Friday, May 15, 2015

ASAS DALAM MASAKAN

Sejak, akhir-akhir ini saya mula suka berkongsi sesuatu tips yang saya tahu. Ini kerana setelah mendirikan rumah tangga, saya mula mendapati banyak perkara yang saya tidak tahu mengenai alam rumahtangga. Mujur... segala-galanya dapat saya pelajari melalui tips dan panduan  yang diterangkan melalui blog-blog dan laman web. Jadi saya bercadang untuk berkongsi juga serba sedikit apa yang saya tahu untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan untuk mengatasi masalah hidup.

Sebagai wanita, saya sedar masalah yang sering dihadapi oleh rakan-rakan saya ialah tidak tahu memasak. Orang perempuan selalu rasa rendah diri bila didapati dirinya tidak pandai memasak. Terutama bila mereka sudah bergelar isteri. Tidak mengapa, perkara ini biasa di zaman moden bila wanita tidak pandai memasak, kerana wanita kini sibuk belajar dan bekerja sama seperti lelaki. Tetapi jika anda sudah berkeluarga, perkara ini akan menjadi antara masalah utama walaupun makanan di luar mudah didapati.

Tidak dapat tidak, kita perlukan juga tahu serba sedikit mengenai hal memasak ni. Sewaktu awal remaja, saya juga di dalam masalah yang sama. Bukan kerana tidak mahu memasak. Tetapi saya mempunyai seorang ibu yang pandai memasak. Saya sekadar membantunya sahaja. Maka kemahiran memasak saya kurang menonjol.

Setelah mula menyewa rumah dan mempunyai dapur sendiri, saya mula mempraktikkan apa yang pernah saya belajar daripada ibu. Syukur, pertolongan saya dahulu banyak membantu saya memahami kemahiran asas dalam memasak.

Di sini saya berikan sedikit petua buat mereka yang ingin belajar asas masakan melayu:
Bawang yang dipotong dan ditumis

Bawang yang di'blend' dan ditumis


 1. TUMIS dan REBUS
Dalam masakan melayu, tumis dan rebus adalah perkara asas kepada semua masakan. Untuk menumis, anda perlu tuang minyak masak dan masukkan bawang merah, bawang putih dan pati ikan bilis. Untuk merebus pula, anda meletakkan air dalam periuk, kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan pati ikan bilis juga. Kadangkala, tiga bahan ini di'blender' untuk memudahkan kerja dan menyedapkan masakan. Bagi pati ikan bilis, zaman kini, terdapat pelbagai bentuk pati ikan bilis di pasaran untuk memudahkan kerja kita seperti pati kiub ikan bilis, maggie cukup rasa dll.

sayur yang dimasak rebus

Sayur yang digoreng


2) Mengenali rempah dan bahan-bahan masakan lain. 




Sekiranya anda tidak mengenali jenis rempah-rempah yang rumit dalam masakan. kenalilah bahan-bahan masakan asas yang selalu digunakan dalam makanan seperti. Kenali fungsi-fungsi setiap rempah dan rempah mana yang sering digunakan dalam masakan. Tetapi, jika anda baru amatur, tiga bahan ini wajib ada dalam setiap rumah, supaya mudah untuk kita buat masakan yang ringkas. Antaranya: 

   a. kicap
   b. cili giling
   c. kari. 

Kenali juga perasa tambahan yang menyedapkan makanan seperti 

   a. asam jawa
   b. asam keping
   c. lada hitam
   d. lada sulah
   e. cuka

3) Ketahui cara mencuci makanan laut dan darat

Cara membersihkan sotong

Lemon juga boleh digunakan untuk mencuci makanan


Tidak kira sama ada makanan darat (ayam, daging ) atau laut (ikan, sotong dan udang), setelah membuang segala isi perutnya, anda perlu mencuci makanan tersebut supaya tidak berbau hanyir dan mengelakkan makanan tersebut dihurung lalat. Kadangkala, cucian yang tidak betul boleh mengundang alahan (allergic). Bahan-bahan yang boleh digunakan untuk mencuci makanan tersebut ialah:
   
   a. garam
   b. limau
   c. cuka
   d. asam jawa

4) Peka dengan keadaan makanan ketika memasak



Jika anda baru belajar memasak, jangan cuba tinggal masakan anda. Ini kerana anda masih tidak boleh menganggarkan masakan anda matang dengan cepat atau lambat. Setelah anda mengenali jumlah waktu matang sesuatu masakan anda, barulah anda boleh meluangkan masa menunggu dengan perkara lain. 

5) Rajin bertanya

Anda boleh bertanya kepada ibubapa, keluarga atau rakan-rakan tentang petua untuk menyedapkan masakan anda, kerana mungkin anda akan ketahui perkara baru dan bahan baru sepanjang pengalaman untuk menyedapkan masakan anda.