CINTA... Sedar atau tidak sedar, perkataan inilah yang sering kita ungkapkan dalam kehidupan seharian. Tapi mungkin dalam perkataan yang berlainan seperti sayang, suka, minat, kasih, rindu, dan idam. Semua perkataan itu masih menggambarkan ada cinta dalam hati seseorang. Cinta boleh dikaitkan dengan sesiapa sahaja sama ada dalam bentuk fizikal atau meta-fizika. Ianya berkait rapat dengan perhubungan antara manusia dengan Tuhan, sesama manusia dan dengan alam ini. Cinta positif yang tulus ikhlas dari hati digelar dengan pelbagai nama seperti cinta suci, cinta sejati dan cinta abadi. Cinta sebegini bersifat tulen dan bukan palsu atau dibuat-buat, malah bersifat kekal dan sentiasa memberi.Cinta negatif pula terdapat gelarannya yang tersendiri seperti cinta buta, cinta palsu, cinta plastik dsb. Definisi ini saya bina sendiri ye..jangan kata saya copy paste tau..
Cinta dari persepsi saya adalah suatu perasaan yang sangat indah... Rasa yang membahagiakan dan membuat kita rasa selamat serta dilindungi. Kerana sifat cinta itu melindungi, menghidupkan dan membahagiakan. Sifat cinta juga sentiasa memberi dan teramat indah apabila menerima. Cinta mampu memotivasikan saya dan kehilangannya amat memeritkan. Cinta saya tidak memaksa saya untuk berkorban, malah cinta menjadikan saya seorang yang setia. Setia kerana saya tahu nilai sebenar cinta itu dan rasa syukur kerana sentiasa diberi peluang merasai salah satu daripada nikmat kurniaan Allah s.w.t. Itulah anugerah rasa cinta yang Allah berikan kepada saya. Kadang-kala saya juga sedih dan kecewa setiap kali hubungan itu terputus, di hati terasa perit sekali kerana cinta saya tulus dan hubungan itu ada komitmen yang serius dan mendalam. Jika cinta saya plastik, saya sudah bergembira dengan perpisahan itu.
Tetapi fokus cinta yang ingin saya bawakan dalam entry kali ini ialah cinta antara manusia sesama manusia. Cinta kepada Tuhan sudah tentu saya utamakan dan saya letakkan di tempat yang tertinggi. Cinta teragung! Tetapi cinta terhadap manusia inilah yang ingin saya dasari bersama para pembaca semua. Itupun ianya masih mempunyai pelbagai kategori. Cinta pada ibubapa dan keluarga adalah cinta kedua yang kita utamakan selepas Tuhan. Menghargai jasa mereka yang melahirkan, membesarkan, dan berkorban dengan segala bentuk sama ada material mahupun spiritual. Itu juga adalah sifat cinta. Cinta kepada sahabat juga adalah cinta murni di mana, dengan ukhwah dan persahabatan, maka terbinalah kehidupan yang harmoni dan aman damai atas persahabatn sesama manusia di muka bumi.
Berlainan pula keadaannya dengan cinta kepada kekasih, inilah sebenarnya subtopik yang ingin saya bawakan. Cinta ini melibatkan perhubungan antara dua manusia yang berlainan jantina iaitu lelaki dan wanita yang cukup matang dan sesuai pada usianya. Cinta ini tidak lain dan tidak bukan adalah bertujuan untuk membina sebuah ikatan yang lebih bersifat kekal dan membiak serta direstui oleh semua pihak melalui ikatan yang sah iaitu perkahwinan. Perkahwinan itu penting bagi semua manusia bagi menjamin kesucian zuriat dan keturunan kita di masa akan datang. Sebab itulah adat perkahwinan telah lama wujud dalam semua agama dan semua bangsa. Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Hujurat ayat 13:
"Wahai umat manusia!
Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami
telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu
berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain)."
Ada juga cinta kepada kaum sejenis atau cinta kepada mahramnya sendiri dan saya kira cinta sebegini adalah haram dan jelas ianya songsang. Hidup dalam masyarakat yang pelbagai ragam ini pasti ada berlakunya cinta yang tidak diluar jangkaan dan kebiasaan (tabi'i) seorang manusia. Cinta sebegini tidak diterima oleh mana-mana agama. Kita mohon perlindungan Allah agar dijauhkan dari perkara-perkara yang sebegini. Jika anda tergolong dalam kumpulan ini, sedarlah anda perlu kembali kepada norma kehidupan yang asal dan bercintalah pada jalan yang betul.
 |
Gambar dari Filem 'Ayat-ayat Cinta' |
Persoalannya di sini ialah KESETIAAN. Adakah kesetiaan itu asas dalam percintaan? Atau KEJUJURAN yang lebih penting? KESETIAAN atau KEJUJURAN?? hmmmm.....jika kesetiaan itu adalah lambang atau nadi yang menghidupkan cinta, tidaklah Allah membenarkan Nabi Muhammad s.a.w. itu berkahwin ramai..tidaklah poligami itu dibenarkan di dalam Islam. Tidaklah ada budaya polyandri itu ada dalam budaya sesetengah masyarakat. Sudah tentulah kejujuran itu lebih penting kerana kejujuran itu membina kepercayaan. Kepercayaan itu pula adalah asas kepada sesuatu perhubungan. Dan apabila hubungan itu terbina dengan baik berlandaskan kejujuran, maka soal kesetiaan atau kecurangn tidak lagi timbul kerana hubungan yang dibentuk dengan baik tidak akan membiarkan sesuatu yang tidak baik mengganggu kekukuhan perhubungan itu. Malah ianya tidak akan goyah. Poligami bukanlah perkara yang tidak baik. Tetapi masyarakat kita yang beragama Islam ini selalu mempergunakannya dengan cara yang tidak baik sehingga mentaliti wanita muslim pada hari ini membayangkan poligami ialah suatu perkara yang tidak baik.
Berdepan dengan dunia akhir zaman ini, kecurangan dalam perhubungan antara pasangan adalah perkara biasa. Ini kerana struktur sosial yang tidak baik sering berlaku yang akhirnya melahirkan pelbagai gejala sosial. Saya masih ingat kata-kata Dr. Mohd Kamil iaitu Ketua Pensyarah APIUM yang menceritakan keadaan dirinya yang menjadi rujukan masyarakat yang bertanyakan pelbagai masalah kehidupan mereka. Beliau menyimpulkan semua masalah itu dengan mengatakan keadaan masyarakat kita pada hari ini nampak baik dari segi luaran, namun dalaman terdapat pelbagai masalah sosial yang sukar dirungkaikan ibarat sebuah tasik yang tenang, tetapi di dalamnya terdapat pelbagai haiwan yang berbahaya. Jika kita lihat kembali pengalaman Rasulullah s.a.w sewaktu israk mikraj, beliau melihat sekumpulan lelaki dan wanita memakan daging mentah yang busuk, sedangkan daging yang masak dan baik ada di sisi mereka. Jibril berkata" Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina, sedangkan mereka mempunyai suami dan isteri".
Mengapa kita perlu memilih cinta yang tidak tulus?Mengapa zaman ini bila diberi pilihan yang baik, kita memilih pilihan yang tidak baik?sedangkan pilihan yang baik itu menguntungkan kita.Tetapi kita menempah cinta yang akan yang tidak telus dengan berkorban segala jiwa raga sedangkan cinta yang baik dan suci itu sedang menunggu kita. Kita sering bertanya 'Siapakah jodoh kita yang telah Allah tetapkan di laghmahfuz?'. Siapa Mrs. atau Mr. Right itu?? Hakikatnya kita tidak layak untuk mengetahui siapa dia kerana hakikatnya jodoh itu rahsia Allah..kita tidak layak mengetahui pemilik hati kita sekiranya cinta yang kita niatkan untuknya adalah cinta palsu dan penuh dengan berkepentingan..sama-samalah kita jernihkan kembali hati-hati kita..letakkan Allah sebagai sumber segala rujukan dan bersifat teluslah..insyaAllah hijab dari laghmahfuz itu akan terbuka..