Thursday, December 29, 2016

Imbasan Memori 2016

Sedar tak sedar, kite dah pon berada di penghujung tirai 2016. Alhamdulillah, rasanya terlalu banyak kenangan manis yang telah singgah dalam perjalanan hidup saya sepanjang tahun ini. Kalau boleh saya mahu ingat yang indah2 saja sepanjang tahun ini. Ya, saya juga manusia yang tak lepas dari kesilapan. Tapi buat apa nak dikesalkan jika kita boleh belajar perbaiki diri dari kesilapan tersebut. Seboleh mungkin, ingatan pahit saya nak buang jauh-jauh.

Setelah penat berhempas pulas sepanjang tahun ini, akhirnya tahun 2016 mula melabuhkan tirainya. Tak dapat saya nafikan tahun ini tahun yang paling banyak saya menghantar murid ke pertandingan peringkat kebangsaan bagi Sekolah-Sekolah Kluster. Ada yang kalah dan alhamdulillah banyak juga yang kami menang. Antara penyertaan kami yang tidak berjaya ialah Bicara Berirama. Sebelum ini saya pernah melatih muris saya untuk pertandingan Kalam Jamaie. Jadi tidak kekok untuk saya melatih Bicara Berirama. Tapi mungkin saya masih kurang berpengalaman dalam bidang ini. Kebanyakan penyertaan murid saya yang berjaya adalah dalam sajak dan pidato. Dalam hal ini saya banyak dibantu oleh Muallimah Zuraidah Bt  dan Puan Suzana Bt Hassan. Terima kasih saya ucapkan atas kerjasama dua wanita hebat ini.



Baiklah, untuk mengingat semula kejayaan ini, saya huraikan sekali imbas melalui  beberapa memori yang saya senaraikan ini :

1. Kemenangan di Program Perkampungan Bahasa Melayu SKK di USIM.
Tarikh ini berlaku pada bulan mac. Saya masih ingat saat itu kami menghantar seramai lapan peserta dan setiap kategori ada peserta lelaki dan perempuan. Siapa sangka kami menang besar pada hari itu. Antara kemenangan yang kami perolehi ialah Johan Sajak oleh Aisyah Shofwa, Johan Mengarang Tahap 1 oleh Mohd Faiz Bin Daud, Tempat Ketiga Pidato oleh Mohd Hadi Hakim dan Tempat Ketiga Bercerita Tahap 1 oleh Al-Baqiz Al-Piyan. Tidak dinafikan anak-anak yang dipilih ini antara murid yang cemerlang di sekolah. Maka tidak susah untuk melatih mereka. 




2. Kemenangan Sajak Prasekolah peringkat daerah Muar
Ini bukanlah kali pertama saya melatih murid prasekolah ke pertandingan sajak. Alhamdulillah, tahun ini membuahkan hasil apabila anak murid saya di kedua-dua kategori lelaki dan perempuan berjaya ke peringkat Daerah Muar. Apa yang uniknya, pada peringkat zon, Mohd Asyraf pada mulanya telah mendapat johan dalam kategori lelaki manakala Qurratul Batrisya telah mendapat tempat kedua dalam kategori perempuan. Apabila di peringkat daerah, Nur Qurratul Batrisya telah berjaya membawa gelaran Johan pula, manakala Mohd Asyraf mendapat tempat ketiga. Namun sayangnya, sedikit ralat bagi saya kerana Daerah Muar tidak menghantar murid Prasekolah yang menang ke Peringkat Negeri Johor. Maka sampai di situ sajalah kami mampu bawa bakat anak-anak ini. 



3. Kemenangan Story Telling dalam Pertandingan Hari Puteri Peringkat Negeri Johor.
Buat pertama kalinya saya mencipta teks dalam bahasa Inggeris untuk menghantar murid ini, cilik Aisyah Shofwa ke pertandingan Story Telling. Terima kasih juga atas bantuan Cikgu Teo Sian Cheh, Pn. Mazniha dan Pn. Hamizaton atas bantuan dalam mencipta teks berbahasa Inggeris ini.
Kami mengambil masa seminggu jntuk melatihnya dan menghafal tels dan gayanya. Sungguh anak Aisyah jni anak yang cerdik, dalam masa seminggu sahaja beliau dapat menghafal teks berbahasa Inggeris ini dengan begitu baik sekali dan berjya mendapat Johan dalam pertandingan Hari Puteri Peringkat Daerah, seterusnya mewakili Daerah Muar ke Hari Puteri Peringkat Negeri dalam kategori yang sama. Akhirnya beliau mendapat Naib Johan Story Telling di Peringkat Negeri.


4. Projek Bisnes 'Pinggan Siti'
Walaupun saya mempunyai kerjaya sebagai guru, namun saya tidak dapat meninggalkan minat saya dalam memasak. Lalu saya tekad untuk membuat brand sendiri sebagai memenuhi masa lapang saya juga sebagai kerjaya sampingan. Alhamdulillah setakat ini usaha saya mendapat sambutan yang baik daripada suami, keluarga dan rakan-rakan. Ada juga yang menempah melalui online. Pada awalnya saya hanya menjual Cheesekut dan Coklat kek  sahaja. Kemudian saya menambah menu bagi Cheesekut ini kepada perisa Tiramisu pula. Akan datang untuk tahun 2017 mungkin saya akan menambah menu dalam projek saya ini. Jadi, kita sama nantikan..hehe..


5. Kemenangan Pidato dalam Karnival Go Green SKK.
Saya meletakkan harapan yang tinggi pada dua peserta saya yang mewakili sekolah kami. Kedua-duanya merupakan murid tahun 6. Nur Najwa merupakan murid amatur dalam bidang sajak dan Siti azierah seorang murid yang berpengalaman dalam pertandingan bercerita sebelum ini.

Walaupun Najwa masih amatur namun saya nampak keunikan dalam penyampaian sajaknya. Terus terang saya menjangkakan najwa bakal menjuarai pertandingan sajak itu, termyata pandangan saya meleset. Kami tidak mendapat johan dalam pertandingan namun Najwa telah mendapat Anugerah Emas, iaitu beliau merupakan 5 peserta terbaik dalam pertandingan tersebut.
Siti Aziera pula mempunyai sejarah pengucapan awam yang tak kurang hebatnya. Beliau pernah memenangi pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Peringkat Daerah Muar seterusnya mewakili daerah Muar ke Peringkat Negeri. Tak susah melatihnya kerana beliau menunjukkan kesungguhan dan minat dalam bidang pidato. Tak hairanlah beliau boleh memenangi Naib Johan Pidato dan Tempat ketiga dalam kategori bual bicara terbaik.






Begitulah antara kemenangan yang kami perolehi, untuk mendapatkannya, saya dan guru-guru lain menghabiskan banyak masa  dan tenaga untuk melatih mereka. Mereka  juga telah memberikan kerjasama yang baik buat cikgu-cikgu mereka ni walaupun ada air mata telah banyak mengalir, ada hati-hati telah terguris, dan terpaksa mendengar jerit-pekik daripada cikgu-cikgu ini. Namun hasilnya...lihatlah sendiri.. 

Inilah antara kenangan-kenangan manis saya pada tahun 2016. Kemenangan dari anak-anak kecil ini. Doa dan Azam saya semoga saya dapat terus mengajar dan melatih lebih ramai bakat-bakat yang seperti mereka untuk ditonjolkan kepada masyarakat. Saya ingin memberi harapan buat para ibubapa yang tahu bahawa anak-anak mereka berbakat tetapi masih tidak yakin dengan kemampuan mereka. Mereka sebenarnya boleh berjaya jika dibantu oleh guru asalkan mereka sedia untuk belajar dan bersedia untuk dididik. Berhentilah mempersalahkan guru dalam segenap perkara, kerana sebaik sahaja guru melangkah ke sekolah, niatnya pasti ingin melihat anak muridnya berjaya. 

Selamat tinggal 2016 dan Selamat datang 2017.


Saat ini, saya teruja untuk menghadapi 2017 dengan kenangan-kenangan bermakna yang ingin saya cipta.

Tuesday, December 13, 2016

Selamat Hari Lahir Sayangku

Asalamualaikum dan salam sejahtera buat semua..

Baru-baru saya dan keluarga baru saja selesai menyambut ulang tahun kelahiran anak saya untuk kali yang kedua, Siti Nor Iftinan. Sekejapnye masa yang berlalu. Kini Iftinan dah pandai berjalan dan bercakap.

Jika tahun sebelumnya, saya masak sendiri kek hari lahir Iftinan, tapi kali ini disebabkan kesuntukan masa, saya sediakan saja kek dari kedai yang tak kurang hebatnya untuk anakanda kesayangan ini.





Kami sambut secara kecil-kecilan saja bersama keluarga dan kenalan terdekat. Yelah, seronok juga sekali-sekala memeriahkan rumah dengan aktiviti sebegini.

Ada peristiwa yang kelakar dan mengejutkan kami, iaitu saat-saat iftinan menghiburkan kami dengan 'persembahan' beliau.. tak tahu nak kata dia sedang menyanyi, tetapi bunyinya seperti membaca doa, tapi ada alunan lagu juga yang dimasukkan sekali. Lama juga Iftinan buat persembahan, saya risau dia keletihan, rupanya 'persembahan' itu tak berhenti sehinggalah  semua tetamu pulang. Seronok sangatlah agaknya.. hihihi..


Iftinan sedang buat persembahan.

Kepada Iftinan, ummi doakan semoga Iftinan membesar dengan baik dan sihat, menjadi anak yang solehah, diberi keluasan ilmu dan limpahan rezeki, dirahmati Allah s.w.t. serta menjadi manusia yang berguna dan mampu memberi sumbangan buat agama dan masyarakat. Aminn..







Monday, December 5, 2016

Mari Berpantun

Asalamualaikum..

Sekadar cerita mengenai pertandingan 'Mari Berpantun' anjuran Persatuan Ghazal Negeri Johor yang saya sertai baru-baru.

Beberapa orang guru di sekolah memaklumkan yang PPD Muar sedang mencari guru yang berminat untuk menyertai pertandingan pantun. Teringin juga nak masuk, tapi memikir tarikhnya yang semakin hampir dengan cuti sekolah, saya biarkan saja.

Beberapa hari kemudian saya mendapat mesej dari seorang guru ni yang offer pada saya untuk pertandingan tersebut. jika diikutkan saya masih tiada persediaan untuk terus bersetuju untuk menyertaonya 5 hari sebelum pertandingan, tapi saya rasa dengan pengalaman yang saya ada sebelum ini, insyaa Allah saya mampu nak menghadapinya.

3 hari sebelum pertandingan, kami merancang untuk berlatih di ppd muar, tapi apa boleh buat, saya dan anak saya demam pada hari tersebut. Perjumpaan terpaksa ditangguhkan. Pada keesokan harinya kami berkumpul dan berlatih bersama. Apabila berjumpa, saya dapati pasukan saya juga mempunyai bakat dalam dalam berpantun..maklumlah..orang lama..masuk bilik tersebut saja saya sudah mendengar suara mereka berpantun.. memang betul-betul orang seni..

Memandangkan masing-masing sibuk, kami dmtak dapat berlatih bersama sebelum pertandingan. Tapi mujur sempat juga kami berlatih dalam whatsapp sebelum hari pertandingan.


Pada hari pertandingan, kami berlawan secara liga. Alhamdulillah.. kami dapat masuk ke peringkat akhir.. namun disebabkan masa yang tidak mencukupi, kami tidak dapat berentap diperingkat akhir dan juri memutuskan untuk memberi mengadili melalui markah pasukan.. tiada peringkat final dibuat keeana kesuntukan masa.








Agak kecewa juga kami tidak dapat berentap di peringkat akhir. Namun tempat ketiga pun sudah memadai.. Akhrnya kami mendapat tempat ketiga mewakili PPD Muar dalam pertandingan Mari Berpantun anjuran Persatuan Ghazal Negeri Johor.

Terima kasih atas kerjasama semua atas kemenangan ini. Walaupun penyertaan last minit, tapi berlaloi..alhamdulillah..