Wednesday, February 15, 2017

DISEBALIK KISAH 1001 MALAM

Pernah dengar kisah 'Laila dan Majnun'? Macam mana pula dengan kisah 'Ali Baba dan 40 Perompak' yang pernah dilakonkan oleh P. Ramlee dalam filemnya? Tahukah anda kedua-dua kisah ini berasal daripada himpunan 'kisah 1001 malam', Mesti ramai yang pernah mendengar mengenai kisah 1001 malam ni. Dalam kita dipenuhi pelbagai filem dan drama terbaru yang keluar dari dalam dan luar negara, ditambah pula pelbagai novel popular diadaptasikan di layar perak, saya percaya pasti ramai yang yang tidak tahu apakah kisah 1001 malam itu.




Hari ini saya akan menceritakan sedikit satu kisah disebalik 1001 kisah yang terdapat dalam 'Hikayat 1001 malam' itu. Kisah ini merupakan sastera epik yang berasal dari tiga rumpun kebudayaan iaitu India, Parsi dan Arab. Menurut NJ Dawood dan William Harvey yang menulis 'Tales from The Thousand and One Night' , hikayat tersebut berasal daripada Parsi dan diterjemahkan kepada Bahasa Arab pada tahun 850M.   Terdapat juga pendapat yang mengatakan hikayat ini berasalh dari Arab dan India. Kitab Alf Layla WA Layla yang ditulis oleh Abdullah Bin Abdul Jasyayari dikatakan berasal daripada Hazar Afsanah yang diterjemahkan kepada Bahasa Arab. 



Antaranya cerita popular yang terdapat dalam hikayat 1001 malam ini ialah: 
1. Aladin dan lampu ajaib 
2. Sinbad Si Pelaut
3. Ali Baba dan 40 orang penyamun
4. Laila dan Majnun
Kisah Aladdin dan Lampu Ajaib pernah menjadi cerita pilihan di bawah terbitan Walt Disney Pictures.


Kisah "1001 malam" bermula dengan kisah seorang raja di Arab bernama Shahriar yang terkejut melihat isterinya ternyata telah curang kepadanya. Kerana marah, ia pun memutuskan untuk menjatuhkan hukuman mati bagi keduanya. Ia lalu mulai berfikir bahawa semua wanita itu tidak setia. Maka, baginda telah mengalami trauma berat yang menyebabkan kesihatannya bertambah teruk.

Pada suatu hari, perdana menteri melihat keadaan rajanya yang semakin teruk, ia pun mencadangkan kepada sang raja untuk bernikah lagi. Baginda pun mengikuti nasihat perdana menterinya dengan syarat setelah baginda berkahwin dan setelah malam pertama, maka isterinya itu harus dibunuh saat menjelang fajar. Kemudian baginda memerintahkan perdana menterinya untuk membawakan seorang isteri baru setiap malam, dan menjelang fajar ia menyuruh para algojonya untuk membunuhnya. 

Sampai akhirnya sang perdana menteri pun bingung harus mencari perempuan yang mana lagi, kerana semua wanita di negeri itu hampir habis terbunuh. Kemudian salah seorang anaknya bernama Shahrazad  meminta agar dirinya saja agar dinikahkan dengan Sultan. Tentunya perdana menteri itu sangat tidak setuju, tapi sang anak tetap memujuknya dan berkata "Wahai ayah, lebih baik aku dinikahkan dengan baginda daripada orang di luar sana yang tak tau apa-apa dan tanpa bersalah akan dibunuh setelah malam pertama". Mendengar perkataan itu perdana menteri pun tak bisa menolak permintaan puterinya. Ia pun menikahkan puterinya dengan Sultan.

Pada malam pertama, setelah tengah malam, Shahrazad (Ratu baru) berkata pada sang raja "Wahai rajaku, aku tau besok menjelang fajar engkau akan membunuhku, tapi sebelum itu bolehkan aku membuat satu permintaan?", sang raja pun menjawb "hm.. baiklah akan ku kabulkan permintaanmu!!", "Aku menginginkan bertemu dengan adikku untuk yang terakhir" minta sang ratu, "Baiklah, kukabulkan permintaanmu!!" kata sang raja, kemudian ia menyuruh pengawalnya memanggil adik sang ratu tersebut.

Setelah beberapa saat adik sang ratu itu menemui kakaknya sambil menangis, karena dia tau akan nasib kakaknya itu, sebelum pulang, adik sang ratu itu pun mempunyai satu permintaan terakhir pada kakaknya (sang ratu) ia berkata "Kak, aku mempunyai satu permintaan, aku ingin mendengar ceritamu yang terakhir kali" sang ratu pun mengabulkan permintaan itu, kemudian ia pun mulai bercerita kisah dongeng, tapi belum selesai cerita itu fajar sudah datang.


Contoh Hikayat 1001 malam cetakan baru

Akhirnya sang raja pun tidak jadi membunuhnya kerana isterinya belum menyelesaikan permintaan adiknya, selain itu sang raja juga merasa tertarik untuk mendengarkan lagi kisah selanjutnya dari sang ratu, pada malam berikutnya sang ratu melanjutkan ceritanya, tapi cerita itu selalu berakhir dengan tergantung (bersambung) kerana pagi sudah tiba 


Oleh kerana sang raja masih tidak sabar untuk mendengar kisah selanjutnya, baginda pun tidak jadi membunuhnya, dan memilih untuk mendengarkan kisah-kisah selanjutnya, perkara itu pun berlaku selama 1001 malam. Dan akhirnya, isterinya terselamat kerana kepandaianya bercerita. Akhirnya, Sultan Shahriar dapat hidup bahagia bersama isterinya Shahrazad dan mereka dikurniakan tiga orang anak
.