Thursday, December 29, 2016

Imbasan Memori 2016

Sedar tak sedar, kite dah pon berada di penghujung tirai 2016. Alhamdulillah, rasanya terlalu banyak kenangan manis yang telah singgah dalam perjalanan hidup saya sepanjang tahun ini. Kalau boleh saya mahu ingat yang indah2 saja sepanjang tahun ini. Ya, saya juga manusia yang tak lepas dari kesilapan. Tapi buat apa nak dikesalkan jika kita boleh belajar perbaiki diri dari kesilapan tersebut. Seboleh mungkin, ingatan pahit saya nak buang jauh-jauh.

Setelah penat berhempas pulas sepanjang tahun ini, akhirnya tahun 2016 mula melabuhkan tirainya. Tak dapat saya nafikan tahun ini tahun yang paling banyak saya menghantar murid ke pertandingan peringkat kebangsaan bagi Sekolah-Sekolah Kluster. Ada yang kalah dan alhamdulillah banyak juga yang kami menang. Antara penyertaan kami yang tidak berjaya ialah Bicara Berirama. Sebelum ini saya pernah melatih muris saya untuk pertandingan Kalam Jamaie. Jadi tidak kekok untuk saya melatih Bicara Berirama. Tapi mungkin saya masih kurang berpengalaman dalam bidang ini. Kebanyakan penyertaan murid saya yang berjaya adalah dalam sajak dan pidato. Dalam hal ini saya banyak dibantu oleh Muallimah Zuraidah Bt  dan Puan Suzana Bt Hassan. Terima kasih saya ucapkan atas kerjasama dua wanita hebat ini.



Baiklah, untuk mengingat semula kejayaan ini, saya huraikan sekali imbas melalui  beberapa memori yang saya senaraikan ini :

1. Kemenangan di Program Perkampungan Bahasa Melayu SKK di USIM.
Tarikh ini berlaku pada bulan mac. Saya masih ingat saat itu kami menghantar seramai lapan peserta dan setiap kategori ada peserta lelaki dan perempuan. Siapa sangka kami menang besar pada hari itu. Antara kemenangan yang kami perolehi ialah Johan Sajak oleh Aisyah Shofwa, Johan Mengarang Tahap 1 oleh Mohd Faiz Bin Daud, Tempat Ketiga Pidato oleh Mohd Hadi Hakim dan Tempat Ketiga Bercerita Tahap 1 oleh Al-Baqiz Al-Piyan. Tidak dinafikan anak-anak yang dipilih ini antara murid yang cemerlang di sekolah. Maka tidak susah untuk melatih mereka. 




2. Kemenangan Sajak Prasekolah peringkat daerah Muar
Ini bukanlah kali pertama saya melatih murid prasekolah ke pertandingan sajak. Alhamdulillah, tahun ini membuahkan hasil apabila anak murid saya di kedua-dua kategori lelaki dan perempuan berjaya ke peringkat Daerah Muar. Apa yang uniknya, pada peringkat zon, Mohd Asyraf pada mulanya telah mendapat johan dalam kategori lelaki manakala Qurratul Batrisya telah mendapat tempat kedua dalam kategori perempuan. Apabila di peringkat daerah, Nur Qurratul Batrisya telah berjaya membawa gelaran Johan pula, manakala Mohd Asyraf mendapat tempat ketiga. Namun sayangnya, sedikit ralat bagi saya kerana Daerah Muar tidak menghantar murid Prasekolah yang menang ke Peringkat Negeri Johor. Maka sampai di situ sajalah kami mampu bawa bakat anak-anak ini. 



3. Kemenangan Story Telling dalam Pertandingan Hari Puteri Peringkat Negeri Johor.
Buat pertama kalinya saya mencipta teks dalam bahasa Inggeris untuk menghantar murid ini, cilik Aisyah Shofwa ke pertandingan Story Telling. Terima kasih juga atas bantuan Cikgu Teo Sian Cheh, Pn. Mazniha dan Pn. Hamizaton atas bantuan dalam mencipta teks berbahasa Inggeris ini.
Kami mengambil masa seminggu jntuk melatihnya dan menghafal tels dan gayanya. Sungguh anak Aisyah jni anak yang cerdik, dalam masa seminggu sahaja beliau dapat menghafal teks berbahasa Inggeris ini dengan begitu baik sekali dan berjya mendapat Johan dalam pertandingan Hari Puteri Peringkat Daerah, seterusnya mewakili Daerah Muar ke Hari Puteri Peringkat Negeri dalam kategori yang sama. Akhirnya beliau mendapat Naib Johan Story Telling di Peringkat Negeri.


4. Projek Bisnes 'Pinggan Siti'
Walaupun saya mempunyai kerjaya sebagai guru, namun saya tidak dapat meninggalkan minat saya dalam memasak. Lalu saya tekad untuk membuat brand sendiri sebagai memenuhi masa lapang saya juga sebagai kerjaya sampingan. Alhamdulillah setakat ini usaha saya mendapat sambutan yang baik daripada suami, keluarga dan rakan-rakan. Ada juga yang menempah melalui online. Pada awalnya saya hanya menjual Cheesekut dan Coklat kek  sahaja. Kemudian saya menambah menu bagi Cheesekut ini kepada perisa Tiramisu pula. Akan datang untuk tahun 2017 mungkin saya akan menambah menu dalam projek saya ini. Jadi, kita sama nantikan..hehe..


5. Kemenangan Pidato dalam Karnival Go Green SKK.
Saya meletakkan harapan yang tinggi pada dua peserta saya yang mewakili sekolah kami. Kedua-duanya merupakan murid tahun 6. Nur Najwa merupakan murid amatur dalam bidang sajak dan Siti azierah seorang murid yang berpengalaman dalam pertandingan bercerita sebelum ini.

Walaupun Najwa masih amatur namun saya nampak keunikan dalam penyampaian sajaknya. Terus terang saya menjangkakan najwa bakal menjuarai pertandingan sajak itu, termyata pandangan saya meleset. Kami tidak mendapat johan dalam pertandingan namun Najwa telah mendapat Anugerah Emas, iaitu beliau merupakan 5 peserta terbaik dalam pertandingan tersebut.
Siti Aziera pula mempunyai sejarah pengucapan awam yang tak kurang hebatnya. Beliau pernah memenangi pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Peringkat Daerah Muar seterusnya mewakili daerah Muar ke Peringkat Negeri. Tak susah melatihnya kerana beliau menunjukkan kesungguhan dan minat dalam bidang pidato. Tak hairanlah beliau boleh memenangi Naib Johan Pidato dan Tempat ketiga dalam kategori bual bicara terbaik.






Begitulah antara kemenangan yang kami perolehi, untuk mendapatkannya, saya dan guru-guru lain menghabiskan banyak masa  dan tenaga untuk melatih mereka. Mereka  juga telah memberikan kerjasama yang baik buat cikgu-cikgu mereka ni walaupun ada air mata telah banyak mengalir, ada hati-hati telah terguris, dan terpaksa mendengar jerit-pekik daripada cikgu-cikgu ini. Namun hasilnya...lihatlah sendiri.. 

Inilah antara kenangan-kenangan manis saya pada tahun 2016. Kemenangan dari anak-anak kecil ini. Doa dan Azam saya semoga saya dapat terus mengajar dan melatih lebih ramai bakat-bakat yang seperti mereka untuk ditonjolkan kepada masyarakat. Saya ingin memberi harapan buat para ibubapa yang tahu bahawa anak-anak mereka berbakat tetapi masih tidak yakin dengan kemampuan mereka. Mereka sebenarnya boleh berjaya jika dibantu oleh guru asalkan mereka sedia untuk belajar dan bersedia untuk dididik. Berhentilah mempersalahkan guru dalam segenap perkara, kerana sebaik sahaja guru melangkah ke sekolah, niatnya pasti ingin melihat anak muridnya berjaya. 

Selamat tinggal 2016 dan Selamat datang 2017.


Saat ini, saya teruja untuk menghadapi 2017 dengan kenangan-kenangan bermakna yang ingin saya cipta.

Tuesday, December 13, 2016

Selamat Hari Lahir Sayangku

Asalamualaikum dan salam sejahtera buat semua..

Baru-baru saya dan keluarga baru saja selesai menyambut ulang tahun kelahiran anak saya untuk kali yang kedua, Siti Nor Iftinan. Sekejapnye masa yang berlalu. Kini Iftinan dah pandai berjalan dan bercakap.

Jika tahun sebelumnya, saya masak sendiri kek hari lahir Iftinan, tapi kali ini disebabkan kesuntukan masa, saya sediakan saja kek dari kedai yang tak kurang hebatnya untuk anakanda kesayangan ini.





Kami sambut secara kecil-kecilan saja bersama keluarga dan kenalan terdekat. Yelah, seronok juga sekali-sekala memeriahkan rumah dengan aktiviti sebegini.

Ada peristiwa yang kelakar dan mengejutkan kami, iaitu saat-saat iftinan menghiburkan kami dengan 'persembahan' beliau.. tak tahu nak kata dia sedang menyanyi, tetapi bunyinya seperti membaca doa, tapi ada alunan lagu juga yang dimasukkan sekali. Lama juga Iftinan buat persembahan, saya risau dia keletihan, rupanya 'persembahan' itu tak berhenti sehinggalah  semua tetamu pulang. Seronok sangatlah agaknya.. hihihi..


Iftinan sedang buat persembahan.

Kepada Iftinan, ummi doakan semoga Iftinan membesar dengan baik dan sihat, menjadi anak yang solehah, diberi keluasan ilmu dan limpahan rezeki, dirahmati Allah s.w.t. serta menjadi manusia yang berguna dan mampu memberi sumbangan buat agama dan masyarakat. Aminn..







Monday, December 5, 2016

Mari Berpantun

Asalamualaikum..

Sekadar cerita mengenai pertandingan 'Mari Berpantun' anjuran Persatuan Ghazal Negeri Johor yang saya sertai baru-baru.

Beberapa orang guru di sekolah memaklumkan yang PPD Muar sedang mencari guru yang berminat untuk menyertai pertandingan pantun. Teringin juga nak masuk, tapi memikir tarikhnya yang semakin hampir dengan cuti sekolah, saya biarkan saja.

Beberapa hari kemudian saya mendapat mesej dari seorang guru ni yang offer pada saya untuk pertandingan tersebut. jika diikutkan saya masih tiada persediaan untuk terus bersetuju untuk menyertaonya 5 hari sebelum pertandingan, tapi saya rasa dengan pengalaman yang saya ada sebelum ini, insyaa Allah saya mampu nak menghadapinya.

3 hari sebelum pertandingan, kami merancang untuk berlatih di ppd muar, tapi apa boleh buat, saya dan anak saya demam pada hari tersebut. Perjumpaan terpaksa ditangguhkan. Pada keesokan harinya kami berkumpul dan berlatih bersama. Apabila berjumpa, saya dapati pasukan saya juga mempunyai bakat dalam dalam berpantun..maklumlah..orang lama..masuk bilik tersebut saja saya sudah mendengar suara mereka berpantun.. memang betul-betul orang seni..

Memandangkan masing-masing sibuk, kami dmtak dapat berlatih bersama sebelum pertandingan. Tapi mujur sempat juga kami berlatih dalam whatsapp sebelum hari pertandingan.


Pada hari pertandingan, kami berlawan secara liga. Alhamdulillah.. kami dapat masuk ke peringkat akhir.. namun disebabkan masa yang tidak mencukupi, kami tidak dapat berentap diperingkat akhir dan juri memutuskan untuk memberi mengadili melalui markah pasukan.. tiada peringkat final dibuat keeana kesuntukan masa.








Agak kecewa juga kami tidak dapat berentap di peringkat akhir. Namun tempat ketiga pun sudah memadai.. Akhrnya kami mendapat tempat ketiga mewakili PPD Muar dalam pertandingan Mari Berpantun anjuran Persatuan Ghazal Negeri Johor.

Terima kasih atas kerjasama semua atas kemenangan ini. Walaupun penyertaan last minit, tapi berlaloi..alhamdulillah..

Monday, November 28, 2016

PINGGAN SITI : INSPIRASI BARU

Asalamualaikum semua..

Rasanya bukan sesuatu yang asing lagi untuk saya menceritakan tentang masakan dalam blog ini. Jika anda pernah mengikuti entri saya sebelum ni, anda akan mengetahui yang saya ada menjual kek secara kecil-kecilan hasil daripada hobi saya yang suka membuat kek coklat.

Baru-baru ini saya telah mengeluarkan satu logo untuk jenama makanan saya iaitu Pinggan Siti.


Jenama ini sudah pon terdapat pada produk-produk makanan saya. Ini bertujuan supaya para pembeli lebih mudah mengenali jenama produk saya. Di bawah ini saya sertakan beberapa produk makanan hasil tangan saya





Ya, produk ini tidaklah sepopular jenama yang ada di luar sana. Walau bagaimanapun, saya mahu terus mengorak langkah untuk jenama saya yang pertama. Saya harus melakukan yang terbaik untuk produk pertama saya ini. Untuk pengetahuan pembaca, produk Pinggan Siti terdapat 3 jenis iaitu:

1. Chocolate Cake
2. Cheesekut
3. Cheesecake Tiramisu

Selain itu produk ini juga terdapat pelbagai saiz. Iaitu:

1. Size mini
2. Size medium
3. Size large

Untuk maklumat yang lebih lanjut, anda boleh like dan follow ig dan fb page berikut:
1. http://www.instagram.com/pinggansiti/
2. http://www.facebook.com/pinggansiti/


Monday, November 7, 2016

Jalan-jalan di Hello Kitty bersama Prasekolah

Assalamualaikum semua..

Kini kita dah tiba di bulan November, bulan ini,murid-murid telah selesai peperiksaan akhir tahun dan merancang pelbagai aktiviti yang lebih santai di sekolah juga lawatan sambil belajar ke tempat-tempat yang menarik.

Jadi, hari ni saya akan buat sedikit review tentang lawatan saya bersama Prasekolah ke Hello Kitty di Johor Bahru. Lawatan dianjurkan En. Fahmi (Guru Prasekolah). Saya menjadi guru pengiring sahaja memandangkan saya juga ada mengajar mereka dalam Subjek Pendidikan Islam.

Kami bertolak pada jam 7.30 pagi. Sampai saja di sana kami disambut oleh staff  mereka. selepas selesai sesi pendaftaran. kami mula beratur untuk masuk ke bahagian Class Decorate Cookies. Sementara menunggu Class tersebut, kami pun naik cawan gergasi.




Selepas itu, kami pun mengikuti Class Decorate Cookies. Cookies Hello Kitty yang diberi telah siap dibakar dan kami cuma perlu menghiasnya. Seronok kanak-kanak dapat deco cookie mereka sendiri.




Sesi yang kami ikuti seterusnya, sesi permainan. Tepat jam 12.30 tengahari, kami pun makan tengahari di tempat yang telah disediakan.

Kemudiannya, kami masuk ke bilik Magic  Dr. Oz Hello Kitty. Setiap murid diberi patung Hello Kitty dan dikehendaki menyiapkan tugsan yang diberikn melalui game-game yang disediakan. Best juga taman yang dihias di situ, kami pon bergambar lah kerjanya.

Keluar sahaja dari bilik magik tersebut, Kami ikuti Persembahan Thomas and Fiends pada jam 2.00 petang. Kemudian, Barulah kami ikuti Class Decorate Badge, Setiap murid dan ibubapa diberi kertas kecil serta Pen Magic untuk mewarnakan kerta tersebut, setelah diwarnakan, kertas itu dijadikan Badge. Iftinan pun tidak ketinggalan mahu menghasilkan badgenye sendiri. Jadilah badge hasil tangannya.



Kami juga ada ikuti sedikit kuiz untuk murid-murid Prasekolah. Siapa yang dapat menjawab soalan-soalan fasilitator adalah diberi hadiah.

Kemudian, kami ikuti lagi Persembahan Hello Kitty di Tingkat 2. Selepas itu, ada sedikit Kuiz mengenai animasi 3D Bob The Builder. Kemudian kami naik ke Tingkat 3, tempat paling best skali iaitu lokasi permainan Thomas and  Friends. Ada pelbagai permainan berkenderaan yang boleh dinaiki oleh knak-kanak dan ibubapa seperti keretapi, bas, helikopter, kereta go-kart dan macam-macam lagi.


Best kan aktiviti macam ni.. Murid pon seronok kerana mereka dapat berjumpa watak-watal yang selalunya mereka dapat lihat dalam tv sahaja. Cuma satu perkara yang agak mengecewakan bagi saya, harga barangan hello kitty di kedai cenderamata sangatlah mahal. Mungkin harga jualan di situ atas target untuk pelancong luar yang datang ke Malaysia. Tapi hakikatnya rasa nak menangis kerana kami tak mampu beli barangan cenderahati tersebut. Selesai saja sesi kami ditingkat 3, kami pon turun semula pada 4.30 petang untuk tunaikan solat dan bersiap untuk pulang.


Saturday, October 29, 2016

Jalan-jalan di Sabah

Asalamualaikum semua..

Saya nak berkongsi sedikit pengalaman saya bersama pembaca semua pengalaman saya bersama keluarga bercuti di Sabah, Maklumlah, pertama kali pergi ke negeri seberang, agak teruja. Baru-baru ni kami merancang ke Sabah dan suami berjaya dapatkan tiket flight ke Sabah dengan harga promosi. Seronoklah saya, tambah pula saya tak pernah menaiki kapal terbang. Keterujaan itu berlainan daripada yang sebelum ini.

Kami mulakan perjalanan dari TBS (Terminal Bersepadu Selatan) ke KLIA 2 menaiki KLIA transit, agak mahal menaiki tren n ini tetapi kami berpuas hati dengan keselesaan dan kepantasannya untuk sampai ke destinasi. Sebaik saja sampai ke KLIA 2, kami bergegas ke platform yang ditetapkan dan akhirnya....pada pukul 4.30 petang kami bertolak ke Sabah menaiki flight. huhu.. agak gayat juga kali pertama merasai gegaran ketika kapal tebang mula terbang dan selepas tu tiada masalah bagi saya lagi.



Kami sampai di Kota Kinabalu pada pukul 6.30 petang. Check in hotel dan menikmati makan malam di sekitar kawasan hotel.

Esoknya, kami bersarapan di Jesselton sebelum bertolak menaiki bot ke Pulau Sapi dan Pulau Manukan.







Geli hati melihat reaksi iftinan ketika menaiki bot

Pada malamnya, kami menikmati makan malam di pasar filipina bersama kenalan lama saya Kak Syahira Alia. Kerana sudah terlajak sampai di sini, saya bertanyakan pada kak Aliaa tempat manakah yg ada menjual barang2 perhiasan wanita.. biasalah, antara sebab utama pelancong datang ke sabah kerana ingin membeli gelang kristal dan gelang belian yg menarik dari mereka untuk dibawa pulang sebagai bahan bisnes atau cenderahati.


Kak aliaa dan suaminya membawa kami ke suatu tempat pasar lewat malam dan semua barang yang saya mahukan saya dapar membelinya di situ. Akhirnya dapat juga saya membeli barang yang diinginkan. Kak alia dan suami menawarkan diri mereka untuk menghantar kami pulang ke airport.


Esoknya kami pun bertolak pulang. Terima kasih pada kak alia..katanya datanglah lagi.. kita jalan-jalan pula di kundasang..Kami juga berharap ini bukan kali terakhir kami berjalan di Sabah..memang seronok!