Dahulu, di Malaysia kita sering
dimomokkan dengan wawasan 2020. Pada masa itu, media dan kerajaan di seluruh dunia menggambarkan betapa hebatnya kemodenan tahun 2020. Sesuatu yang mengujakan kerana tiada siapa dari kita yang tahu apa yang berlaku di masa akan datang. Maka, membuat jangkaan adalah suatu perkara yang menarik.Antaranya suasana moden yang digambarkan ialah:
a) Kereta terbang yang
berselerakan di udara
b) Penggunaan hologram
dalam mesyuarat
c) Lif yang boleh
membawa penumpang ke mana-mana sahaja yang diingini.
d) Penggunaan tenaga
robot yang seakan-akan manusia. Boleh bekerja seperti manusia.
e) Teknologi komunikasi
yang canggih seperti jam handphone, jam hologram dan sebagainya.
Gambaran tahun 2020 di Indonesia. Sumber dari hopeforindonesia.blogspot.com
Kita rasa teruja dengan
kecanggihan ini sambil berharap agar masa cepat berjalan, supaya kita dapat
menyaksikan bagaimana kemodenan tahun 2020.
Akan tetapi, kini kita telah pun mencapai tahun 2015, hanya tinggal lagi 5 tahun untuk mencapai tahun 2020. Tiada tanda-tanda kecanggihan
yang mendadak seperti yang digambarkan. Tetapi apa yang dapat saya lihat di
sini, ada beberapa kemajuan yang dapat kita rasakan sekarang ini yang tidak
dijangka pada masa dahulu.
Namun, masih tidak menghampakan. Walau tidak semaju yang dibayangkan, beberapa kecanggihan dan perubahan kemajuan hidup tetap juga dapat dirasai oleh setiap dari kita. Antara kemajuan pada hari ini ialah:
a) Internet
Adanya jaringan internet yang kini semakin tersebar luas penggunaannya berbanding radio dan televisyen.
b) Penggunaan telefon pintar 'smartphone' yang berfungsi melalui sentuhan.
c) Kereta mewah yang menyerupai filem 'Transformers'
d) Dan beberapa barang canggih lagi yang tidak meluas penggunaannya seperti 'Helikopter Kamera' dan 'Google Glass'.
![]() |
Helikopter Kamera |
![]() |
Google Glass |
Jadi, apa pendapat anda? Akan tercapaikah wawasan 2020?