospital, anak saya didapati mengalami jaundis yang agak tinggi. Anak saya ditahan wad selama 3 hari untuk dipulihkan dalam inkubator. Syukur, kuningnya tidak lama. Kami merawatnya berdasarkan pengalaman kami menguruskan Iftinan. Dalam 2 minggu, kuningnya beransur pulih.
Pada hari keenam, anak saya telah ditahnidkan oleh Ustaz Radzi Kamarul Hailan seperti anak saya yang pertama. Saya dan suami telah sepakat inginkan Ustaz Radzi untuk mentahnid anak-anak kami. Semoga mereka membesar menjadi orang hebat seperti Ustaz juga.. aamiin..
Sedikit kenduri aqiqah telah dijalankan oleh suami pada hari yang ketujuh. Dan nama untuk anak kedua kami yang telah kami pilih ialah SITI NOR IMANINA BINTI ZULKIFLI. Nak, ummie doakan semoga kamu menjadi anak yang solehah serta hamba yang taat juga berjasa kepada masyarakat.. aamiin.. Doa ini perlu dizahirkan dan dilafazkan agar jelas matlamat hidup kamu nak. Dan semoga kamu tahu keinginan hasrat ummie terhadap kamu supaya kamu dapat mencapainya. Amin yang Rabbal alamin..
Wednesday, February 7, 2018
10 NEGARA ISLAM TERKAYA DI DUNIA
Negara Islam diketahui umum berada kawasan timur-tengah. Wilayah yang terus dirundung konflik bersenjata ini memiliki kekayaan minyak melimpah-ruah sehingga negara-negara bangsa arab digelar Negara petro dollar, kerana kemakmurannya berasal dari minyak yang di eksport ke Negeri Paman Sam.
Ada 10 Negara Islam Terkaya di dunia yang sebagian besar berasal dari wilayah timur-tengah dan kekayaan negaranya berasal dari hasil sumber daya bumi.
1. QATAR
Qatar menjadi negara Islam terkaya pada peringkat pertama sejak 2011. Pertumbuhan ekonomi Qatar terutama dari produksi gas alam dan mengeksportnya, minyak dan petrokimia yang meningkat dan terus berlanjutan
Kenyataan tersebut berdasarkan angka Produk Domestik Bruto (Gross Domestic Product) 2011, yang mencapai 88.919 dolar. Maka layaklah negara Teluk berpenduduk 1,7 juta jiwa ini berhasil menempati ranking pertama dari 10 negara Muslim terkaya di dunia.
Popularitinya kian meningkat di kalangan para investor karena Qatar didaulat sebagai tuan rumah Piala Dunia 2022 nanti. Terkait hal itu, guna menunjang peningkatan bisnes dan dalam rangka menyambut Piala Dunia 2022, pemerintah Qatar dikabarkan tak akan segan-segan menggelontorkan dana lumayan besar guna membangun sejumlah infrastruktur, termasuk pelabuhan laut, bandar, dan jalur kereta api.
2. KUWAIT
2. KUWAIT
Selain mendapat tempat kedua dalam jumlah populasinya, Kuwait juga meraih tempat kedua sebagai negara Muslim terkaya di dunia. Tercatat negara ini memiliki GDP per kapita sebesar 54.654 dolar pada tahun 2011.
Saat ini Kuwait merupakan pemilik 10 persen cadangan minyak mentah dunia; sekitar 104 juta barel, dan diramalkan peningkatan produksinya akan menjadi 4 juta unit per barel pada tahun 2020. Selain itu dalam sektor kewangan, Kuwait memiliki sistem perbankan yang kukuh. Hal ini terbukti dengan adanya Bank Nasional Kuwait (The National Bank of Kuwait) sebagai bank terbesar di dunia Arab. Fakta-fakta itulah yang membuat negara ini semakin memantapkan posisinya di peringkat kedua dalam daftar negara Muslim terkaya di dunia.
3. BRUNEI DARUSSALAM
Brunei Darussalam adalah negara Muslim terkaya ketiga di dunia. Pernyataan ini didukung angka GDP per kapitanya yang mencapai sekitar 50.506 dolar pada tahun 2010. Aset berupa ladang minyak dan gas alam yang luas telah mendominasi perekonomian Brunei selama 80 tahun terakhir. Brunei juga tercatat sebagai satu dari sembilan negara eksport gas alam cair (Liquid Petrolium Gas) terbesar di dunia.
4. EMIRIAH ARAB BERSATU
Emiriah Arab Bersatu berada pada posisi keempat dalam daftar 10 negara Muslim terkaya di dunia. Gross Domestik Produk UEA hampir mencapai 48.222 dolar pada 2011. Minyak bumi dan eksport gas alam telah memainkan peranan penting dalam perekonomian dalam negeri, terutamanya di Abu Dhabi. Ini adalah sebuah boom konstruksi raksasa sebagai asas manufaktur untuk membantu negara dalam diversifikasi ekonomi.
5. OMAN
Oman adalah negara Muslim terkaya kelima di dunia. Memiliki GDP per kapita 28,880 dolar pada tahun 2011. Bukti konkritnya adalah cadangan total minyak bumi Oman mencapai 5,5 juta barel. Pada tahun 2010, produksi minyak bumi Oman sekitar 816.000 barel per hari. Disamping itu, produksi gas alam yang terus meningkat seiring perkembangan ladang gas membuat Oman memiliki peringkat ke-28 dari seluruh negara di dunia, dengan cadangan gas alam mencapai 849.500.000 meter kubik.
Oman juga memiliki sumber mineral yang tak kalah saing, antara lain tembaga, emas, seng, dan besi. Beberapa industri mineral telah tumbuh dan menyerap banyak tenaga kerja dari penduduk Oman. Sehingga mampu memberikan sumbangan terhadap GDP nasional.
6. ARAB SAUDI
Negara ini mampu meraih posisi keenam dalam daftar negara Muslim terkaya di dunia. Memiliki GDP per kapita 24.434 dolar pada tahun 2011. Arab Saudi memiliki cadangan minyak terbesar kedua di dunia dan minyak lebih dari 95 persen eksport dan 70 persen dari pendapatan pemerintah. Selain itu negara yang didatangi jutaan umat Islam dari seluruh dunia karena kota suci Makkah-nya ini, juga memiliki cadangan gas alam terbesar keenam di dunia. Negara ini berencana untuk meluncurkan enam "kota ekonomi" yang direncanakan akan selesai pada tahun 2020. Enam kota industri baru tersebut dibangun dengan tujuan diversifikasi perekonomian Arab Saudi.
7. BAHRAIN
Bahrain adalah negara Muslim terkaya ketujuh di dunia. Memiliki GDP per kapita 23.690 dolar pada tahun 2011. Bahrain dianggap sebagai salah satu negara yang memilki pertumbuhan ekonomi tercepat di dunia Arab. Pada tahun 2008, negara ini mampu meraih gelar sebagai negara dengan pertumbuhan ekonomi tercepat dan pusat kewangan dunia berdasarkan Indeks Pusat Keuangan Dunia London. Minyak adalah produk eksport utama Bahrain. Permintaan terhadap minyak telah menguntungkan sektor perbankan dan kewangan Bahrain, selain aluminium sebagai produk eksport utama kedua, diiringi sektor keuangan dan bahan konstruksi.
8. TURKI
Turki menempati posisi kelapan dalam 10 negara Muslim terkaya di dunia. Memiliki GDP per kapita 16.885 dolar pada tahun 2011, Turki secara bertahap telah membuka pasar melalui reformasi ekonomi dengan mengurangi kontrol pemerintah pada perdagangan luar negeri, investasi dan privatisasi industri milik publik.
Sektor pelancongan Turki telah mengalami pertumbuhan pesat dan merupakan bagian penting dari kemajuan perekonomian negara itu. Sektor utama lainnya dari ekonomi Turki adalah perbankan, konstruksi, penyulingan minyak, bahan petrokimia dan industri otomotif. Selain itu Turki termasuk salah satu negara perkapalan terkemuka dan menduduki peringkat keempat di dunia setelah China, Jepang dan Korea Selatan.
9. LIBYA
Libya adalah negara Muslim terkaya kesembilan di dunia. Negara ini memiliki GDP per kapita 14.100 dolar pada tahun 2011. Libya memiliki PDB tertinggi keempat perkapita di Afrika setelah Seychelles, Guinea Ekuatorial dan Gabon. Libya memiliki cadangan minyak terbesar kesepuluh dari seluruh negara di dunia dan mampu mendapat peringkat ke-17 produksi tertinggi minyak bumi di dunia. Ekonomi Libya bergantung pada pendapatan dari sektor minyak, yang merupakan sumber penghasilan utama atas eksport. Pendapatan minyak tinggi dan populasi kecil telah membuat Libya tergolong salah satu negara dengan GDP per kapita tertinggi di Afrika.
10. MALAYSIA
Malaysia berada pada posisi kesepuluh dalam daftar negara Muslim terkaya yang berada di Asia Tenggara. Negara ini memiliki GDP per kapita 15.589 dolar pada tahun 2011. Ekonomi Malaysia relatif terbuka dengan orientasi negara dan pasar industri baru. Selain eksport sumber daya pertanian, negara ini juga telah menjadi pengeluar terbesar timah, dan minyak sawit di dunia. Sedangkan sektor pelancongan adalah sumber pendapatan terbesar ketiga bagi Malaysia.
Kelebihan lain negeri jiran Indonesia ini adalah pembangunan infrastrukturnya yang dianggap sebagai salah satu yang paling maju di Asia.
Dipetik daripada Sookapura.blogspot.my
Subscribe to:
Posts (Atom)