Assalamualaikum semua...apa kabar anda?? maaf sudah lama tidak meng'update' blog ini.. buat masa ini diri ini terlalu sibuk mengejar dan memikul tugas sebagai pelajar dan pengajar.. tapi sungguh, saya memperoleh pengalaman yang sangat banyak, baru, dan amat menyeronokkan.. malangnya saya tidak mempunyai peluang untuk berkongsi cerita dengan anda tentang apa yang saya lalui buat masa ini..saya juga kerap tidak sihat sejak kebelakangan ini mungkin kerana kali pertama melalui pengalaman bekerja..apapun, saya gembira dengan apa yang saya lalui sekarang..
kawan2 semua,
hari ini adalah hari ulang tahun ke-24 saya dilahirkan ke dunia ini..Syukur ke hadrat Allah s.w.t keranaNya saya masih bernafas lagi selama 24 tahun tanpa sebarang cacat-cela..malah semakin gembira dan mencapai puncak cita2 saya..saya sambut hari lahir saya ini di rumah sahaja kerana saya merasakan tiada siapa yang lebih mengambil berat tentang saya melainkan keluarga saya sendiri..tiada siapa yang lebih membuatkan saya rasa selesa dan selamat selain mereka..rasa gembira tak terkata bila nyanyian ucap selamat didendangkan oleh ibubapa saya sendiri biarpun tiada sambutan besar-besaran, sebijik kek beserta lilin, atau hadiah untuk saya..cukup sekadar mereka mendoakan saya selamat dan bahagia, saya sudah cukup gembira...barulah saya faham inilah erti kehidupan yang sebenarnya....doa dan restu dari mereka iaitu keluarga kita....