Saat ini, aku sedang menjaga anakku yang sedang demam panas...
Tidak dapat aku meraikannya bersama suami tercinta yang jauh di sana. Namun alhamdulillah..Tak terasa detik waktu yang berlalu..skali lagi kita berada di hari ulang tahun kita yang ketiga. Syukur yang tertinggi daku panjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan Rahmat dan Izin-Nya, kita masih lagi bersama melayari bahtera kita..
Buatmu kanda Zulkifli, terima kasih atas pengorbanan, kasih sayang dan kesabaran yang tidak berbelah bagi..keteguhan dan ketegasanmu adalah demi menjaga kerukunan rumah tangga agar kekal abadi..
Di hari yang berbahagia ini, ingin ku titipkan semula kenangan indah si hari bahagia kita.. semoga kenangan ini menjadi ikatan cinta kita atas Redha-Nya..
Pernah dengar kisah 'Laila dan Majnun'? Macam mana pula dengan kisah 'Ali Baba dan 40 Perompak' yang pernah dilakonkan oleh P. Ramlee dalam filemnya? Tahukah anda kedua-dua kisah ini berasal daripada himpunan 'kisah 1001 malam', Mesti ramai yang pernah mendengar mengenai kisah 1001 malam ni. Dalam kita dipenuhi pelbagai filem dan drama terbaru yang keluar dari dalam dan luar negara, ditambah pula pelbagai novel popular diadaptasikan di layar perak, saya percaya pasti ramai yang yang tidak tahu apakah kisah 1001 malam itu.
Hari ini saya akan menceritakan sedikit satu kisah disebalik 1001 kisah yang terdapat dalam 'Hikayat 1001 malam' itu. Kisah ini merupakan sastera epik yang berasal dari tiga rumpun kebudayaan iaitu India, Parsi dan Arab. Menurut NJ Dawood dan William Harvey yang menulis 'Tales from The Thousand and One Night' , hikayat tersebut berasal daripada Parsi dan diterjemahkan kepada Bahasa Arab pada tahun 850M. Terdapat juga pendapat yang mengatakan hikayat ini berasalh dari Arab dan India. Kitab Alf Layla WA Layla yang ditulis oleh Abdullah Bin Abdul Jasyayari dikatakan berasal daripada Hazar Afsanah yang diterjemahkan kepada Bahasa Arab.
Antaranya cerita popular yang terdapat dalam hikayat 1001 malam ini ialah:
1. Aladin dan lampu ajaib
2. Sinbad Si Pelaut
3. Ali Baba dan 40 orang penyamun
4. Laila dan Majnun
Kisah Aladdin dan Lampu Ajaib pernah menjadi cerita pilihan di bawah terbitan Walt Disney Pictures.
Kisah"1001 malam" bermula dengan kisah seorang raja di Arab bernama Shahriar yang terkejut melihat isterinya ternyata telah curang kepadanya. Kerana marah, ia pun memutuskan untuk menjatuhkan hukuman mati bagi keduanya. Ia lalu mulai berfikir bahawa semua wanita itu tidak setia. Maka, baginda telah mengalami trauma berat yang menyebabkan kesihatannya bertambah teruk.
Pada suatu hari, perdana menteri melihat keadaan rajanya yang semakin teruk, ia pun mencadangkan kepada sang raja untuk bernikah lagi. Baginda pun mengikuti nasihat perdana menterinya dengan syarat setelah baginda berkahwin dan setelah malam pertama, maka isterinya itu harus dibunuh saat menjelang fajar. Kemudian baginda memerintahkan perdana menterinya untuk membawakan seorang isteri baru setiap malam, dan menjelang fajar ia menyuruh para algojonya untuk membunuhnya. Sampai akhirnya sang perdana menteri pun bingung harus mencari perempuan yang mana lagi, kerana semua wanita di negeri itu hampir habis terbunuh. Kemudian salah seorang anaknya bernama Shahrazad meminta agar dirinya saja agar dinikahkan dengan Sultan. Tentunya perdana menteri itu sangat tidak setuju, tapi sang anak tetap memujuknya dan berkata "Wahai ayah, lebih baik aku dinikahkan dengan baginda daripada orang di luar sana yang tak tau apa-apa dan tanpa bersalah akan dibunuh setelah malam pertama". Mendengar perkataan itu perdana menteri pun tak bisa menolak permintaan puterinya. Ia pun menikahkan puterinya dengan Sultan.
Pada malam pertama, setelah tengah malam, Shahrazad (Ratu baru) berkata pada sang raja "Wahai rajaku, aku tau besok menjelang fajar engkau akan membunuhku, tapi sebelum itu bolehkan aku membuat satu permintaan?", sang raja pun menjawb "hm.. baiklah akan ku kabulkan permintaanmu!!", "Aku menginginkan bertemu dengan adikku untuk yang terakhir" minta sang ratu, "Baiklah, kukabulkan permintaanmu!!" kata sang raja, kemudian ia menyuruh pengawalnya memanggil adik sang ratu tersebut.
Setelah beberapa saat adik sang ratu itu menemui kakaknya sambil menangis, karena dia tau akan nasib kakaknya itu, sebelum pulang, adik sang ratu itu pun mempunyai satu permintaan terakhir pada kakaknya (sang ratu) ia berkata "Kak, aku mempunyai satu permintaan, aku ingin mendengar ceritamu yang terakhir kali" sang ratu pun mengabulkan permintaan itu, kemudian ia pun mulai bercerita kisah dongeng, tapi belum selesai cerita itu fajar sudah datang.
Contoh Hikayat 1001 malam cetakan baru
Akhirnya sang raja pun tidak jadi membunuhnya kerana isterinya belum menyelesaikan permintaan adiknya, selain itu sang raja juga merasa tertarik untuk mendengarkan lagi kisah selanjutnya dari sang ratu, pada malam berikutnya sang ratu melanjutkan ceritanya, tapi cerita itu selalu berakhir dengan tergantung (bersambung) kerana pagi sudah tiba Oleh kerana sang raja masih tidak sabar untuk mendengar kisah selanjutnya, baginda pun tidak jadi membunuhnya, dan memilih untuk mendengarkan kisah-kisah selanjutnya, perkara itu pun berlaku selama 1001 malam. Dan akhirnya, isterinya terselamat kerana kepandaianya bercerita. Akhirnya, Sultan Shahriar dapat hidup bahagia bersama isterinya Shahrazad dan mereka dikurniakan tiga orang anak.
Sedar tak sedar, kite dah pon berada di penghujung tirai 2016. Alhamdulillah, rasanya terlalu banyak kenangan manis yang telah singgah dalam perjalanan hidup saya sepanjang tahun ini. Kalau boleh saya mahu ingat yang indah2 saja sepanjang tahun ini. Ya, saya juga manusia yang tak lepas dari kesilapan. Tapi buat apa nak dikesalkan jika kita boleh belajar perbaiki diri dari kesilapan tersebut. Seboleh mungkin, ingatan pahit saya nak buang jauh-jauh.
Setelah penat berhempas pulas sepanjang tahun ini, akhirnya tahun 2016 mula melabuhkan tirainya. Tak dapat saya nafikan tahun ini tahun yang paling banyak saya menghantar murid ke pertandingan peringkat kebangsaan bagi Sekolah-Sekolah Kluster. Ada yang kalah dan alhamdulillah banyak juga yang kami menang. Antara penyertaan kami yang tidak berjaya ialah Bicara Berirama. Sebelum ini saya pernah melatih muris saya untuk pertandingan Kalam Jamaie. Jadi tidak kekok untuk saya melatih Bicara Berirama. Tapi mungkin saya masih kurang berpengalaman dalam bidang ini. Kebanyakan penyertaan murid saya yang berjaya adalah dalam sajak dan pidato. Dalam hal ini saya banyak dibantu oleh Muallimah Zuraidah Bt dan Puan Suzana Bt Hassan. Terima kasih saya ucapkan atas kerjasama dua wanita hebat ini.
Baiklah, untuk mengingat semula kejayaan ini, saya huraikan sekali imbas melalui beberapa memori yang saya senaraikan ini :
1. Kemenangan di Program Perkampungan Bahasa Melayu SKK di USIM.
Tarikh ini berlaku pada bulan mac. Saya masih ingat saat itu kami menghantar seramai lapan peserta dan setiap kategori ada peserta lelaki dan perempuan. Siapa sangka kami menang besar pada hari itu. Antara kemenangan yang kami perolehi ialah Johan Sajak oleh Aisyah Shofwa, Johan Mengarang Tahap 1 oleh Mohd Faiz Bin Daud, Tempat Ketiga Pidato oleh Mohd Hadi Hakim dan Tempat Ketiga Bercerita Tahap 1 oleh Al-Baqiz Al-Piyan. Tidak dinafikan anak-anak yang dipilih ini antara murid yang cemerlang di sekolah. Maka tidak susah untuk melatih mereka.
2. Kemenangan Sajak Prasekolah peringkat daerah Muar
Ini bukanlah kali pertama saya melatih murid prasekolah ke pertandingan sajak. Alhamdulillah, tahun ini membuahkan hasil apabila anak murid saya di kedua-dua kategori lelaki dan perempuan berjaya ke peringkat Daerah Muar. Apa yang uniknya, pada peringkat zon, Mohd Asyraf pada mulanya telah mendapat johan dalam kategori lelaki manakala Qurratul Batrisya telah mendapat tempat kedua dalam kategori perempuan. Apabila di peringkat daerah, Nur Qurratul Batrisya telah berjaya membawa gelaran Johan pula, manakala Mohd Asyraf mendapat tempat ketiga. Namun sayangnya, sedikit ralat bagi saya kerana Daerah Muar tidak menghantar murid Prasekolah yang menang ke Peringkat Negeri Johor. Maka sampai di situ sajalah kami mampu bawa bakat anak-anak ini.
3. Kemenangan Story Telling dalam Pertandingan Hari Puteri Peringkat Negeri Johor.
Buat pertama kalinya saya mencipta teks dalam bahasa Inggeris untuk menghantar murid ini, cilik Aisyah Shofwa ke pertandingan Story Telling. Terima kasih juga atas bantuan Cikgu Teo Sian Cheh, Pn. Mazniha dan Pn. Hamizaton atas bantuan dalam mencipta teks berbahasa Inggeris ini.
Kami mengambil masa seminggu jntuk melatihnya dan menghafal tels dan gayanya. Sungguh anak Aisyah jni anak yang cerdik, dalam masa seminggu sahaja beliau dapat menghafal teks berbahasa Inggeris ini dengan begitu baik sekali dan berjya mendapat Johan dalam pertandingan Hari Puteri Peringkat Daerah, seterusnya mewakili Daerah Muar ke Hari Puteri Peringkat Negeri dalam kategori yang sama. Akhirnya beliau mendapat Naib Johan Story Telling di Peringkat Negeri.
Walaupun saya mempunyai kerjaya sebagai guru, namun saya tidak dapat meninggalkan minat saya dalam memasak. Lalu saya tekad untuk membuat brand sendiri sebagai memenuhi masa lapang saya juga sebagai kerjaya sampingan. Alhamdulillah setakat ini usaha saya mendapat sambutan yang baik daripada suami, keluarga dan rakan-rakan. Ada juga yang menempah melalui online. Pada awalnya saya hanya menjual Cheesekut dan Coklat kek sahaja. Kemudian saya menambah menu bagi Cheesekut ini kepada perisa Tiramisu pula. Akan datang untuk tahun 2017 mungkin saya akan menambah menu dalam projek saya ini. Jadi, kita sama nantikan..hehe..
5. Kemenangan Pidato dalam Karnival Go Green SKK.
Saya meletakkan harapan yang tinggi pada dua peserta saya yang mewakili sekolah kami. Kedua-duanya merupakan murid tahun 6. Nur Najwa merupakan murid amatur dalam bidang sajak dan Siti azierah seorang murid yang berpengalaman dalam pertandingan bercerita sebelum ini.
Walaupun Najwa masih amatur namun saya nampak keunikan dalam penyampaian sajaknya. Terus terang saya menjangkakan najwa bakal menjuarai pertandingan sajak itu, termyata pandangan saya meleset. Kami tidak mendapat johan dalam pertandingan namun Najwa telah mendapat Anugerah Emas, iaitu beliau merupakan 5 peserta terbaik dalam pertandingan tersebut.
Siti Aziera pula mempunyai sejarah pengucapan awam yang tak kurang hebatnya. Beliau pernah memenangi pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Peringkat Daerah Muar seterusnya mewakili daerah Muar ke Peringkat Negeri. Tak susah melatihnya kerana beliau menunjukkan kesungguhan dan minat dalam bidang pidato. Tak hairanlah beliau boleh memenangi Naib Johan Pidato dan Tempat ketiga dalam kategori bual bicara terbaik.
Begitulah antara kemenangan yang kami perolehi, untuk mendapatkannya, saya dan guru-guru lain menghabiskan banyak masa dan tenaga untuk melatih mereka. Mereka juga telah memberikan kerjasama yang baik buat cikgu-cikgu mereka ni walaupun ada air mata telah banyak mengalir, ada hati-hati telah terguris, dan terpaksa mendengar jerit-pekik daripada cikgu-cikgu ini. Namun hasilnya...lihatlah sendiri..
Inilah antara kenangan-kenangan manis saya pada tahun 2016. Kemenangan dari anak-anak kecil ini. Doa dan Azam saya semoga saya dapat terus mengajar dan melatih lebih ramai bakat-bakat yang seperti mereka untuk ditonjolkan kepada masyarakat. Saya ingin memberi harapan buat para ibubapa yang tahu bahawa anak-anak mereka berbakat tetapi masih tidak yakin dengan kemampuan mereka. Mereka sebenarnya boleh berjaya jika dibantu oleh guru asalkan mereka sedia untuk belajar dan bersedia untuk dididik. Berhentilah mempersalahkan guru dalam segenap perkara, kerana sebaik sahaja guru melangkah ke sekolah, niatnya pasti ingin melihat anak muridnya berjaya.
Selamat tinggal 2016 dan Selamat datang 2017.
Saat ini, saya teruja untuk menghadapi 2017 dengan kenangan-kenangan bermakna yang ingin saya cipta.
Baru-baru saya dan keluarga baru saja selesai menyambut ulang tahun kelahiran anak saya untuk kali yang kedua, Siti Nor Iftinan. Sekejapnye masa yang berlalu. Kini Iftinan dah pandai berjalan dan bercakap.
Jika tahun sebelumnya, saya masak sendiri kek hari lahir Iftinan, tapi kali ini disebabkan kesuntukan masa, saya sediakan saja kek dari kedai yang tak kurang hebatnya untuk anakanda kesayangan ini.
Kami sambut secara kecil-kecilan saja bersama keluarga dan kenalan terdekat. Yelah, seronok juga sekali-sekala memeriahkan rumah dengan aktiviti sebegini.
Ada peristiwa yang kelakar dan mengejutkan kami, iaitu saat-saat iftinan menghiburkan kami dengan 'persembahan' beliau.. tak tahu nak kata dia sedang menyanyi, tetapi bunyinya seperti membaca doa, tapi ada alunan lagu juga yang dimasukkan sekali. Lama juga Iftinan buat persembahan, saya risau dia keletihan, rupanya 'persembahan' itu tak berhenti sehinggalah semua tetamu pulang. Seronok sangatlah agaknya.. hihihi..
Iftinan sedang buat persembahan.
Kepada Iftinan, ummi doakan semoga Iftinan membesar dengan baik dan sihat, menjadi anak yang solehah, diberi keluasan ilmu dan limpahan rezeki, dirahmati Allah s.w.t. serta menjadi manusia yang berguna dan mampu memberi sumbangan buat agama dan masyarakat. Aminn..
Sekadar cerita mengenai pertandingan 'Mari Berpantun' anjuran Persatuan Ghazal Negeri Johor yang saya sertai baru-baru.
Beberapa orang guru di sekolah memaklumkan yang PPD Muar sedang mencari guru yang berminat untuk menyertai pertandingan pantun. Teringin juga nak masuk, tapi memikir tarikhnya yang semakin hampir dengan cuti sekolah, saya biarkan saja.
Beberapa hari kemudian saya mendapat mesej dari seorang guru ni yang offer pada saya untuk pertandingan tersebut. jika diikutkan saya masih tiada persediaan untuk terus bersetuju untuk menyertaonya 5 hari sebelum pertandingan, tapi saya rasa dengan pengalaman yang saya ada sebelum ini, insyaa Allah saya mampu nak menghadapinya.
3 hari sebelum pertandingan, kami merancang untuk berlatih di ppd muar, tapi apa boleh buat, saya dan anak saya demam pada hari tersebut. Perjumpaan terpaksa ditangguhkan. Pada keesokan harinya kami berkumpul dan berlatih bersama. Apabila berjumpa, saya dapati pasukan saya juga mempunyai bakat dalam dalam berpantun..maklumlah..orang lama..masuk bilik tersebut saja saya sudah mendengar suara mereka berpantun.. memang betul-betul orang seni..
Memandangkan masing-masing sibuk, kami dmtak dapat berlatih bersama sebelum pertandingan. Tapi mujur sempat juga kami berlatih dalam whatsapp sebelum hari pertandingan.
Pada hari pertandingan, kami berlawan secara liga. Alhamdulillah.. kami dapat masuk ke peringkat akhir.. namun disebabkan masa yang tidak mencukupi, kami tidak dapat berentap diperingkat akhir dan juri memutuskan untuk memberi mengadili melalui markah pasukan.. tiada peringkat final dibuat keeana kesuntukan masa.
Agak kecewa juga kami tidak dapat berentap di peringkat akhir. Namun tempat ketiga pun sudah memadai.. Akhrnya kami mendapat tempat ketiga mewakili PPD Muar dalam pertandingan Mari Berpantun anjuran Persatuan Ghazal Negeri Johor.
Terima kasih atas kerjasama semua atas kemenangan ini. Walaupun penyertaan last minit, tapi berlaloi..alhamdulillah..