Tuesday, December 27, 2011

apa itu keadilan??

Assalamualaikum semua..

Lama rasanya saya tidak menulis dalam ruangan blog dan mengeluarkan apa yang terpalit dalam benak fikiran saya untuk sama-sama kita kongsikan dan fikirkan..baiklah, hari ini saya berminat untuk ingin menyentuh persoalan keadilan dan kebenaran dalam kehidupan.

Tidak dinafikan, setiap daripada manusia atau setiap daripada diri kita mempunyai hak masing-masing..hak untuk   diperlakukan dengan baik, hak untuk berjaya, hak untuk disayangi dan hak untuk hidup secara aman dan tenteram. Di dalam hukum syariah, terdapat lima hak asas yang ada bagi setiap muslim yang wajib bagi sebuah negara Islam mempertahankannya mengikut undang-undang islam, iaitu AGAMA, MARUAH,  NYAWA, HARTA, dan AKAL. hak-hak ini perlu dijaga ke atas setiap muslim bagi memastikan keadilan terus berjalan, keadilan dipertahankan bagi mereka yang ditindas serta hak-hak yang dirampas dan maka negara juga hidup secara aman.

Dari aspek yang lebih personal, setiap daripada diri kita mempunyai tanggungjawab masing-masing, ini kerana kita bukan sahaja mempunyai hak ke atas diri kita, kita juga perlu menunaikan hak ke atas orang lain, ke atas alam ini, juga hak kepada Tuhan yang mengciptakan kita. Jadi janganlah kita marah kepada orang yang seharusnya memberikan hak kepada kita sekiranya kita sendiri tidak menjalankan hak kita ke atas mereka.Sebagai contoh, anda marah kepada rakan anda yang tidak membantu anda ketika anda dalam kesusahan. mungkin anda terlupa yang anda juga pernah tidak menghiraukan rakan anda di saat dia memerlukan bantuan. mudah kan sifir ini?

Bohonglah sekiranya kita tidak mahukan keadilan sentiasa berjalan dalam kehidupan kita. tetapi pernahkah kita fikir, kita selalu menuntut keadilan berlaku ke atas kita, tetapi kita tidak menjalankan keadilan ke atas orang lain, adakah kita ini dikira seorang yang adil??anda mahukan keadilan ke atas anda, tetapi anda tidak mahu keadilan ke atas orang lain..adilkah itu??itu bukan adil, itu dengki..

Mari kita berfikir semula. adakah kita ini sebenarnya di kalangan orang-orang yang menegakkan keadilan??jernihkan kembali fikiran anda, jika anda benar-benar cintakan keadilan, adakah orang-orang di sekeliling anda mendapatkan keadilan yang saksama dari anda??jika tidak, lebih baik anda berhati-hati dengan diri anda, kerana takut ada orang di sekeliling anda yang sebenarnya terasa dikhianati oleh anda tanpa anda sedari..takut anda sebenarnya telah menanggung dosa besar dari mereka sedangkan di atas khalayak umum suara anda berdegar-degar menjelaskan tentang keadilan..

Pernahkah anda mengalami suatu keadaan didalam hidup anda di mana anda telah sedaya-upaya menjalankan keadilan ke atas diri anda dan orang di sekeliling anda, tetapi orang-orang di sekeliling anda berlaku tidak adil terhadap anda??saya cuma ingin mengingatkan diri saya sendiri dan kita semua kerana takut-takut kita tidak berlaku adil terhadap perkara yang kecil-kecil, lama-lama kita terbiasa dan akhirnya kita menjadi masyarakat yang zalim kerana tidak melektakkan keadilan itu pada tempatnya..