Assalamualaikum semua..
Kini kita dah tiba di bulan November, bulan ini,murid-murid telah selesai peperiksaan akhir tahun dan merancang pelbagai aktiviti yang lebih santai di sekolah juga lawatan sambil belajar ke tempat-tempat yang menarik.
Jadi, hari ni saya akan buat sedikit review tentang lawatan saya bersama Prasekolah ke Hello Kitty di Johor Bahru. Lawatan dianjurkan En. Fahmi (Guru Prasekolah). Saya menjadi guru pengiring sahaja memandangkan saya juga ada mengajar mereka dalam Subjek Pendidikan Islam.
Kami bertolak pada jam 7.30 pagi. Sampai saja di sana kami disambut oleh staff mereka. selepas selesai sesi pendaftaran. kami mula beratur untuk masuk ke bahagian Class Decorate Cookies. Sementara menunggu Class tersebut, kami pun naik cawan gergasi.
Selepas itu, kami pun mengikuti Class Decorate Cookies. Cookies Hello Kitty yang diberi telah siap dibakar dan kami cuma perlu menghiasnya. Seronok kanak-kanak dapat deco cookie mereka sendiri.
Sesi yang kami ikuti seterusnya, sesi permainan. Tepat jam 12.30 tengahari, kami pun makan tengahari di tempat yang telah disediakan.
Kemudiannya, kami masuk ke bilik Magic Dr. Oz Hello Kitty. Setiap murid diberi patung Hello Kitty dan dikehendaki menyiapkan tugsan yang diberikn melalui game-game yang disediakan. Best juga taman yang dihias di situ, kami pon bergambar lah kerjanya.
Keluar sahaja dari bilik magik tersebut, Kami ikuti Persembahan Thomas and Fiends pada jam 2.00 petang. Kemudian, Barulah kami ikuti Class Decorate Badge, Setiap murid dan ibubapa diberi kertas kecil serta Pen Magic untuk mewarnakan kerta tersebut, setelah diwarnakan, kertas itu dijadikan Badge. Iftinan pun tidak ketinggalan mahu menghasilkan badgenye sendiri. Jadilah badge hasil tangannya.
Kami juga ada ikuti sedikit kuiz untuk murid-murid Prasekolah. Siapa yang dapat menjawab soalan-soalan fasilitator adalah diberi hadiah.
Kemudian, kami ikuti lagi Persembahan Hello Kitty di Tingkat 2. Selepas itu, ada sedikit Kuiz mengenai animasi 3D Bob The Builder. Kemudian kami naik ke Tingkat 3, tempat paling best skali iaitu lokasi permainan Thomas and Friends. Ada pelbagai permainan berkenderaan yang boleh dinaiki oleh knak-kanak dan ibubapa seperti keretapi, bas, helikopter, kereta go-kart dan macam-macam lagi.
Best kan aktiviti macam ni.. Murid pon seronok kerana mereka dapat berjumpa watak-watal yang selalunya mereka dapat lihat dalam tv sahaja. Cuma satu perkara yang agak mengecewakan bagi saya, harga barangan hello kitty di kedai cenderamata sangatlah mahal. Mungkin harga jualan di situ atas target untuk pelancong luar yang datang ke Malaysia. Tapi hakikatnya rasa nak menangis kerana kami tak mampu beli barangan cenderahati tersebut. Selesai saja sesi kami ditingkat 3, kami pon turun semula pada 4.30 petang untuk tunaikan solat dan bersiap untuk pulang.