Saturday, March 30, 2013

KEINDAHAN TULISAN KHAT

Sudah lama saya menyimpan perasaan untuk belajar seni kaligrafi milik ummat Islam ini secara khusus. Keinginan ini terbantut kerana tidak memiliki peluang tersebut serta tidak mengenali guru yang benar-benar arif mengenai seni tulisan kaligrafi khat ini. Tetapi kali ini saya tidak akan melepaskn peluang ini untuk belajar dengan bersungguh bagaimana untuk menghasilkan tulisan yang cntik dan pelbagai jenis.

Seronok melihat sahabat saya Nurul Ain sedang tekun menulis.
Beliau juga memiliki bakat dalam seni tulisan khat ini.


Semasa di dalam Kursus Dalam Cuti ( KDC ) J-Qaf, saya berkesempatan mengikuti salah kelas yang wajib saya ikuti iaitu kelas Khat. sememangnya rasa teruja bermain di benak dan akal fikiran. sekian lama menanti, akhirnya peluang ini datang tanpa disangka-sangka.  maka dengan saya kongsikan sedikit ilmu yng telah saya pelajari untuk tatapan dan panduan anda semua juga sekiranya anda berminat untuk mempelajari tulisan yng sangat unik ini. 
Gambar ini diambil semasa mengunjungi Muzium Kesenian Islam.


Keindahan tulisan khat boleh didapati dalam pelbagai jenis. Antara yang utama ialah:
1. khat nasakh
2. khat ruqyah
3. khat khufi
4. khat tuluth
5. khat raihan
6. khat diwani
7. khat muhaqqaq
8. khat tawqi'
Pada zaman dahulu, pena yang digunakan untuk menulis tulisan khat ialah kayu khat, iaitu sejenis kayu daripada pohon paku pakis. dengan menggunakan pena dan dakwat, tulisan khat mula di ukir dengan penuh ketelitian dan kesabaran. Kini terdapat pelbagai jenis pen yang dijual bagi peminat kaligrafi ini meneruskan kelestarian tulisan berunsur islamik ini.

Kayu khat

Pen khat

Sewaktu kelas saya berjalan, pensyarah saya menerangkan cara menulis tulisan khat ini menggunakan 'khat board'. wah, saya bertambah kagum kerana kemudahan untuk pengajaran tulisan khat juga telah dicipta tanpa kita sedari. 'khat board' adalah white board yang bersaiz buku diletakkan di bawah kamera yang merakam pergerakan tangan guru yang menulis kemudian dipancarkan ke LCD untuk demonstrasi dan penerangan teknik pergerakan tangan semasa menulis.

Pensyarah sedang melakukan demonstrasi khat

Setelah mengikuti kelas ini, baru saya sedar banyak teknik penulisan khat yang salah telah saya lakukan dan telah terbiasa diamalkan. Saya sangkakan saya sudah tahu, rupanya masih banyak saya tidak tahu dalam penulisan ini. 
Di sini saya titipkan beberapa  gambar hasil tulisan khat saya yang tidak mahir ini untuk dikongsikan sepanjang mengikuti kelas ini.